Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 1 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA"— Transcript presentasi:

1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

2 1.0 PANGKALAN DATA 1.1 Pengenalan Pangkalan data Mengenalpasti pangkalan data Mengenalpasti sistem Pengurusan Pangkalan data (DBMS) Mengenalpasti istilah pangkalan data : jadual, atribut, atribut kekunci, atribut komposit, somain, rekod, perhubungan Merekabentuk pangkalan data 1.15 Membina jadual dasar pangkalan data.

3 Sistem Fail Biasa Sebelum konsep pangkalan data diperkenalkan, data dalam sistem berkomputer disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa. Oleh itu, sebelum anda mendalami konsep sistem pangkalan data, anda perlu mengetahui konsep fail biasa. Keperluan memahami maksud dan masalah yang wujud dalam konsep fail biasa membolehkan anda menghindari dari mengulangi kesilapan yang sama. Secara tidak langsung anda turut mampu mengendalikan proses peralihan sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data.

4 Konsep Fail Biasa Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja. Pada kebiasaannya terdapat banyak fail dalam sebuah organisasi, dan untuk langkah-langkah keselamatan, setiap fail dilabelkan dan disimpan di kabinet berbeza yang dikunci atau dilokasi yang selamat.

5 Sistem Berasaskan Fail
HEA Sistem Kuliah Fail Kuliah Data Pensyarah Data Dewan Kuliah Data Pelajar HEP Sistem Aktitvi Pelajar Fail Aktiviti Data Aktiviti Bendahari Sistem Biasiswa Fail Biasiswa Data Penaja TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

6 Kelemahan Konsep Fail Biasa
1 Pengulangan Data Tiada kawalan pusat menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali - Data Lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam 2 atau lebih fail - Ketidakselarasan data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain terutama sekali fail yang disimpan oleh jabatan lain Kawalan data yang lemah Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap 2 Pengasingan data Data yang disimpan berasingan menyukarkan proses mendapatkan maklumat apabila memerlukan gabungan 2 atau lebih fail 3 Kebersandaran Format Data Perubahan format data memerlukan penulisan aturcara yang baru samada untuk memasukkan data atau memproses data tersebut

7 cont 4 Ketidakbersandaran Fail Fail yang disimpan dalam format yang berlainan menyebabkan ia tidak serasi dan sukar untuk dikemaskini dan diproses 5 Kesukaran mewakilkan data organisasi Sukar untuk membuat hubungan antara rekod-rekod yang tersimpan dalam setiap jabatan dalam satu organisasi. Oleh itu, agak sukar untuk menggambarkan operasi organisasi secara menyeluruh dan tepat

8 Pangkalan Data???

9 Contoh kegunaan Pangkalan Data
Perpustakaan TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

10 Contoh kegunaan Pangkalan Data
Pasaraya TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

11 Contoh kegunaan Pangkalan Data
Kad kredit TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

12 Contoh kegunaan Pangkalan Data
Pelancongan TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

13 “A database is a self-describing collection of integrated records”
Pangkalan Data Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi. “A database is a self-describing collection of integrated records” David M. Kroenke

14 Jenis-jenis pangkalan data
JENIS KEGUNAAN JENIS SENIBINA BILANGAN PENGGUNA SEREMPAK SAIZ CONTOH Persendirian Komputer pribadi (internal) 1 < 10 Megabyte Sistem pangkalan data Klinik Organisasi Komputer pusat (centralized) 25 – 100 Trillion byte Sistem tempahan tiket kapal terbang Kumpulan kerja (work group) pelanggan -Pelayan (client-server) < 25 < 100 Megabyte Sistem pangkalan data perpustakaan Umum Internet (external)/online Tidak terhad Beberapa ratus Megabyte Perdagangan elektronik Organisasi Global Teragih (distributed) > 100 Berbilion byte Syarikat insuran multinasional

15 Data Vs Maklumat – Data : merupakan fakta mentah mengenai sesuatu perkara dan belum diproses • Eg:harga barang, markah pelajar – Maklumat :merupakan hasil daripada data yang telah diproses yang mempunyai makna dan berguna kepada pengguna. • Eg:perbandingan harga mengikut tempat :Prestasi pelajar

16 • Bagaimana komputer menyimpan data – Bermula dari unit terkecil hingga yang terbesar dalam pangkalandata iaitu: • Bit – byte – medan/field – rekod – fail – pangkalan data. Bait / Huruf Bit Medan Rekod Fail Pangkalan Data Fail + Metadata + Indeks + Aplikasi + Metadata Bait / Huruf Bit Medan Rekod

17

18 Konsep Pangkalan Data Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya. Organisasi ini memerlukan sistem pemprosesan data untuk menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan interaksi mereka dengan persekitaran luar.

