Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYanti Iskandar Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
UNIT 7: PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI
2
Penggunaan media massa seperti surat khabar masih lagi dianggap berkesan kepada khalayak pada masa kini, walaupun bersaing dengan penggunaan media baru seperti internet (Julia Mirza, 2013).
3
Disebabkan itulah akhbar masih digunakan untuk melaporkan maklumat tentang pembangunan. Namun untuk mempengaruhi psikologi dan sosiologi masyarakat wartawan menggunapakai:-
4
Teknik pembingkaian (framing) ketika melaporkan berita.
Faktor kedekatan - isu-isu yang mempunyai perkaitan dengan persekitaran mereka
5
1. FRAMING Entman (1993) menjelaskan pembingkaian melibatkan satu proses pemilihan dan penonjolan. Manakala Chong dan Druckam (2007), menyatakan bahawa apa yang dipaparkan melalui akhbar-akhbar adalah suatu yang dibingkaikan dan segala maklumat yang terdapat dalam akhbar boleh membentuk pendapat yang tersendiri terhadap isu. Pembingkaian pada asasnya terbahagi kepada dua iaitu pembinaan bingkai (frame building) dan juga penentuan bingkai (frame setting).
6
Jenis-jenis Bingkai Terdapat tiga jenis bingkai berita:-
bingkai positif (pro frame), bingkai negatif (anti frame) dan bingkai neutral (neutral frame).
7
Bingkai berita positif mengandungi imej positif berkaitan dengan peranan kerajaan dan parti yang memerintah. Bingkai negatif memaparkan imej negatif tentang pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Bingkai neutral tidak mengandungi sebarang imej negatif mahupun imej positif kerajaan dan parti yang memerintah sebaliknya hanya berkaitan dengan isu-isu semasa.
8
a. Pembinaan Bingkai (Frame Building)
Menurut Tewksbury dan Scheufele (1994) terdapat lima faktor yang mempengaruhi para wartawan untuk membina pembingkaian iaitu: (i) saiz nilai dan norma sesebuah masyarakat (ii) tekanan dalam organisasi (iii) tekanan luaran iaitu kumpulan berkepentingan dan pembuat dasar (iv) rutin-rutin professional dan (v) ideologikal ataupun orientasi politik daripada wartawan
9
b. Penentuan Bingkai (Frame Setting)
Menurut Vishwanath (2008), penentuan bingkai berlaku apabila seseorang individu (penerima) menggunakan kandungan berita. Pada asasnya penentuan bingkai ini merujuk kepada kesan kognitif dan afektif pembaca.
10
Keperluan kognitif berkaitan dengan keinginan untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan pemahaman. Keperluan perasaan (afektif) melibatkan keperluan beralih perhatian dari sesuatu perkara yang tidak digemari.
11
Pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir di Serdang.
2. Faktor Kedekatan Merujuk kepada jarak di antara tempat berlakunya kejadian dengan tempat berita disebarkan. Semakin hampir jarak tersebut maka semakin bernilai berita itu kepada pembaca. Contoh:- Pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir di Serdang.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.