Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT"— Transcript presentasi:

1 KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT
MEKANISME KONTRAK KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT

2 KONTRAK-KONTRAK BERASASKAN AKAD AMANAH 
(Aqdul Amanah/ “Uberremae fidei contracts”) KONTRAK-KONTRAK BERASASKAN AKAD TABARRUAT  (Sukarela)

3 KONTRAK AMANAH Kontrak Al-Murabahah
Konsep Al-Murabahah adalah merujuk kepada penjualan suatu barang pada harga yang termasuk margin keuntungan sepertimana yang dipersetujui oleh kedua pihak yang terlibat atau dalam definisi yang lain ialah menjual sesuatu barang dengan harga modal dengan tambahan sejumlah untung yang dipersetujui bersama. Kos + Untung = Harga Jualan

4 BAI’ AL-MURABAHAH SECARA KREDIT
Contoh:  1.  Harga jualan tunai dikedai koperasi (Al-Bai’) adalah RM 1,000. 2.  Anggota koperasi ingin beli secara kredit. Koperasi ada menyediakan skim kredit jual beli untuk tempoh bayar balik 3 tahun dan telah menetapkan kadar untung untuk skim ini sebanyak 18%. Syarat lain seperti jaminan boleh dikenakan jua.  Kos bagi jualan kredit RM 1,000 + kadar untung kredit koperasi + kos 0.6 %  Harga Jualan Kredit ( 3 tahun ) RM 1,187

5 Sekiranya anggota ingin membayar dalam tempoh 2 tahun:
 Harga Tetap Murabahah ialah RM 1,187 - **Ibra’ (Discount) Harga selepas Ibra’ RM 1,127 Sekiranya anggota ingin membayar dalam tempoh 1 tahun:  Harga Tetap Murabahah ialah RM 1,187 - Ibra’ (Discount)  Harga selepas Ibra’ RM 1,067 **Dulu digunakan term “muqassah”

6 RUMUSAN BAI’ AL-MURABAHAH JUMLAH BULANAN
Harga Tetap Murabahah : RM 1, ( 3 tahun) - Ibra’ (Discount)  Harga Jualan 2 tahun : RM 1, - Ibra’ (Discount)  Harga Jualan 1 tahun : RM 1, Harga Tunai : RM 1,000    MAKA PROSES PERLETAKAN HARGA ADALAH DARI ATAS TURUN KE BAWAH.

7 Kontrak Tauliyyah Kontrak Tauliyyah adalah suatu urusniaga jualan yang dibuat pada harga kos. Ia merupakan satu bentuk jualan tunai ataupun kredit tetapi harga jualan yang dinyatakan atau ditawarkan kepada pembeli adalah pada harga kos. Kontrak Al-Wadziah Di bawah kontrak Al-Wadziah pula, ia merujuk kepada tawaran jualan murah dibawah kos.

8 Kontrak Al-Ishrak Kontrak al-Ishrak adalah salah satu bentuk kontrak perkongsian istimewa yang terletak di bawah kategori akad amanah. Walaubagaimanapun, ianya adalah suatu kontrak yang khusus dimana pihak yang berkongsi perniagaan adalah mempunyai amanah untuk mendedahkan maklumat yang sebenar diantara mereka. A ditawarkan tanah 2 RM40,000 se ekar. A mengajak B untuk berkongsi beli. Maka A mesti amanah menceritakan kepada B akan harga tawaran asal dan bukan harga lain pula.

9 KONTRAK – KONTRAK BERASASKAN AKAD TABARRUAT
Kategori kontrak Tabarruat adalah merujuk kepada kontrak yang memberikan manfaat kepada satu pihak sahaja. Ia boleh melibatkan suatu pemberian oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain dan boleh juga memberikan suatu kemudahan untuk dipergunakan oleh satu pihak yang lain dengan disyaratkan dikembalikan semula tanpa menetapkan syarat nilai tambah.

10 Hadiah Hadiah merujuk kepada suatu pemberian dari satu pihak kepada pihak yang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau penerimaaan semula. Ia merupakan suatu pemberian ikhlas yang mungkin bertujuan untuk memberi suatu anugerah atas sesuatu pencapaian.

