Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSudirman Susanto Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
Zakirah Yaakob Yau Su Han Nurul Sakinah Hashim
JANTUNG Zakirah Yaakob Yau Su Han Nurul Sakinah Hashim
3
Ruang Jantung Atrium Kanan Menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh (deoxygenated blood). Atrium Kiri Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru paru (oxygenated blood). Ventrikel Kanan Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru untuk pembersihan. Ventrikel Kiri Mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian tubuh.
4
Arteri, Vena dan Kapilari
SISTEM KITARAN Kitaran Pulmonari Kitaran Sistemik Arteri, Vena dan Kapilari
5
KITARAN PULMONARI Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen (deoxygenated blood) ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen (oxygenated blood) dikembalikan ke jantung.
6
Peredaran Pulmonari Atrium kanan menerima darah daripada tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui arteri pulmonari. Di paru-paru, pertukaran gas berlaku menyebabkan darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
7
KITARAN SISTEMIK Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.
8
Peredaran Sistemik Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.
9
S I T E M K A R N
10
ARTERI, VENA & KAPILARI
11
ARTERI Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dindingnya tebal, berotot dan elastik supaya boleh menahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
12
VENA Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar berbanding dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
13
KAPILARI Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil.
Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
14
Arteri, Vena dan Kapilari
15
Anatomi dan pengurusan jantung
16
Perikardium ialah selaput yang membungkus jantung
Perikardium mengandungi sedikit cecair perikardial yang melincirkan pergerakan jantung dengan karung perikardial.
17
Perikardium boleh dibahagikan kepada dua lapisan iaitu ;
Fibrous pericardium Serous pericardium Fibrous pericardium adalah lapisan terluar. Ia dibina daripada tisu penghubung. Berfungsi untuk melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling.
18
Serous pericardium pula boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan, iaitu;
Parietal serous pericardium (luar). Visceral serous pericardium (dalam) atau dikenali sebagai epikardium. Kedua-dua lapisan serous pericardium ini membentuk ruang yang dipanggil ruang perikardial dan merembeskan cecair perikardial.
19
ANATOMI JANTUNG Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Jantung terletak di sebelah kiri dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar g.
20
Jantung terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
21
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan
Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan
22
Septum ialah dinding otot yang tebal dan berfungsi untuk;
membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur.
23
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan, iaitu;
Epikardium (luar) Myokardium (tengah) Endokardium (dalam)
24
PENGURUSAN JANTUNG Pengurusan jantung boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu; Pemakanan Senaman Gaya hidup Pengawalan berat badan
25
Pemakanan Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung. Makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, dan makanan segera hendaklah diminimakan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya. Dalam Islam – umat disuruh bersederhana dalam mengambil makanan
26
“Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’raf: 31) “Wahai orang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah: 172)
27
Senaman Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya; joging, berjalan dan berbasikal Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah.
28
Gaya Hidup Gaya hidup yang sihat - Amalan yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi. Hindari pengambilan dadah dan alkohol. Dapatkan rehat yang mencukupi. Hal ini demikian kerana kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubahlah gaya hidup anda untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.
29
Elakkan dari merokok. - Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
30
Pengawalan Berat Badan
Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang individu (BMI) Mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan tidak bergiat aktif akan menyebabkan – kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunaan. Kemudian lebihan makanan itu akan ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu seperti – paha dan perut.
31
ARTERI, VENA & KAPILARI Arteri
Membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu badan. Mempunyai dinding yang tebal. Tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta dan pangkal arteri pulmonari. Darah bertekanan tinggi. Darah mengalir dengan laju.
32
Vena Membawa darah terdeoksigen dari tisu badan kembali ke jantung.
Mempunyai dinding yang nipis. Mempunyai injap. Darah bertekanan rendah. Darah mengalir dengan perlahan.
33
Kapilari Menghubungkan arteri dengan vena.
Dindingnya setebal satu sel. Tidak mempunyai injap. Darah bertekanan paling rendah. Darah mengalir dengan sangat perlahan.
34
DEGUPAN JANTUNG
35
SEL PENGUNCUPAN & SISTEM KONDUKSI JANTUNG
36
Jantung mempunyai sistem intrinsik yang mana otot kardiak dirangsang secara automatik untuk mengecut tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak. Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini boleh dirangsang ataupun direncat oleh impuls saraf yang berasal daripada otak dan hormon.
37
Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular khusus di dalam myokardium yang memulakan dan mengalirkan impuls yang menyebabkan pengecutan jantung yang berentak
38
Nodus SA (perentak) Tersebar ke Nodus AV
Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal Bergerak melalui berkas AV (berkas His) Tersebar ke Nodus AV Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui serat purkinje
40
Nodus Sinoatrial (Nodus SA)
sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior. Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia berfungsi untuk memulakan impuls.
41
Nodus Atrioventrikular (Nodus AV)
Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam septum atrium berdekatan dengan injap AV. Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium, namun berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA.
42
Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His)
Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada nodus AV. Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan pada bahagian atas septum ventrikel. Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel.
43
Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana akan mencetuskan pengecutan jantung.
45
ELEKTROKARDIAGRAM (EKG)
46
Elektrokardiogram ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.
Elektrokardiogram memberi maklumat tentang : Kehadiran penyakit jantung iskemia Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.
47
Bacaan EKG
48
KITARAN KARDIAK
49
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai “kitar kardiak”.
Tindakan jantung terdiri daripada dua jenis : Mengecut (sistol) Pengenduran (diastol) Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium manakala sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel
50
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves/cuspid valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam vebtrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atriovebtrikular tertutup dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium
51
aorta Pulmonary artery
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.