Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA"— Transcript presentasi:

1 TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
(EUW 233) Pn. Azizah Bt. Abdullah 1/17/2019

2 Bab 1 : Pengenalan Ilmu Ketamadunan

3 KANDUNGAN TOPIK : Definisi Tamadun secara umum. Perbezaan Tamadun
Ciri-ciri Tamadun Tamadun Agung 1/17/2019

4 Piramid (Mesir) 1/17/2019

5 Tembok Besar (China) 1/17/2019

6 Candi Borobudur 1/17/2019

7 Taj Mahal 1/17/2019

8 Taman Tergantung Babylon
1/17/2019

9 Menara Pisa 1/17/2019

10 Definisi Tamadun secara Umum
Secara umumnya tamadun ditakrifkan sebagai pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan tentang aspek-aspek kerohanian yg menjadi panduan kearah kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat. 1/17/2019

11 Pendapat Sarjana Islam & Barat:
1.Ibn Khaldun : Dalam kitab Muqaddimah guna istilah Umran. Umran-makna asal tanah, tempat yg didiami manusia, mempunyai persediaan yg cukup bg manusia dan keperluannya, pencapaian manusia yg melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yg lbh halus dan mempunyai nilai-nilai seni 2.Syed Naquib al-Attas Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya 1/17/2019

12 Samb…. 3. Jurji Zidan adunan panduan pencapaian manusia dari segi kerohanian dan kebendaan. 4. Mahmood Mohd. Taib an-Najmi suatu peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dari segi tamadun. 5. Abu Bakar Hamzah suatu hasil pemikiran orang-orang Islam berlandaskan kepada ad-din Islam sendiri dan termasuklah aspek kebendaan yang digunakan dalam kehidupan mereka seharian 1/17/2019

13 Samb….. 6. Abd. Alim Abdul rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin
pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya 7. Mahayudin Hj. Yahaya tamadun itu tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal sahaja, tetapi termasuk juga aspek keadilan, moral dan kerjasama serta kesefahaman dikalangan anggota masyarakat yang wujud di kota dan di desa. 1/17/2019

14 Samb… 8. Clive Bell tamadun sebagai kriteria masyarakat 9.Redfield :
Tamadun sebagai cara hidup yang berkriteria. 10.Beatty dan Johnson : kehidupan kota dan tulisan adalah asas utama kelahiran sesuatu tamadun. 1/17/2019

15 Perbezaan Tamadun : Terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
Perbezaan Antara Tamadun dan Agama: Kebanyakkan tamadun silam muncul hasil daripada penghayatan yang tinggi terhadap nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan Dpt membentuk pandangan semesta & nilai kehidupan yg terpuji dalam masyarakat. Ini dpt dibuktikan apb dilihat kpd peninggalan bangunan & barangan tamadun silam yg dpt menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan beragama. 1/17/2019

16 Samb… Kini, tidak semua tamadun dipengaruhi oleh nilai-nilai keagamaan. Cth: tamadun Barat yg memisahkan antara nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan masyarakat. Agama sangat penting krn ia akan mengatur corak kehidupan manusia kearah kesempurnaan utk mencapai hidup yg bahagia sama ada kehidupan di dunia dan di akhirat. 1/17/2019

17 Samb… Agama pada keseluruhannya menjadi sumber & asas pembinaan sesuatu tamadun. Cth: agama Islam menjadi sumber dan asas pembinaan tamadun Islam. Begitu juga agama-agama lain seperti agama Hindu, buddha dan juga kristian. Oleh demikian, perbezaan antara tamadun & agama begitu jelas. Agama merupakan sumber asas sesuatu pembinaan tamadun. Manakala tamadun pula merupakan pencapaian yg dicipta oleh manusia yg bersumberkan sesuatu agama. 1/17/2019

