Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehRatna Agusalim Telah diubah "6 tahun yang lalu
2
Surah Az-Zalzalah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat- dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
3
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing- masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
4
Intisari Surah Az-Zalzalah
Memberi gambaran betapa hebat dan dasyatnya hari kiamat yang akan tiba. Allah s.w.t. telah memerintah bumi supaya goncang dan memuntahkan segala isi yang tersimpan dalam perutnya supaya segala-galanya hancur- lebur dan menjadi porak-peranda. Manusia berasa bingung dengan keadaan yang berlaku pada hari tersebut (iaitu kehancuran bumi). Selepas berlakunya peristiwa tersebut, manusia akan dibangkitkan untuk dihitung amalan mereka (hari kiamat).
5
Orang yang melakukan kebaikan walaupun perbuatan tersebut sekecil atom, akan diperlihatkan dan akan menerima ganjarannya. Orang yang melakukan kejahatan walaupun perbuatan tersebut sekecil atom, akan diperlihatkan dan akan menerima balasannya.
6
Sebab Turunnya Surah Az-Zalzalah
Ayat 7-8: Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa’id bin Jubair bahawa ketika turunnya ayat lapan dari surah al-Insan “dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan”, kaum Muslimin beranggapan bahawa orang yang bersedekah sedikit tidak akan mendapat pahala; orang yang membuat dosa kecil, seperti berbohong, mengumpat, mencuri penglihatan, dan sebagainya tidak akan diseksa; serta menganggap bahawa ancaman neraka dari Allah hanya disediakan bagi orang-orang yang berbuat dosa besar. Oleh demikian, maka turunlah ayat tujuh dan lapan dari surah az-Zalzalah sebagai bantahan terhadap anggapan mereka itu.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.