Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehLiani Setiawan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ISU HAKCIPTA DALAM MEDIA PERPUSTAKAAN
Nazura Abdul Manap Fakulti Undang-undang, UKM
2
Tayangan Video Tayangan video di perpustakaan adalah tidak melanggar undang-undang hakcipta sekiranya: Ditayangkan secara terhad dlam bilik tayangan yang kecil (bukan untuk ditayang kepada orang ramai) atau sekiranya dibenarkan dibawa pulang ditayangkan dalam bilik atau kawasan peribadi yang terhad sahaja.
3
Tayangan video di perpustakaan boleh membawa kepada isu hakcipta sekiranya :
Ditayangkan ditempat-tempat terbuka yang mana boleh diakses oleh orang ramai dengan mudah Ataupun ditayangkan ditempat yang terhad tetapi dibuka kepada bukan sahaja untuk tujuan domestik, malah orang luar juga dibenarkan untuk turut serta.
4
Tayangan Siaran Televisyen Berbayar
Siaran merupakan salah satu hasilkarya yang dilindungi hakcipta. Contoh: ASTRO, maka semua rancangan terbitan syarikat ini mempunyai hakcipta sendiri. Pelanggan hanya dibenarkan untuk menayangkan rancangan bagi tujuan persenderian/domestik sahaja.
5
TERMA DAN SYARAT LANGGANAN
Terma dan syarat menentukan hak ASTRO dan menetapkan setakat manakah tayangan boleh dibuat oleh pihak pelanggan. Sekiranya pelanggan melanggar syarat, ia merupakan pemecahan kontrak.
6
Rakaman rancangan TV Rakaman rancangan TV (atas permintaan) - selalunya rakaman untuk rancangan yang berkenaan dengan UKM, tokoh, dsb. Rakaman siaran Off-air TV & radio
7
Membuat Salinan Bahan Membuat salinan bahan berbentuk CD
Hak bagi membuat salinan adalah kepunyaan pemilik hakcipta (penulis , penerbit) Salinan itu tidak terhad kepada medium yang sama malah ia juga termasuk memindahkah atau menyalinkan dalam bentuk yang lain menukarbentuk bahan VHS ke bentuk VCD/DVD. Wbgpun, bagi kegunaan perpustakaan pengecualian di bawah s.13(2)(i) mungkin boleh diguna pakai.
8
Menukar bahan bercetak ke bentuk lain
Menukar bentuk latihan ilmiah, tesis dan buku bercetak kebentuk mikrofom Latihan Ilmiah dan tesis – jika terdapat perjanjian yang ditanda tangani oleh pelajar bahawa segala hasil latihan ilmiah, tesis, kertas projek diberi hak kepada universiti, maka tiada masalah.
9
Sambungan…. Jika tiada perjanjian sebegitu, ia milik pelajar dan penukaran kepada bentuk lain perlu mendapat izin. Wbpun, perpustakaan boleh mendapat pengecualian daripada s.13(2)(i) Akta Hakcipta 1987.
10
Mencetak atau Mengimbas Bahan Mikrofom
Pelajar mencetak/scan bahan mikrofom Bahan Mikrofom dibekalkan oleh perpustakaan manakala imbasan dibuat oleh pelajar sendiri Tanggungan adalah kepada pelajar iaitu melakukan salinan tanpa izin pemilik hakcipta. Walaubagaimana pun, pelajar boleh mendapat pengecualian di bawah s.13(2) Akta Hakcipta 1987 atas alasan pembelajaran persendirian.
11
Sambungan… Perpustakaan mungkin bertanggungan atas alasan membenarkan perbuatan salinan dilakukan tanpa izin. S.13(2)(i) juga boleh diaplikasikan di sini.
12
Muaturun bahan dari CD ke Laptop/ lain-lain peranti
Pelajar muat turun maklumat dari bahan berbentuk CD ke laptop masing2, tetapi tanpa kebenaran/pengetahuan perpustakaan S.36(1) Akta Hakcipta 1987 hanya terpakai sekiranya pihak perpustakaan “menyebabkan perbuatan perlanggaran dilakukan” oleh seseorang.
13
Melakukan hak eksklusif pemilik tanpa izin Perpustakaan: s.13(2)(i)
Syarat: kepentingan awam, Bersesuaian : amalan wajar dan Peruntukan mana-mana Peraturan Tiada Keuntungan dan bayaran masuk dikenakan
14
GARISPANDUAN AUDIO VISUAL IFLA
GARISPANDUAN UNTUK BAHAN BAHAN AUDIO VISUAL DAN MULTIMEDIA DI DALAM PERPUSTAKAAN DAN INSTITUSI LAIN GARISPANDUAN AUDIO VISUAL IFLA 6. HAKCIPTA DAN PERLESENAN Dalam bidang hakcipta intelek, terdapat kekangan perundangan khusus berkaitan dengan bunyi dan imej bergerak. Agak berbeza dengan hakcipta para pengarang dan para komposer, terdapat hakcipta para penerbit dan para penghibur, yang berkaitan secara khusus kepada media audiovisual, dan komuniti perpustakaan mempunyai minat tertentu dengan hak-hak sewaan. Setiap bahan dalam koleksi mesti ditentukan kedudukan perundangannya dengan jelas.Persoalan tentang perlesenan adalah amat penting dalam bidang ini. Oleh kerana adanya batasan lesen-lesen, satu daftar mengenai situasi hak bagi setiap bahan berlesen dalam koleksi adalah disyorkan dan harus kerap dikemaskini. Institusi-institusi harus cuba memujuk para penerbit untuk menerima satu Persetujuan Lesen Contoh (seperti yang ditaja oleh Majlis mengenai Perpustakaan dan Sumber-sumber Maklumat dan Yayasan Perpustakaan Digital) untuk mengelak daripada usaha rundingan bersungguh-sungguh yang tidak berkesudahan dengan berbagai jenis penerbit.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.