Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"— Transcript presentasi:

1

2 Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

3 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

4 Intisari Surah As-Syarh
Sebagai hamba Allah s.w.t. yang lemah, sifat sabar dan tabah Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi dugaan dan rintangan harus dicontohi dan diikuti. Kita harus bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan kepada kita. Kita tidak seharusnya merungut ataupun berputus asa apabila ditimpa musibah keatas diri kita. Setiap kesusahan ada kesenangannya, dan setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, kita harus bersabar di dalam segala apa yang kita lakukan.

5 Sebab Turunnya Surah As-Syarh
Ayat 5-6: Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa kedua ayat ini (5 dan 6) diturunkan berkenaan dengan kaum Musyrikin yang seringkali menghina kekafiran dan kemiskinan kaum Muslimin. (Hadis riwayat, Ibnu Jarir)


Download ppt "Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google