11 Ji’alah Ji’alah, ju’l atau ja’ilah ialah apa-apa pemberian kepada seseorang atas sesuatu perbuatan yang dilakukan atau bakal dilakukan oleh bakal sipenerima. Ia dinamakan perjanjian hadiah juga. Contoh pemberian ji’alah oleh seseorang adalah seperti ia berjanji untuk memberi hadiah kepada orang yang menjumpa barangannya yang hilang; menggali telaga untuk dia sehingga dia mendapat air; atau ganjaran yang dikhususkan untuk pemenang dalam pertandingan; ganjaran guru yang membolehkan anaknya menghafaz al-Qur’an dan sebagainya.

12 Hibah Hibah merupakan suatu kontrak pemberian harta tanpa memerlukan tukaran balas dari penerima harta itu atau pun disebut sebagai tiada ganjaran balas. Pemberian ini dibuat secara sukarela dan tidak disyaratkan sipenerima membuat sesuatu kerja. Rukun hibah menetapkan bahawa perlu wujud tawaran dan penerimaan dan hibah sempurna apabila barangan diterima.

13 Jaizah Jaizah merupakan suatu pemberian atas tindakan seseorang terhadap pemberi. Sebagai contoh, hadiah-hadiah akan diberikan kepada 100 orang yang datang ke majlis pembukaan gedung perniagaan, tidak kira sama ada pelanggan itu membeli atau pun tidak. Ini sebagai suatu penghargaan atas kesudian datang ke kedai.

14 Al-Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan)
Al-Qard bermaksud pinjaman. Al-Qardhul Hassan ialah pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia adalah pemberian hutang oleh pihak tertentu kepada satu pihak yang lain tanpa adanya sebarang keuntungan atau bayaran lebih semasa bayaran balik dilakukan. Pinjaman bentuk ini lebih kepada memenuhi tanggungjawab sosial atau pertolongan kebajikan. Namun begitu tidak salah sekiranya pihak yang berhutang ingin membalas budi pihak pemiutang dengan memberikan sesuatu saguhati.

15 SKIM AL-QARDHUL HASSAN (AQH)
1. Skim Al-Qardhul Hassan ialah skim pinjaman kebajikan yang diharuskan oleh hukum syarak. 2. Skim Al-Qardhul Hassan merupakan pinjaman wang yang tidak dikenakan bayaran faedah atas nilai pinjaman. 3. Al-Qardhul Hassan adalah untuk membantu tetapi pinjaman mesti dibayar semula. Sipeminjam yang mendapat manfaat ini digalakkan memberi lebih (wang, barangan dan sebagainya) dari apa yang diperolehi apabila membuat bayaran balik pinjaman sebagai tanda terima kasih.

16 4. Dalam menguruskan skim ini, pihak yang memberi pinjaman boleh mengenakan suatu caj perkhidmatan yang munasabah atas anggaran kos langsung yang terlibat sahaja seperti fi guaman, mati setem, kos pengurusan. 5. Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah mengikut tempoh yang ditetapkan. 6. Sipeminjam wang mempunyai kuasa penuh atas wang yang dipinjam. 7. Cagaran atau jaminan boleh diminta.

17 TUJUAN SKIM AQH Sesuatu Skim AQH perlu menyediakan peruntukan kewangan bagi kemudahan peminjam yang memerlukan wang tunai bagi maksud meningkatkan keadaan ekonomi dan kebajikannya dan keluarganya seperti keperluan modal kerja untuk projek-projek pertanian asas, perniagaan kecil ataupun keperluan kebajikan dan pendidikan.

18 PELAKSANAAN SKIM AQH BIMB pernah memberi overdraf berasaskan AQH.
Bank Negara / Kerajaan pernah menerbitkan MGIC (Malaysian Govt. Investment Certificates) berasaskan AQH. Koperasi-koperasi menawarkan skim AQH kepada anggota koperasi bagi berbagai tujuan seperti kebajikan, perkahwinan, pendidikan. Skim AQH juga digunakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Di Iran, deposit wang di institusi kewangan berasaskan AQH.

19 Derma / Sedekah Suatu pemberian tanpa di minta apa-apa bayaran; ikhlas kerana Allah. Tumpuan derma adalah anak-anak yatim, fakir, miskin, fi sabilillah dan lain-lain.

20 Wakaf Pemberian suatu harta – tanah, bangunan, barangan, saham, khidmat dll – yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai atau pihak-pihak yang ditujukan. Juga disebut sedekah jariah. Hadith Nabi s.a.w.: “Apabila mati sahaja seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapanya.” (Riwayat Bukhari)

21 SEKIAN


Download ppt "KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google