Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 5 TANAMAN HIASAN. BAB 5 TANAMAN HIASAN Memasu Semula Tujuan memasu semula: Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 5 TANAMAN HIASAN. BAB 5 TANAMAN HIASAN Memasu Semula Tujuan memasu semula: Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari."— Transcript presentasi:

1

2 BAB 5 TANAMAN HIASAN

3 Memasu Semula Tujuan memasu semula:
Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari. Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan mudah. Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja. Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.

4 Memasu Semula Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:

5 Memilih Pasu Ciri-ciri pemilihan pasu:
Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam. Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air berlebihan dari pasu. Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik. Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah dialihkan.

6 Menyediakan Medium Memasu
7 BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN TANAH LOAM BAHAN ORGANIK PASIR SUNGAI NISBAH CAMPURAN MEDIUM MEMASU

7 MENYEDIAKAN MEDIUM MEMASU
Medium memasu yang sesuai ialah 7 bahagian Tanah loam 3 Bahagian Bahan organik 2 Bahagian Pasir sungai ATAU 3 bahagian Tanah loam 2 Bahagian Bahan organik 1 Bahagian Pasir sungai

8 Langkah Menyediakan Medium Memasu
Sediakan bahan medium yang sesuai Sukat bahan mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1. Sukatan ini ditentukan berdasarkan isipadu Gaulkan ketiga tiga bahan tersebut supaya sebati. Tapiskan medium tersebut

9 Ilustrasi Pemasuan Semula

10 Cara Memasu Semula 1 2 3 4

11 Cara Memasu Semula 5 6 7 8

12 Penjagaan Tanaman Hiasan
A. Merumput Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan. Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang. Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.

13 B. Menggembur Tanah Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah. Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah. Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.

14 C. Membaja Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan. Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan. Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.

15 D. Menyiram Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman. Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari. Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.

16 REFLEKSI Apakah 4 tujuan pemasuan semula dilakukan?
Nyatakan ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula? Apakah aspek penting dalam pemilihan pasu? Nyatakan 3 bahan utama untuk medium memasu? Nyatakan 4 langkah penjagaan tanaman hiasan?

17 Sekian Selamat Mengulangkaji


Download ppt "BAB 5 TANAMAN HIASAN. BAB 5 TANAMAN HIASAN Memasu Semula Tujuan memasu semula: Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google