Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHerman Budiaman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
TEKNOKRAT: KONSEP, PROSES KEMUNCULAN & PERANAN
Oleh: Dr. Mohamed Ayyub Bin Hassan Week 2
2
Pengenalan Zaman moden / pasca moden / global
Kepentingan peranan sains dan teknologi Kemunculan kelas / kelompok baru dalam masyarakat, seperti aristocrat, birokrat, korporat dan teknokrat Kehidupan distruktur berdasarkan pengkhususan kepakaran atau fungsi Bilangan dan kumpulan teknokrat yang diperlukan oleh sesebuah negara bergantung kepada bentuk pembangunan yang hendak dicapai.
3
Definisi:Teknokrat Wiltob Ivie (1953): sesiapa sahaja yang percaya dan menerima pakai teknokrasi sebagai satu bentuk kawalan sosial dalam bidang kepakarannya. Sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang latihan dan bidang saintifik dan teknikal. Individu yang mempunyai kemahiran khusus untuk melakukan kerja secara profesional, iaitu dalam bidang sains dan teknologi.
4
George Morrison (1895) – Presiden Pertubuhan Jurutera Amerika Syarikat
“ Kita ialah paderi pembangunan material, yang melakukan kerja yang membolehkan manusia menikmati hasil daripada sumber kuasa yang hebat terhadap alam dan kekuatan fikiran terhadap benda. Kita adalah paderi zaman baru, tanpa tahyul.”
5
SYARAT KEPAKARAN & PENGKHUSUSAN
Pengetahuan Kemahiran Latihan Pendidikan
6
ATRIBUT BAGI SESUATU PROFESION (GREENWOOD, 1957)
1. Teori sistematik / Ilmu Pengetahuan – perkhidmatan profesional melibatkan siri pengoperasian yang komplikated, mempunyai kepakaran yang memerlukan tempuh latihan yang panjang, mempunyai takungan teori untuk membantu professional 2. Penerimaan Komuniti dan autoriti – spt sistem & struktur latihan / pendidikan melalui akreditasi, menentukan ‘lesen’ untuk praktis sebagai profesional melalui badan profesional, menjaga kerahsiaan klien, imuniti daripada masyarakat dalam aspek teknikal kecuali ditentukan oleh standard dalam bidang yang berkaitan
7
Samb… 3. Budaya profesional – beroperasi dalam persekitaran organisasi & rangkaian yang formal bagi menjaga integriti & kepentingan setiap kumpulan 4. Etika Profesional (komprehensif) – memastikan tingkah laku moral yang tinggi di kalangan profesional kerana risiko keputusan profesional adalah tinggi – di indoktrinasi melalui kurikulum & penguatkuasaan badan professional
8
PERANAN TEKNOKRAT: ISU DAN PENILAIAN
Umumnya peranan teknokrat diakui telah banyak menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan didunia ini, seperti perumahan, makanan, pengangkutan, keselamatan, komunikasi dll. Keyakinan kepada keunggulan sains dan teknologi telah mencetuskan gerakan kearah pemerintahan teknokrasi seperti di Perancis (kurun ke18) dan Amerika Syarikat, seperti saranan W.H. Smythe (1919), iaitu pemerintahan masyarakat melalui saintis dan teknologis. Saint Simon cuba menonjolkan satu ‘agama’ baru iaitu saintis sebagai penyelamat manusia menggantikan paderi yang korup. Menurut mereka hanya sains dan teknologi yang mampu mengurus kehidupan manusia dengan baik
9
Samb… Namun idea ini lebih merupakan satu utopia, kerana:
Kepakaran teknokrat tidak mampu menyelesaikan semua masalah kehidupan, seperti kemiskinan, pengangguran, jenayah, kekeluargaan dll. Prinsip rasional dan neutral sains dan teknologi ternyata tidak dapat dipertahankan, seperti dominasi oleh citra politik, seperti Nazisme, perang teluk, kes Hiroshima, krisis alam sekitar dll.
10
Samb… Realitinya: Peringkat awal kemajuan di Barat di dominasi oleh kapitalis, seperti di Eropah. Pada peringkat seterusnya kapitalis menggunakan korporat dan teknokrat (sebagai pekerja) untuk mengembangkan perniagaan mereka. Justeru tujuan dan kemahiran teknokrat hanyalah untuk merealisasikan matlamat kapitalis sebagai pembiaya modal dan mereka tidak mempunyai kebebasan. Teknokrat juga ‘dieksploitasi’ oleh birokrat (ahli politik) untuk mencapai misi ideologi /kepentingan mereka
11
Kesimpulan Teknokrat hanyalah sebagai arkitek/jurubina/jurucipta, tetapi bukan sebagai katalis yang menentukan arah haluan pembangunan negara dan masyarakat Malah dikalangan teknokrat sendiri terlibat dengan pelbagai kes salah laku, pecah amanah dan rasuah Puncanya ialah pemisahan aspek etika/moral dalam sains dan teknologi dan pengkhususan kerja yang sangat tinggi sehingga mewujudkan anomie sosial apabila teknokrat terpisah daripada keseluruhan proses pembangunan atau pengeluaran sesuatu barangan. Pengkhususan kerja yang tinggi – penguasaan kapitalisme (focus kepada pengeluaran dan keuntungan) menyebabkan fungsi teknokrat terpisah daripada proses pengeluaran secara menyeluruh
13
UHAS 2122 Selamat berfikir!
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.