Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehJohan Kartawijaya Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA
BAB 7 ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA
2
KANDUNGAN BAB 7.1 MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI
7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI 7.3 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI 7.3.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN 7.3.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT
3
7.1 MAKROEKONOMI DAN MIKROEKONOMI
Mikroekonomi menumpukan unit-unit kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi, seperti gelagat pengguna dan pengeluar secara individu yang masing-masing ingin mencapai kepuasan dan keuntungan maksimum. Analisa dalam mikroekonomi diasaskan bahawa faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki masyarakat adalah terbatas. Makroekonomi bersifat menyeluruh, mengkaji ekonomi secara aggregat seperti pendapatan dan perbelanjaan negara, pelaburan, guna tenaga dan sebagainya. Selain itu, faktor globalisasi yang melibatkan interaksi dengan negara-negara lain seperti hubungan dagangan, pertukaran asing turut dibincangkan dalam ekonomi makro.
4
7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI
Pengkajian mengenai makroekonomi adalah penting bagi membantu pihak kerajaan atau pembuat dasar mencapai matlamat ekonomi yang berikut: (i) Guna tenaga penuh (ii) Kestabilan tingkat harga umum (inflasi rendah) (iii) Pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang pesat (iv) Pertumbuhan ekonomi yang dinamik
5
Guna tenaga penuh: Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi. Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. Keluaran negara meningkat seterusnya berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi. Antara dasar yang dijalankan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan seterusnya mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan kemiskinan ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia.
6
Kestabilan tingkat harga umum:
Matlamat mencapai kestabilan tingkat harga umum adalah usaha untuk memastikan kadar inflasi di peringkat yang rendah dan terkawal. Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi kejatuhan atau kenaikan harga melebihi 4% - kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil – meningkatkan taraf hidup rakyat dan kebajikan masyarakat – kegiatan ekonomi berkembang dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran. Jika berlaku peningkatan tingkat harga secara berterusan – kos hidup akan meningkat – menyulitkan kehidupan terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
7
Perdagangan antarabangsa (PAB):
PAB adalah satu cara membolehkan setiap negara di dunia menikmati faedah perdagangan melalui pertukaran barangan dengan negara yang lain – ekonomi terbuka. Penglibatan dalam PAB membantu sesebuah negara mencapai tingkat pengeluaran yang tinggi disamping peningkatan kebajikan ekonomi yang lebih baik. Faedah PAB terbahagi tiga; faedah kepada pengguna, pengeluar dan negara.
8
Pertumbuhan ekonomi: Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat. Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat Pertumbuhan ekonomi boleh diukur berasaskan nilai KDNK. Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2010 = 7.2%, dan pada tahun 2011, pertumbuhan KDNK dianggarkan antara 5 – 6%.
9
KDNK MALAYSIA
10
7.4 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI
7.4.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN Aliran pusingan pendapatan (2 sektor) menunjukkan aktiviti ekonomi yang melibatkan sektor isi rumah dan firma dalam pasaran buruh, barangan dan pasaran kewangan. Andaian: Tiada campur tangan sektor kerajaan dan sektor negara asing.
11
Pasaran Buruh: Pasaran Barangan: Pasaran Kewangan:
Isi rumah (penjual) menjual faktor pengeluaran kepada firma. Firma (pembeli) membayar gaji, upah, sewa dan untung Pasaran Barangan: Firma (penjual) menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dan terima untung dari penjualan barang dan perkhidmatan. Isi rumah (pembeli) membeli barang dan perkhidmatan dari firma dan selebihnya sebagai tabungan dan simpanan. Pasaran Kewangan: Institusi kewangan wujud bagi menguruskan simpanan dari isi rumah dan firma serta melaburkan wang tersebut bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan baik.
12
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN EKONOMI
Pasaran Buruh Pembayaran gaji,upah,sewa dan untung Penerimaan gaji,upah,sewa dan untung Sektor Isi Rumah Sektor Firma Pasaran Barangan Membeli barang dan perkhidmatan Bayaran terhadap barang dan perkhidmatan Tabungan/ simpanan Pelaburan Pasaran Kewangan
13
7.4.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT:
Permintaan agregat ialah permintaan barangan dan perkhidmatan secara keseluruhan yang dilakukan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi. Ia menerangkan hubungan (negatif) antara kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang dibeli pada harga tertentu yang ditetapkan. Penawaran agregat ialah jumlah keluaran yang dihasilkan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi . Ia menerangkan hubungan (positif) antara penawaran barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan pada suatu tingkat harga tertentu.
14
KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT
Keseimbangan wujud apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS Tingkat harga P0 dan tingkat keluaran agregat Y0 merupakan titik keseimbangan. Pada P1, tingkat harga lebih tinggi dari tingkat harga keseimbangan, menyebabkan berlaku lebihan penawaran. Interaksi pasaran akan menyebabkan P1 jatuh sehingga mencapai keseimbangan pada P0. Pada P2, tingkat harga lebih rendah dari tingkat lebihan permintaan. Interaksi pasaran akan menyebabkan P2 meningkat sehingga mencapai keseimbangan pada P0. Tingkat Harga Lebihan AS AS0 P1 P0 P2 Lebihan AD AD0 Y0 Y (Keluaran Aggregat)
15
TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.