Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN."— Transcript presentasi:

1 BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

2 HASIL PEMBELAJARAN Menghurai faktor interaksi antara tamadun
Menjelaskan jenis-jenis interaksi

3 PENDAHULUAN Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain

4 samb… sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain. Ia merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain

5 Definisi Interaksi Penyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan melalui proses asimilasi dalam jangka masa tertentu sehingga budaya asal tempatan hilang identitinya.

6 Jenis-jenis interaksi
Secara umum, interaksi berlaku dalam 4 jenis : Fizikal Teologi/agama Sains dan teknologi Budaya

7 Tamadun China Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Islam paling ramai, minoriti terbesar dengan jumlah lebih kurang 77 juta orang. Masyarakat Islam yang berketurunan China yang dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah Xing Jiang– Uighur. Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang –Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.

8 Kedatangan Islam ke China :
Menerusi jalan laut dan jalan darat. Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga Guang Dong (Canton). Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah wilayah ini, khususnya yang terdapat di AsiaTenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah Fukien (Hokkein) dan Guang Dong (Canton)sehingga kini terdapat ramai penganut Islam daripada keturunan mereka. Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol kerana beberapa sebab, antaranya: –Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim dan bukan muslim. –Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran agama dan peraturan makanan.

9

10 BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE NEGERI CHINA?
Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 . Orang pertama yang tiba di negeri China ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a. Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w iaitu Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah berdakwah di wilayah ini. Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong. Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong dan Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil sempena nama Saad). Ramai penganut Islam yang menggunakan nama keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan agama Islam pada zaman dinasti Ming

11 TAMADUN INDIA Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ; –Zaman Pra Sejarah, –Zaman Veda, –Zaman Dinasti Maurya, –Zaman Empayar Gupta, –Zaman Kerajaan Islam, –Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda, –Zaman Pemerintahan British, –zaman Merdeka. Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.

12 samb… India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak panjang. Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India kekal sehingga ke hari ini. Terdapat hampir 150 juta penganut Islam dari keseluruhan penduduknya yg melebihi 1 bilion. Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua teramai selepas penganut agama Hindu. Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.

13 samb… Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada 700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang pahlawan Islam bernama Muhammad bin al-Qasim menawan satu daerah bernama Daybul. Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak mahu menganut agama Islam dan mahu hidup berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi. Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam pertama di India bernama M ansurah pada tahun 730 dan tidak lama selepas itu, bandar ini telah menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam pada tahun 850. Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara dan Gujerat di Timur dan Selatan.

14 Contoh interaksi Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu.
Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi

15

16 . FAKTOR INTERAKSI Pemerintah Survival Keagamaan Pendidikan
Perdagangan Perkahwinan geografi Ziarah

17 Kesan Interaksi Kesan Positif : Kesan Negatif : Bahasa Budaya Seni
T. China T. India Ekonomi Sosial Pendidikan T. China T. India

18 PENUTUP Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara


Download ppt "BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google