19 Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggarakan pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

20 Sistem Berasaskan Pangkalan Data
Konsep: program/aplikasi pangkalan data Sistem pengurusan pangkalan data (SPPD/DBMS) Pengguna Pangkalan data DBMS

21 Pangkalan Data HEA Sistem Kuliah Data Dewan Kuliah Sistem
Data Pensyarah Data Dewan Kuliah Data Pelajar HEP Sistem Aktitvi Pelajar Sistem Pengurusan Pangkalan Data Data Aktiviti Bendahari Sistem Biasiswa Data Penaja

22 Pangkalan Data 2 jenis kaedah penempatan pangkalan data:-
Berpusat (centralized) Teragih (distributed)

23 Pangkalan Data Pangkalan Data Berpusat
Semua fail-fail yang berkaitan disimpan didalam satu lokasi storan. Pangkalan data disimpan di dalam komputer bersaiz besar seperti komputer kerangka utama. Kebaikan Menjimatkan kos penggunaan beberapa buah komputer Menyediakan kemudahan pengurus pangkalan data Memudahkan proses backup

24 Pangkalan Data Berpusat
Pengguna Johor Bahru Pengguna Alor Setar Lokasi Pusat Kuala Lumpur TID1103/Aplikasi Komputer Dlm Pengurusan

25 Pangkalan Data Kelemahan
Fail data hanya boleh dicapai pada komputer host sahaja Jika berlaku kerosakan pada host, keseluruhan data tidak boleh dicapai Kesesakan pada rangkaian

26 Pangkalan Data Pangkalan Data Teragih
Sebahagian atau keseluruhan pangkalan data disimpan pada host yang berasingan, khususnya yang dekat dengan sesuatu lokasi pengguna Terdapat 2 jenis: Salinan Sebahagian Kebaikan Capaian yang lebih pantas Kemudahan backup Kelemahan Kos penyelenggaraan yang lebih tinggi Masalah keselamatan

27 Pangkalan Data Teragih
Pengguna Johor Bahru Pengguna Alor Setar Lokasi Pusat Kuala Lumpur Johor Bahru Alor Setar Kota Baharu Kuantan Pengguna Kuantan Pengguna Kota Baharu

28 Persekitaran Sistem Pangkalan Data
Terdiri drp 5 komponen utama: Perkakasan Perisian - Sistem Pengopersian - Perisian DBMS - Perisian penggunaan/aplikasi Pengguna Tatacara/prosedur Pangkalan Data

29 Persekitaran Sistem Pangkalan Data

30 Komponen Persekitaran SPPD
Perkakasan Komponen ini melibatkan semua peranti fizikal sistem. Contoh: microkomputer, minikomputer, kerangka utama dan peranti-peranti komputer Perisian Komponen ini pula melibatkan koleksi aturcara yang yang digunakan oleh komputer dalam Sistem Pangkalan Data, sistem pengendalian , aturcara aplikasi dan mana-mana perisian rangkaian jika rangkaian digunakan

31 PERISIAN POPULAR Perisian
i. Perisian sistem kendalian – (O/S, utility & perisian rangkaian) ii. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System / DBMS) iii. Perisian penggunaan – (bahasa peringkat tinggi/Structured Query Language) PERISIAN POPULAR Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

32 Cont… Pengguna Pengguna Akhir Biasa Pengguna Akhir Atasan
Merupakan pelanggan yang menggunakan SPPD untuk mendapatkan maklumat atau menjalankan tugas mereka. Mereka juga menggunakan aturcara aplikasi untuk melaksanakan operasi rutin organisasi Pengguna Akhir Atasan Merupakan penggguna yang terlatih dalam menggunakan bahasa pertanyaan secara talian. Kumpulan pengguna ini mengetahui struktur pangkalan data dan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh SPPD. Cth Pengamal sistem pangkalan data (developer): Pengaturcara, pentadbir data, pentadbir pangkalan data .

