Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 9 & 10: Isu dan cabaran kewartawanan pembangunan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 9 & 10: Isu dan cabaran kewartawanan pembangunan"— Transcript presentasi:

1 UNIT 9 & 10: Isu dan cabaran kewartawanan pembangunan

2 Wartawan pembangunan berdepan dengan isu dan cabaran
Wartawan pembangunan berdepan dengan isu dan cabaran. Isu dan cabaran ini perlu ditangani dengan baik agar maklumat sampai kepada khalayak tanpa dipersoalkan kebenarannya. Antara isu dan cabaran adalah:-

3 1. Kredibiliti Maklumat Eisend (2006), menyatakan bahawa kredibiliti merupakan persepsi seseorang tentang kebenaran sesuatu maklumat dan kebolehpercayaan sesuatu infomasi. Selagi maklumat yang disalurkan itu mempunyai kredibiliti selagi itulah masyarakat akan mengguna pakai maklumat tersebut.

4 Fogg, 2003 ; Tseng & Fogg, 1999) menyatakan terdapat empat jenis kredibiliti maklumat:
a. Persumed credibility menerangkan sejauh mana khalayak mempercayai seseorang atau sesuatu disebabkan andaian umum yang ada pada pengamat. Sebagai contoh, seorang pengamat mungkin mempunyai tanggapan bahawa rakan-rakan memberitahunya perkara sebenar (iaitu mempunyai kredibiliti yang tinggi) tetapi menganggap bahawa seseorang jurujual selalunya tidak memberitahu perkara yang sebenar (iaitu mempunyai kredibiliti yang rendah).

5 b. Reputed credibility pula berkaitan dengan kepercayaan pengamat terhadap seseorang atau sesuatu disebabkan apa yang diberitahu kepadanya oleh pihak ketiga. Sebagai contoh, jika seseorang melihat penialaian yang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan hal kepenggunaan atau menerima maklumat daripada rakan karib, mereka cenderung untuk mempercayainya sebagai maklumat yang tidak berat sebelah.

6 c. Surface credibility pula merujuk kepada kebolehpercayaan berdasarkan pemerhatian mudah seperti melihat kulit sebuah buku atau berdasarkan bahasa yang digunakan oleh seseorang sebagai petunjuk kredibiliti.

7 d. Experienced credibility merujuk kepada kebolehpercayaan pengamat berdasarkan pengalamannya sendiri. Ia juga berdasarkan apa yang diperkatakan orang dalam sesuatu tempoh masa kepadanya.

8 2. Keperluan Pembaca Keperluan adalah desakan dalaman manusia atau cetusan kehendak seseorang untuk mengetahui sesuatu perkara (Haziah et al., 2008 dalam Shamsul et al., 2008). Katz et al. (1973), berpendapat bahawa keperluan khalayak terhadap media massa berkait rapat dengan:

9 1. Keperluan kognitif keinginan untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan pemahaman. 2. Keperluan perasaan (afektif) keperluan beralih perhatian dari sesuatu perkara yang tidak digemari 3. Keperluan peribadi pembangunan identiti, personal dan usaha mencapai penghargaan diri 4. Keperluan sosial tindakan membangun dan mengekalkan hubungan sosial individu dengan individu lain 5. Keperluan eskapisme melepaskan tekanan perasaan dan keinginan untuk mengubati kesunyian

10 3. Penerimaan pembaca Maimunah (2000), menyatakan bahawa sikap dan tingkah laku untuk menerima maklumat dipengaruhi oleh tiga ciri utama iaitu:-

11 1. Sifat penerima a. chronic-know-nothing- walaupun pelbagai strategi dibuat untuk menyampaikan maklumat mereka masih tidak mahu menerima maklumat tersebut. b. hanya menerima maklumat yang bersesuaian dengan pegangan hidup. c. memahami maklumat yang disampaikan tetapi disebabkan maklumat tersebut bertentangan dengan nilai peribadi menyebabkan mereka menolak. 2. Aspek komunikasi maklumat itu tidak sampai kepada penerima disebabkan tidak menggunakan aspek komunikasi yang berkesan.

12 3. Ciri inovasi Apabila sesuatu idea yang baharu ditonjolkan, penerima akan mencuba sehinggalah akhirnya menerima idea tersebut (Rogers,1983). Ada 5 penerima inovasi:- Pelopor (Innovator)- Mereka yang telah mendapat idea itu akan berusaha mencari maklumat lanjut untuk mengurangkan keraguan dan menambahkan lagi maklumat asas Pengguna Awal (Early Adopter)- individu akan menunjukkan perasaanya terhadap inovasi dan mencari maklumat yang sesuai untuk membuat penilaian ke atas inovasi tersebut. Early Majority- tidak akan menerima inovasi secara keseluruhan dalam satu masa. Mereka akan menerimanya secara berperingkat-peringkat. Late Majority- individu masih lagi mencari maklumat tambahan untuk membantunya melaksanakan amalan inovasi tersebut. Laggard -

13 4.Saingan daripada wartawan warga
Menurut Littau (2007), Kewartawanan warga telah membalikkan proses kewartawanan tradisional iaitu proses penyampai dan penerima. Wartawan warga adalah bebas dan tidak terikat dengan proses kewartawanan tradisional dan selalunya berfungsi tanpa melalui proses editorial dan “gatekeeping”. Faktor ini yang mempengaruhi kepercayaan pembaca terhadap maklumat yang disampaikan oleh wartawan akhbar utama.

14 5. Teknologi Perkembangan dunia IT pada masa kini menjadikan ramai pembaca semakin ramai celik IT. Kepelbagaian bahan teknologi menjadikan mereka lebih selektif memilih media untuk mendapatkan maklumat.


Download ppt "UNIT 9 & 10: Isu dan cabaran kewartawanan pembangunan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google