Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik"— Transcript presentasi:

1 BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

2 Pengenalan Sejarah Bahasa Melayu telah bermula kira-kira 680 Masihi. Dari zaman itu telah didapati beberapa piagam yang tertera di dalam bahasa Melayu kuno. Pada tahun 686 Masihi telah didapati sebuah piagam seperti itu di Kota Kapur, Bangka Barat dan dua buah lagi didapati dari tahun 683 dan 684 di Kedukan Bukit dan Talang Tuwo yang ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit di dalamnya, di samping piagam-piagam yang menggunakan bahasa Jawa Kuno.

3 Persoalan : Di mana tanah tumpah darah bahasa Melayu?
belum ada seorangpun ahli penyelidik yang dapat memastikan dengan tepat tarikhnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa tempat tumbuhnya bahasa Melayu adalah di daerah Batang Hari dekat Jambi, Sumatera kerana di sana dahulu pernah terdiri satu kerajaan yang bernama “Melayu’. Tetapi pada abad ke VII Masihi, kerajaan tersebut telah lenyap setelah ditakluki oleh kerajaan Srivijaya. Alasan - beberapa batu bersurat yang dijumpai di daerah Jambi, peninggalan zaman kerajaan Srivijaya memberi petunjuk kepada para penyelidik bahawa bahasa yang digunakan pada zaman itu ialah bahasa Melayu Kuno yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit.

4 Pengertian Bahasa Melayu Klasik
Ismail Hamid (1987:68) : Tulisan bahasa Melayu Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat yang tersebut pada masa lampau menerangkan kepada kita bahawa bahasa Melayu dewasa itu adalah merupakan satu lanjutan sejarah daripada bahasa Melayu Kuno. artifak ini turut membuktikan bahawa bahasa Melayu terus berkembang. Bahasa Melayu bukanlah satu bahasa yang statik tetapi adalah satu bahasa yang dinamik dan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan zaman.

5 Metodologi Mengikut Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian bahasa dibuat atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu iaitu dibahagikan mengikut zaman politik (Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya), pengaruh kebudayaan (Hindu, Islam, dan Barat) atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin (Rumi).

6 Zaman Srivijaya- yang berlatarbelakangkan masyarakat yang beragama Hindu dan Buddha, mereka menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya dengan pinjaman kata-kata Sanskrit. Pada zaman Melaka, huruf Arab digunakan, masyarakatnya menganut agama Islam, kegiatan sastera berkembang dalam bahasa Melayu.

7 Zaman Kerajaan Singahsari dan Majapahit
pengaruh bahasa Jawa semakin dominan tetapi tidak pula menghapuskan bahasa Melayu kerana sifatnya yang sederhana. Bahasa Melayu terus berfungsi dalam kerajaan dan perhubungan. Tambahan lagi, kerajaan Jambi terus memainkan peranannya walaupun menjadi taklukan Majapahit. Mengikut Nik Safiah et.al. (1994:11), pengaruh kesusasteraan dan kebudayaan Jawa dengan kekuasaan Majapahit ‘tidak dapat dinafikan’. Sastera Jawa dengan cerita-cerita panji tersebar luas di nusantara dan banyak antara cerita panji ini disadurkan ke dalam bahasa Melayu seperti Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa Perara dan lain-lain namun bahasa Melayu masih berkembang.

8 Pada Abad ke-13 - pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Jika pada zaman Srivijaya, bahasa Sanskrit dan tulisan Palava dan Nagiri digunakan, tetapi pada zaman ini telah memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi. Evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

9 PERMULAAN ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK
Mengikut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu sesuai dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan mencatat tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

10 Rumusan: Zaman bahasa Melayu klasik ditandai oleh kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi alat pemerintahan,perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelum ini iaitu pada zaman bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu; a) tulisan Rencong dan Lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara. b) tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

11 Perkembangan bahasa Melayu klasik
Dengan kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab, bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bermula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. tulisan Rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 M setelah Melaka ditawan oleh Portugis, (Amat Juhari Moain 1992:1062). Kemudian pada tahun 1521 seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan Rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

12 Kesimpulan Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang (ketatanegaraan), agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan (budaya dan kemasyarakatan). Kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

13 Sekian, terima kasih


Download ppt "BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google