33 Cont… Data Ia merupakan data mentah yang disimpan di dalam fail dan hasil daripada analisis terhadap organisasi yang terdiri daripada entiti, atribut dan perhubungannya Tatacara - komponen ini pula meliputi peraturan, piawaian dan panduan rekabentuk sehinggalah kepada penggunaan pangkalan data serta SPPD.

34 Cont… Pereka Bentuk Pangkalan Data
Orang yang mempunyai pengetahuan teknikal tentang pangkalan data. Tanggungjawabnya adalah merekabentuk model logikal dan seterusnya membangunkan pangkalan data fizikal Pengaturcaraan Pengguna Orang yang bertugas menulis aturcara bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu pangkalan data mengikut spesifikasi yang diberikan oleh pengguna dan pentadbir pangkalan data Pentadbir Pangkalan Data (DBA) DBA pula merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perancangan, ciptaan, rekabantuk, penyelenggaraan dan kawalan pangkalan data demi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

35 Kebaikan dan Kelemahan SPPD
Kawalan terhadap data lemah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Kesukaran proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem Keselarasan data lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lemah dilaksanakan Saiz SPPD yang besar melibatkan storan yang banyak.

36 Cont… KEBAIKAN KELEMAHAN
Lebih maklumat dapat di jana daripada jumlah data yang sama Kos pembinaan SPPD dan penyediaan perkakasan lain yang tinggi Perkongsian data di antara individu atau jabatan tertentu Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada sistem pangkalan data yang tinggi Integriti data, baik pulih, sokongan dan keselamatan yang lebih baik seperti pengguna kata laluan, penyulitan serta penambahan kawalan serempak Kesan kegagalan lebih tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung kepada SPPD

37 ISTILAH ASAS PANGKALAN DATA
ISTILAH KHAS TAKRIFAN CONTOH Data Fakta asas. Ia boleh terdiri daripada individu, tempat, peristiwa atau konsep. Jika data digunakan secara bersendirian, ia tidak memberikan apa-apa makna dalam konteks sesuatu permasalahan. 1998, sejarah, fajar bakti Maklumat Data yang telah diproses dan berada dalam struktur yang berguna untuk membolehkan keputusan dibuat Bilangan buku sejarah, tahun-tahun penerbitan buku sejarah Persekitaran Organisasi tempat pangkalan data direka bentuk dan dibangunkan Perpustakaan, Universiti , Hospital, bank Entiti Suatu objek yang unik dan boleh dikenalpasti dalam persekitaran tertentu Persekitaran: Perpustakaan Entiti: Buku, Pengarang Atribut / medan / item data Ciri-ciri yang menghuraikan tentang suatu entiti Entiti: Buku Atribut Nama: Tajuk Buku, No ISBN Atribut Nilai: Sejarah,AA6190

38 Cont…. ISTILAH KHAS TAKRIFAN CONTOH Rekod Fail Pangkalan Data
Sekumpulan stribut/medan/item data yang diperlukan oleh sesuatu entiti AA61.90, Sejarah Fail Sekumpulan rekod yang diperlukan oleh sesuatu entiti Fail Buku, Penerbitan Pangkalan Data Sekumpulan fail-fail yang diperlukan oleh organisasi Pangkalan Data: Katalog Persekitaran: Perpustakaan Fail: Buku, Pengarang, Penerbit

39 Pangkalan Data NoISBN TajukBuku Nama Pengarang Tahun Penerbit QA76.76
Persekitaran : Perpustakaan Atribut Nama Entiti Fail : Buku NoISBN TajukBuku Nama Pengarang Tahun Penerbit Rekod QA76.76 Formal Method Harry 1996 Wiley QA78.12 Computer Auditing Peter 1999 Prentice Hall AA61.90 Sejarah Zain 1998 Fajar Bakti Atribut Nilai

40 TERMINOLOGI PD ENTITI ENTITI LEMAH ENTITI KOMPOSIT ENTITI SUPERKELAS
ENTITI SUBKELAS KUNCI HUBUNGAN ATRIBUT ATRIBUT MUDAH ATRIBUT KOMPOSIT ATRIBUT TUNGGAL ATRIBUT BERBINAG ATRIBUT TERBITAN DOMAIN ATRIBUT NILAI NOL

41 TERMINOLOGI PD ENTITI Objek dunia nyata yang boleh menyimpan data dan dapat dikenalpasti dengan jelas. Ia boleh wujud secara fizikal seperti individu, tempat, benda atau sesuatu yang wujud secara konseptual seperti peristiwa.

