Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHamdani Setiawan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain. Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73). MINGGU 9
2
Konsep Dasar dalam Perkamusan
Ada tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi. Tipologi Dari sudut bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243). Leksikologi Ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata).
3
Leksikografi Sejarah Perkamusan Melayu
Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. Sejarah Perkamusan Melayu Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu: Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BM Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini
4
Kamus Awal Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina. Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi. Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.
5
Kamus dan Tatabahasa David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931. Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa. William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi. Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language. Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.
6
Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi. Kamus Moden Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.
7
Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa
Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan. Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan Kamus pancabahasa Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan Kamus panduan Kamus ensiklopedia Kamus tersaurus Kamus definisi Kamus sejarah 7
8
Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi
Kamus umum Kamus khusus Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna Kamus pelajar Kamus pelancong Kamus bidang
9
Jenis-jenis Kamus Daftar Kata Glosari Indeks Kamus Sebutan
Kamus Istilah Kamus Idiom Daftar Istilah Tesaurus Kamus seerti (sinonim) Ensiklopedia Kamus pelancong Kamus umum
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.