Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik"— Transcript presentasi:

1 Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BBM 3206 Unit 2 Kuliah 1 Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 Peringkat 1 Semantik Struktural
Semantik struktural didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang mengkhususkan representasi semantik kepada ayat. Diberikan fitur distingtif dan melihat hubungan antara fitur tersebut. Contoh: teruna [ + lelaki] gadis [ - lelaki] Interpretasi yang serupa membentuk sinonim. Contoh teruna dan bujang. Interpretasi yang tidak serupa membentuk antonim. Contoh perempuan dan lelaki.

3 - Kucing mengejar tikus.
Semantik pada peringkat ini telah mengenepikan langsung makna pada peringkat ayat. pengkaji semantik pada peringkat ini telah mengandaikan fitur semantik bagi sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat dapat digabungkan untuk mendapatkan makna seluruh ayat tetapi aturan ayat mesti serupa. Contohnya: Kucing mengejar tikus. Tikus mengejar kucing. Gagal memberikan penjelasan lanjut bagi ayat (Katz, Semantic Theory, 1972).

4 Sebab Peringkat 1 Gagal Semantik didapati tidak dapat berdiri sendiri.
Katz cuba memberikan makna bagi keseluruhan ayat. Contoh: - Seorang perempuan membunuh seorang lelaki [ x dewasa ] [ x menyebabkan ] [ y teruna ] [ x manusia ] [ y menjadi ] [ y dewasa ] [ x wanita ] [ y tidak bernyawa ] [ y manusia ] Penerangan Katz gagal kerana: Terhenti setakat menyenaraikan bentuk makna ayat berdasarkan kata demi kata. Mengenepikan hubungan struktur dalaman dan luaran bagi ayat. Tidak memberikan penjelasan lanjut bagi makna perkataan yang disenaraikan.

5 Peringkat 2 Semantik Interpretif dan Generatif
Semantik pada peringkat ini memperuntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Banyak melibatkan ilmu logik menggunakan predikat kalkulus. Contoh: P Q a. Kalau Lina Lina dapat meneruskan mendapat biasiswa pengajiannya di universiti (cadangan argumen/premis). b. Lina mendapat biasiswa (inferens). c. Lina meneruskan pengajiannya di universiti (bentuk logik P,Q). Golongan lojik hanya mampu memberi keterangan setakat ini sahaja tanpa memberi penjelasan sebab-musabab perkara ini terjadi.

6 Teori semantik interpretif menyatakan hubungan antara struktur sintaksis dengan struktur semantik adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada ayat tersebut. Semantik pada peringkat ini cuba menunjukkan bahawa ciri-ciri semantik dan hubungan antara ayat adalah hasil perkongsian antara dua perkara, iaitu: - Rumus yang menterjemah bahasa semula jadi kepada bentuk logik ( I love dancing = Saya suka menari ). - Rumus inferens logik yang menghubungkaitkan antara bentuk logik dengan bentuk logik yang lain.

7 Gagal kerana tidak dapat menunjukkan hubungan yang sinonim. Contoh:
a. Ali teruna. b. Remaja / Lelaki / Manusia / Belum berkahwin = Ali c. Ali belum berkahwin. d. Belum berkahwin (Ali) & Remaja (Ali) & Lelaki (Ali) & Manusia (Ali) Terlalu mementingkan sintaksis.

8 Peringkat 3 Semantik Syarat Benar
Semantik pada peringkat ini pula dikenali sebagai semantik formal (syarat benar/truth condition). Pada peringkat ini semantik dianggap sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang menperuntukkan interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan syarat-benar sesuatu ayat. Ahli semantiknya – Ruth Kempson, Fodor, Sperber dan Wilson.

9 Tujuan utama adalah membezakan argumen yang sah daripada yang tidak sah, kemudian memastikan bahawa daripada cadangan yang benar sahaja kesimpulan sebenar dapat dihasilkan. Oleh itu, premis dan kesimpulan mestilah benar. “ A adalah benar jika dan hanya jika P”. (S is true if and only if P ) - Kempson, 1982:26).

10 Formula ini sesuai untuk ayat berikut;
1. Rumput itu hijau jika dan hanya jika rumput itu hijau 2. Salji itu putih jika dan hanya jika salji itu putih Ayat ini tidak memperlihatkan peranan konteks dalam menginterpretasi makna. Bagi ahli logik tujuan mereka adalah untuk membezakan argumen yang sah daripada yang tidak sah. Memastikan cadangan yang benar sahaja dapat menghasilkan kesimpulan sebenar Kritikan Deirdre Wilson and Dan Sperber mengemukakan contoh ayat yang memerlukan pemilihan konteks. Saya masuk ke rumah dan kerusi berselerakan

11 Kelemahan semantik syarat benar
1. Tidak dapat menenrangkan kebenaran dan ketidakbenaran ayat bukan penyata. Contoh: Ayat imperatif – Pergi makan sekarang. Ayat interogatif - Di mana awak menghilang? Ayat seruan - Wah besarnya istana kau? Ayat sindiran - Cantiknya muka.

12 2. Implikatur konvensional – perkataan yang
mempunyai makna tetapi tiada syarat benar a. Ali datang dan saya berasa gembira b. Ali datang tetapi saya berasa sedih 3. SSB silap meramalkan bahawa semua kebenaran ialah sinonim a. Semua orang kaya tinggal di bandar b. Semua orang bandar ialah kaya 4. Tidak ada ketentuan dalam SSB- makna yang diberikan kabur Contoh Penentu cawan dengan gelas Pemisah antara kaya dengan miskin.

13 Peringkat 4 Semantik Sistem Penuh
Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson. Sperber dan Wilson tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan oleh golongan semantik syarat benar dalam memberikan makna sebenar bagi sesuatu ayat/ujaran. Contoh dalam argumen mereka dengan memberikan seberkas ayat: - Saya berasa gembira. - Ali membeli ketam. - Dia juga.

14 Model Semantik Sistem Penuh
a. Saya gembira (Bentuk logik) _____________gembira pada _______________ [penutur] [waktu ujaran] b. Ali _____membeli___ ketam (bentuk logik) [individu bernama Ali] sejenis alat/makanan laut C. Saya______ juga (bentuk logik) [seorang individu) ciri-cirinya

15 Sekian,


Download ppt "Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google