42 Cont… Entiti mewakili orang, tempat, objek, konsep atau peristiwa.
Entiti dilabelkan dengan kata nama dan menggunakan huruf besar. Jenis entiti merujuk kepada entiti-entiti yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Entiti akan dijelmakan dalam bentuk jadual dalam fasa rekabentuk.

43 Contoh entiti Entiti Contoh Individu Pelanggan, pekerja, pembekal
Tempat Daerah, negeri, negara Objek Alat tulis, perabot Peristiwa Pesanan, tempahan, jualan Konsep Projek, akaun, unit

44 Jenis Entiti Contoh Orang STAF PELAJAR KURSUS
Contoh Perwakilan Entiti dalam ERD Jenis Entiti Contoh Orang STAF, PELAJAR, PENSYARAH Tempat DAERAH, BANDAR, NEGERI Objek Peristiwa Konsep BANGUNAN, PERALATAN, PRODUK KURSUS, AKAUN PENDAFTARAN, PERMOHONAN Contoh Jenis Entiti yang lazim digunakan SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

45 Entiti: PELAJAR Setiap baris Berikut merupakan ‘Instance entity’
Kepada entiti Pelajar SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

46 i) ENTITI LEMAH Ia mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri entiti kuat. Kewujudan entiti lemah bergantung kepada kewujudan entiti lain. Contoh; Tanggungan Pekerja

47 ii) ENTITI KOMPOSIT Ia wujud kerana adanya hubungan entiti yang kompleks. Ia adalah entiti yang dimudahkan dari hubungan yang kompleks menjadi satu entiti komposit. Contoh; Ia melibatkan satu hubungan yang kompleks. Hubungan Rawat boleh dijadikan Entiti Komposit agar hubungan ini menjadi lebih mudah. Rawat Doktor Pesakit

48 iii) ENTITI SUPERKELAS dan ENTITI SUBKELAS
Jenis ini digunakan untuk mewakili sekumpulan entiti yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang sama. Walaubagaimanapun ia tidak semestinya sama. Oleh itu konsep superkelas dan subkelas diperkenalkan untuk mewakili jenis entiti yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi mempunyai beberapa ciri yang berbeza yang penting kepada organisasi. Contoh; Superkelas : Pekerja Subkelas : Pekerja Kontrak, Pekerja Tetap, Perunding

49 ATRIBUT Huraian atau ciri-ciri sesuatu entiti.
Butiran-butiran yang memperihalkan ciri-ciri sesuatu entiti. Atribut yang penting sahaja ditunjukkan. Contoh Atribut: PELAJAR : No_matrik, Nama, Alamat NEGARA : Kod_negara, Nama_negara

50 Perwakilan Atribut di dalam ERD
Nama No_matrik Alamat PELAJAR Perwakilan Atribut di dalam ERD

51 Menamakan Atribut Menggunakan kata nama
Contoh : No_matrik, Nama, Alamat Nama atribut adalah unik dalam satu jenis entiti Ikut format piawai untuk keunikan Contoh : PELAJAR – Pel_no_matrik Pel_nama Pel_alamat Namakan atribut yang sama tetapi entiti yang berbeza dengan nama yang berbeza. Contoh : Pel_nama, Staf_nama

52 Contoh Atribut dan Domain
Keputusan Lulus, Gagal Jantina Lelaki, Perempuan Markah CGPA Status (0,100) Aktif, Tangguh, Gagal, (0,4) Contoh Atribut dan Domain

53 Jenis Atribut Atribut Mudah Atribut Nilai Tunggal
Atribut Nilai Komposit Atribut Nilai Berbilang Atribut Terbitan

54 Contohnya; nama, jantina, Tarikh_lahir,
i) ATRIBUT MUDAH Ia hanya mempunyai satu komponen, wujud secara bebas dan tidak boleh dipecahkan. Maksud bebas di sini ialah ia tidak bergantung kepada atribut lain. Contohnya; nama, jantina, Tarikh_lahir, ii) ATRIBUT TUNGGAL Ia mempunyai satu nilai sahaja. Ia tidak smestinya atribut mudah. Contoh: No Kad Pengenalan, No Pelajar