18 Samb… b. Perbezaan antara tamadun & kebudayaan :
Budaya didefinisikan sebagai cara berfikir & cara merasa yg menyatakan diri dr pelbagai sudut kehidupan oleh segolongan manusia. Cth: tamadun Islam bersifat umum yg merangkumi segenap kehidupan, sedangkan kebudayaan adalah lebih khusus. Kebudayaan hanya merangkumi unsur-unsur pemikiran, abstrak, kerohanian & kejiwaan. Sedangkan tamadun merangkumi semua unsur-unsur ini dn ditambah dengan unsur-unsur kebendaan seperti kota raya, tulisan, skrip,seni bina, teknologi dsbgnya. 1/17/2019

19 Samb… Perbezaan antara tamadun dan bangsa:
Bangsa boleh ditakrifkan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Cth : bangsa Melayu, Cina & India. Bangsa juga ditakrifkan kumpulan manusia di dalam saatu ikatan kenegaraan, cth: bangsa Malaysia Tamadun pula adalah merupakan pencapaian yang dicipta dan dicapai oleh kumpulan bangsa tersebut.Cth: tamadun China di bina oleh bangsa Cina yang berada dinegeri China. 1/17/2019

20 Samb… Bagi tamadun Islam, kewujudan bangsa itu diiktiraf. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat :49 yg bermaksud : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling muka di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal”. Berdasarkan kepada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa manusia sememangnya diciptakan oleh Allah SWT berbeza-beza darisegi jantina iaitu lelaki dan wanita berkusu kaum, bangsa, berbeza warna kulit, bahasa, adat resam dan kebudayaan. Ia sengaja direncanakan oleh Allah SWT utkmencapai satu matlamat iaitu perpaduan. 1/17/2019

21 CIRI-CIRI TAMADUN: Secara umumnya tamadun mempunyai ciri- ciri seperti berikut: 1. Pemikiran keagamaan: Cth:tamadun Islam, China, India dll. 2. Kota Raya : Baghdad bagi tamadun Islam, Lembah Hwang Ho tamadun Cina. 3. Penduduk yang ramai: Merupakan elemen penting dlm proses pembangunan sesebuah negara. Dapat menghasilkan kemajuan & pencapaian yg tinggi dlm pelbagai bidang sprt sains & teknologi, seni bina dsbgnya. 1/17/2019

22 Samb… 4. Pemerintahan & Undang-undang:
Undang-undang yang adil dan berkesan dapat membawa kemajuan kepada sesebuah tamadun. 5. Pengkhususan kerja: Cth: wujudnya golongan intelektual, para sarjana, pedagang, teknorat, petani, pekerja dan sebagainya. 6. Ilmu pengetahuan : 7. Teknologi: 8. Perdagangan Antarabangsa : 1/17/2019

23 TAMADUN AGUNG: Terbahagi kepada dua bhg: 1. Tamadun terawal :
Tamadun manusia lahir pd zmn Batu Baru (neolitik) antara tahun 5,000 – 3,000 s.m. Manusia dizaman bt baru, manusia membuat petempatan berhampiran dgn sungai, tasik, gua batu & mula hidup berkampung. Mula mencipta senjata baru seperti tembikar & peralatan tenunan. Alat-alat tersebut mempunyai mutu yang lebih halus, digilap dan diasah. Menjalankan kegiatan ekonomi pertanian & penternakan. Mereka jg mula mencipta roda utk kemudahan pengangkutan & mencipta kain utk pakaian. Aktiviti perdagangan dlm bentuk sistem barter. Pegangan agama atau kepercayaan kpd tuhan. Antara tamadun agung terawal ialah : 1/17/2019

24 Samb… 1.Tamadun Mesir : Lahir di Lembah Nil.
Mengamalkan sistem pemerintahan hierarki. Firaun menduduki hierarki tertinggi, diikuti oleh golongan pemerintah, gol. Pertengahan, gol. Petani & gol. Hamba abdi. Mempunyai tulisan yg dikenali dgn nama Hieroglyphics iaitu tulisan bergambar & pendeta. Ia merupakan ukiran suci ciptaan pendeta. Ia terdiri drpd 24 huruf yg ditulis dgn dakwat di atas kertas yg dibuat drpd pokok papyrus. 1/17/2019

