Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYuliani Kartawijaya Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM KARDIOVASKULAR
INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH- EMPAT TAHUN (PPPRET) PENDIDIKAN JASMANI ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM KARDIOVASKULAR
2
AHLI – AHLI KUMPULAN AHMAD SUHAIMI BIN MOHD NASIR
MOHD SUHAIMI BIN SAHROM FIRDAUS BIN SAHAK
3
SISTEM KARDIOVASKULAR
JANTUNG – ORGAN BERONGGA DAN BEROTOT YANG MEMPUNYAI SAIZ KIRA-KIRA SAIZ PENUMBUK SENDIRI. TERLETAK DI DALAM KAVITI TORAKS DI ANTARA PARU-PARU KANAN DAN KIRI DI BELAKANG TULANG DADA, STERNUM. JIKA DI LIHAT DARI HADAPAN, JANTUNG KELIHATAN BERBENTUK SEGITIGA. APEKSNYA MENGHALA KE BAWAH DAN KE KIRI. JADI, DASAR JANTUNG TERLETAK DI ATAS DAN BELAKANG, TEMPAT PEMBULUH DARAH UTAMA KELUAR DAN MEMASUKINYA. JANTUNG TERDIRI DARIPADA ATRIUM (KANAN DAN KIRI) – RUANG PENERIMA DARAH VENTRIKEL (KANAN DAN KIRI) – RUANG PENOLAK DARAH
4
SISTEM KARDIOVASKULAR
GAMBARAJAH JANTUNG YANG NORMAL
5
SETIAP ATRIUM MEMPUNYAI UNJURAN KECIL BERBENTUK TELINGA YANG DIKENALI SEBAGAI AURIKEL. SETIAP INJAP MEMPUNYAI TIGA DEDAUN, MELAINKAN PEMBUKAAN KELUAR ATRIUM KIRI (INJAP ATRIOVENTRIKEL KIRI YANG MEMPUNYAI DUA DEDAUN. BAHAGIAN DALAM JANTUNG DILAPISI OLEH SEL SKUAMUS SELAPIS, ENDOKARDIUM, YANG BERTERUSAN DENGAN ENDOTELIUM YANG MELAPISI PERMUKAAN DALAM PEMBULUH DARAH. DI LUAR, JANTUNG DILIPUTI OLEH DUA LAPISAN MEMBRAN YANG SANGAT NIPIS, IAITU PERIKARDIUM SERUS. LAPISAN DALAM PERIKARDIUM SERUS MELEKAT PADA PERMUKAAN LUAR JANTUNG, DIKENALI SEBAGAI PERIKARDIUM VISERAL ATAU EPIKARDIUM.
6
SISTEM KARDIOVASKULAR
BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM JANTUNG
7
LAPISAN LUAR PULA AGAK KENTAL DAN DIKENALI SEBAGAI PERIKARDIUM PARIETAL.
KEDUA-DUA LAPISAN PERIKARDIUM INI BERTERUSAN ANTARA SATU SAMA LAIN BERHAMPIRAN DENGAN DASAR JANTUNG DI SEKITAR PEMBULUH UTAMA. DI ANTARA KEDUA-DUA LAPISAN INI, TERDAPAT RUANG YANG SANGAT NIPIS, DIKENALI SEBAGAI KAVITI PERIKARDIUM. SEDIKIT CECAIR MELINCIRKAN KEDUA-DUA PERMUKAAN DAN LANTAS MEMBENARKAN PENGGELONGSORAN DENGAN HANYA SEDIKIT GESERAN.
8
DI LUAR DARIPADA DUA LAPISAN PERIKARDIUM SERUS TERSEBUT, TERDAPAT SATU LAPISAN YANG DIBENTUK OLEH TISU BERSERAT. LAPISAN INI DIKENALI SEBAGAI PERIKARDIUM BERSERAT. DI ANTARA ENDOKARDIUM DAN EPIKARDIUM, TERDAPAT LAPISAN OTOT JANTUNG YANG DIKENALI SEBAGAI MIOKARDIUM (MIO – OTOT; KARDIUM – JANTUNG). OLEH SEBAB VENTRIKEL TERPAKSA MENGEPAM DARAH KELUAR MELAWAN RINTANGAN, MAKA MIOKARDIUM VENTRIKEL, KHUSUSNYA VENTRIKEL KIRI, MESTILAH KUAT DAN OLEH SEBAB ITULAH IA SANGAT TEBAL. MIOKARDIUM MENERIMA BEKALAN DARAH DARI ARTERI YANG KHUSUS YANG DIKENALI SEBAGAI ARTERI KORONARI.
9
SISTEM KARDIOVASKULAR
KITARAN DARAH DALAM JANTUNG
10
RUANG-RUANG DALAM JANTUNG
11
SEKIAN TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.