55 iii) Atribut Nilai Komposit
Atribut yang boleh dipecahkan kepada unit-unit atau komponen-komponen. Ia mempunyai banyak komponen yang mana setiapnya wujud secara bebas. Contoh : Alamat Alamat Jalan Bandar Poskod No_rumah Negeri

56 iv) Atribut Nilai Berbilang
Sukar untuk proses penjelmaan Untuk memudahkan proses penjelmaan, atribut nilai berbilang dijelmakan menjadi entiti yang disebut sebagai entiti lemah. Entiti lemah merujuk kepada entiti yang bergantung kepada entiti yang lain untuk wujud. Ia mempunyai banyak nilai STAF No_Staf Nama TANGGUNGAN mempunyai 1 M Entiti Lemah

57 Contoh : Atribut tarikh_lahir boleh memberikan nilai atribut umur.
v) Atribut Terbitan Atribut yang diterbitkan daripada atribut lain daripada entiti yang sama atau entiti yang berlainan. Contoh : Atribut tarikh_lahir boleh memberikan nilai atribut umur. STAF No_Staf Nama Umur Tarikh_lahir

58 KEKUNCI Untuk memudahkan pencarian maklumat dalam pangkalan data, maka dalam setiap rekod yang disimpan akan mempunyai satu medan yang dikenali sebagai medan kekunci Kunci terdiri daripada satu atau beberapa atribut yang boleh membezakan entiti yang dihuraikan. Merupakan atribut yang digunakan untuk mengecam sesuatu entiti secara unik. Tiga jenis kunci iaitu: Kunci calon ( Candidate key ) Kunci komposit Kunci primer ( primary key ) – juga dikenali sebagai identifier

59 Kunci Calon Merujuk kepada atribut-atribut yang dapat mengecam entiti secara unik Entiti boleh dicam secara unik melalui Atribut nilai tunggal Contoh : No_Staf, No_kp Gabungan dua atau lebih attribut Contoh : Entiti Video – Tajuk_Video & Nama_Hero

60 Kunci Primer (Identifier)
Merujuk kepada pemilihan satu daripada kunci calon bagi mengecam jenis entiti secara unik. Pemilihan berdasarkan yang mana lebih mudah diuruskan bagi pengguna pangkalan data. Contoh: No_Kp dan No_matrik merupakan kunci calon untuk entiti PELAJAR, maka No_matrik merupakan kunci primer kerana nombor matrik sudah cukup untuk mengenalpasti setiap pelajar.

61 Nama Matrik Alamat PELAJAR Atribut kunci biasanya akan digariskan di dalam modul Hubungan Entiti (ER) untuk membezakan dengan atribut bukan kunci yang lain DAN menunjukkan bahawa ia adalah kunci primer TIP PENTING :- Nilai atribut kunci ini mestilah untik dan tidak boleh mempunyai nilai nol.

62 DOMAIN ATRIBUT ( Data Type )
Ia merupakan set nilai sesuatu atribut Contoh; Domain atribut nombor pekerja adalah integer (1-30). Jenis-jenis integer ialah: i) Aksara ( character) ii) Nombor ( numeric) iii) Tarikh ( date) Terdapat beberapa jenis domain iaitu; Aksara Nombor Tarikh Teks Memo Currency OLE Ya/Tidak

63 NILAI NOL Nilai nol ialah nilai yang tidak wujud, tidak diketahui pada masa tertentu atau tidak berkaitan. Dalam keadaan ini nilai atribut dikosongkan ( tidak diisi dengan sebarang nilai). Tetapi ia tidak mermaksud nilai itu adalah sifar (0) Contohnya; No Pekerja. Nilai ini boleh dikosongkan kerana ia tidak berkaitan bagi mereka yang tidak bekerja.