25 Samb… 2.Tamadun Sumeria :
Lahir kira-kira 6000 thn dahulu di Mesopotamia, iaitu antara sungai Tigris & Euphrates. Terdiri daripada beberapa buah negara kota yg diperintah oleh paderi besar. Mencipta tulisan dlm bentuk Cuneiform & pictographic. Menjalankan kegiatan penternakan secara saintifik & mempunyai pegangan agama kuil dlm bentuk Piramid yg diberi Ziggurt iaitu menjadi pusat peribadatan. 1/17/2019

26 Samb… 3.Tamadun Indus : Bermula sejak 4500 thn dahulu. Terletak bersempadan antara India dgn Pakistan. Mempunyai taraf hidup yg lbh tinggi. Mempunyai sistem pentadbiran yg mempunyai perancangan rapi. Mempunyai pengkhususan kerja yang membantu melancarkan lagi proses pentadbiran tamadun ini. Kegiatan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada penternakan, pertanian dan perdagangan. Mengamalkan ajaran agama Hindu, iaitu menyembah dewa shiva yang mempunyai tiga muka & dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Menggunakan tulisan berbentuk simbol & bergambar. Menghasilkan perhiasan daripada perak & batu permata, disamping memiliki tukang emas yang mahir. 1/17/2019

27 Samb… 4.Tamadun Hwang Ho :
Bermula dizaman pemerintahan Dinasti Shang, iaitu lebih kurang 1500sm. Kota raya yang besar telah dibina seperti Anyang, Loyang & Shang. Dizaman pemerintahan dinasti Chou, beliau tlh memperkenalkan beberapa jabatan utk mengawal urusan kewangan, pertahanan, undang-undang & rekod. Berpegang kpd prinsip percaya kpd roh nenek moyang. Menggunakan tulisan simbol iaitu ideogram yang ditulis diatas buluh. Sumber ekonomi bergantung kpd pertanian & pertukangan tangan. 1/17/2019

28 Samb… Menggunakan roda &peralatan yg diperbuat daripda gangsa.
Menggunakan mata wang logam & mempunyai institusi bank pd abad ke-5 sm. 1/17/2019

29 Samb… Tamadun Peringkat Perkembangan : 1. Tamadun Yunani :
Bermula pd abad ke-5 sm. Mengandungi 150 buah acropolis kota-kota kecil. Sistem pemerintahan berubah daripada sistem beraja kpd oligarki dan saterusnya demokri. Menjalankan kegiatan perikanan, penternakan & perdagangan sbg sumber ekonomi utama. Mata wang telah muladigunakan. Tamadun Yunani tlh melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal dlm pelbagai bidang seperti socrates, aristotle dan plato dlm bidang falsafah, dll. 1/17/2019

30 Samb… 2. Tamadun Rom : Merupakan sebuah kerajaan yg mengamalkan corak pemerintahan secara republik. Diterajui oleh golongan bangsawan yg bijaksana & dikenali sebagai Patrician. Undang-undang pertama yg dikenali sbg Jadual Dua Belas diguba pada thn 450 sm. Banyak mencapai kemajuan dgn terbinanya kuil, pawagam, bandar serta bangunan-bangunan yg tersergam indah. Membina jambatan, terusan & jalan raya yg panjang hingga beribu-ribu kilometer. Tahap pendidikan jg berkembang maju dgn sekolah-sekolah dibina & mempunyai kurikulum sistematik. Julius Caeser merupakan pemerintah Rom yg agung. Beliau tlh berusaha memperluas wilayah rom secara agresif, membawa banyak perubahan & menyumbang kepada kemajuan tamadun Rom. 1/17/2019

31 Samb… 3. Tamadun China. 4. Tamadun India. 1/17/2019

32 Sekian Terima Kasih 1/17/2019


Download ppt "TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google