64 Perhubungan Merupakan gam yang melekatkan pelbagai komponen dalam ERD( entiti perhubungan) Label yang digunakan biasanya adalah kata kerja (verb) Contoh Pelajar mendaftar kursus PELAJAR daftar KURSUS

65 Darjah Perhubungan Merujuk kepada bilangan entiti yang terlibat dalam sesuatu perhubungan. Tiga kategori darjah perhubungan iaitu: Unari (satu entiti terlibat) Binari(dua entiti terlibat) Ternari(tiga entiti terlibat) SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

66 Perhubungan Unari Ia merupakan hubungan yang melibatkan satu hubungan sahaja. Hubungan berlaku diantara kejadian-kejadian di dalam entiti yang sama. Contohnya; Pekerja urus Pekerja PEKERJA urus

67 PERHUBUNGAN BINARI Hubungan Binari
Hubungan Binari adalah hubungan di antara dua entiti dan ia merupakan jenis hubungan yang paling biasa dijumpai dalam model data. Contohnya; PELANGGAN membeli PRODUK PELANGGAN PRODUK membeli SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

68 PERHUBUNGAN TERNARI Hubungan Ternari merupakan hubungan serentak di antara tiga entiti. Contohnya; PENAJA tawarkan BIASISWA kepada PELAJAR BIASISWA PENAJA BIASISWA tawarkan

69 Ringkasan Kategori Darjah Perhubungan
SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

70 Kardinaliti Kardinaliti hubungan menyatakan bilangan hubungan antara satu entiti dengan entiti yang lain. Contoh; PENSYARAH di dalam universiti A mengajar satu subjek sahaja manakala PENSYARAH di dalam universiti B mengajar lebih dari satu subjek. Jenis-jenis Kardinaliti; Satu ke Satu (1:1) Banyak ke Satu (1:M) Banyak ke Banyak (M:M)

71 Satu kepada Satu (1:1) STAF mengurus JABATAN 1 1 Satu orang staf ( contoh ketua jabatan) akan menguruskan satu jabatan dan satu jabatan akan hanya mempunyai satu ketua jabatan sahaja

72 Satu kepada Banyak (1:M)
PELANGGAN membuat TEMPAHAN 1 M Satu orang pelanggan boleh membuat banyak tempahan tetapi bagi satu tempahan adalah untuk satu pelanggan sahaja PELANGGAN membuat TEMPAHAN SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

73 Banyak kepada Banyak (M:N)
PELAJAR mendaftar KURSUS M N satu orang pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh ambil ramai pelajar PELAJAR mendaftar KURSUS SALMI BAHAROM SIM3300/SIM3303

74 Merekabentuk pangkalan data
Pangkalan data direkabentuk berdasarkan data yang diperlukan untuk kajian. Model data hubungan dipilih untuk rekabentuk untuk memudahkan penyimpanan dan pencarian data di samping dapat melakukan pelbagai fungsi pertanyaan (query).

75 REKA BENTUK PANGKALAN DATA
Faktor-faktor yang dititikberatkan dalam mereka bentuk pangkalan data: Maklumat penting yang diperlukan. Operasi pemprosesan dan kepenggunaan. Kesesuaian prestasi dengan konfigurasi perkakasan yang digunakan. Pengoptimuman penggunaan cakera keras. Maksimum-ketepatan, integriti dan konsisten data. Fleksibiliti-modifikasi dan susunan data.

76 REKA BENTUK PANGKALAN DATA

77 Pendekatan Rekabentuk Pangkalan data
o `Bottom-Up mula mentakrif atribut - sesuai untuk pangkalan data yang ringkas dengan data kecil Top-down - bermula dengan pembangunan set data (high-level entities)

78 AKTIVITI REKA BENTUK PANGKALAN DATA
Rekabentuk Konseptual - pemodelan data penormalan Pengesahan model data Rekabentuk Logikal Rekabentuk Fizikal

79 NORMALIZATION DAN ER DIAGRAM

80 RINGKASAN NOTASI RAJAH E-R
ENTITI HUBUNGAN ATRIBUT KUNCI ATRIBUT

81 RINGKASAN NOTASI RAJAH E-R
DATA ITEM ATRIBUT BERBILANG NILAI ATRIBUT KOMPOSIT ATRIBUT TERBITAN

82 E1 1 1 R E2 PENYERTAAN WAJIB E1 1 M R E2 KARDINALITI 1:M E1 M M R E2 KARDINALITI M:N


Download ppt "BAB 1 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google