Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
FITNAH DAJJAL & AKHIR ZAMAN
DISAMPAIKAN OLEH: US.HJ MOHD MEEFTAH BIN HJ ANUAR PENOLONG PENGARAH ILIM, JAKIM
2
DAJJAL
3
SOALAN Bagaimanakah bentuk dajjal yang sebenarnya
SOALAN Bagaimanakah bentuk dajjal yang sebenarnya? JAWAPAN Dalam menjawab isu ini, kami kemukakan pandangan Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya: Dajjal adalah fitnah yang amat besar sehingga Rasulullah SAW sering membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah SAW pada setiap solat (setelah tahiyat akhir) membaca: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا، وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مَنَ الْمَاْثَمِ وَالْمَغْرَمِ Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Ya Allah aku berlindung pada-Mu daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar.” Riwayat al-Bukhari
4
Secara terperinci, ciri-ciri Dajjal dapat dilihat dalam beberapa hadis berikut: “Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh Rasulullah SAW jaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun oleh mukmin yang buta huruf. Menurut kami, perkara ini tidak akan tersembunyi (meragukan) lagi bagi sesiapa sahaja.” “Ternyata dia seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting, dan bermata sebelah.” Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Umar Dalam hadis riwayat Thabrani daripada Abdullah Ibnu Mughaffal dinyatakan, “Dajjal berkulit coklat dan dan berambut kerinting.”
5
“Sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebalah dengan mata yang terhapus.” Riwayat Abu Daud daripada Ubadah bin Somit dan Ahmad “Sesungguhnya kepala Dajjal itu dari belakang kelihatan tebal dan berkelok-kelok.” Riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir “Pada matanya yang sebelah kanan, seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung.” Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar “Bukanlah sesungguhnya dia itu bermata sebelah dan tertulis di antara kedua mata Dajjal itu perkataan kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin.” Riwayat Muttafaq ‘Alaih , daripada hadis Anas
6
“Dajjal itu adalah mata kirinya buta dan rambutnya kasar; dia mempunyai syurga dan neraka yang syurganya itu sebenarnya adalah neraka, sedangkan nerakanya sebenarnya adakah syurga. Riwayat Huzaifah “Sesungguhnya aku mengetahui sifat Dajjal itu; dia mempunyai dua buah sungai, yang satu mengandungi air putih sedangkan yang lain mengandungi nyalaan api. Jika seseorang yang melihat sungai yang mengandungi nyalaan api itu, maka hendaklah dia menutup matanya dan mendekati ke arahnya, maka dia akan dapat meminum air sejuk darinya. Ciri-ciri Dajjal itu adalah mata kanannya buta, kukunya kasar dan di antara kedua matanya tertulis perkataan “Kafir” yang dapat dibaca oleh semua orang mukmin yang melihatnya, baik yang boleh menulis membaca mahupun tidak. Riwayat Muslim
7
Ibn Umar mengatakan bahawa suatu kali Rasulullah SAW menceritakan mengenai Dajjal kepada kami lalu baginda berkata, “Sesungguhnya Allah SWT matanya tidak buta sebelah; ketahuilah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya.” Ibn Umar juga mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku tertidur di Kaabah, aku bermimpi melihat seorang yang amat gagah rupanya, lurus rambutnya serta berminyak, sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Dia adalah al-Masih bin Maryam (Nabi Isa AS).” Kemudian aku lihat lagi di belakangnya seorang yang amat buruk rupanya, buta mata kanannya dan kerinting rambutnya, juga sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Al-MAsih al-Dajjal (Dajjal).” Rasulullah SAW bersabda, “Salah satu mata Dajjal seperti kaca berwarna hijau dan berlindunglah kamu daripada azab kubur.” Riwayat Ubai bin Ka’ab
8
DEFINISI DAJJAL
9
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipudaya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil. Dajjal juga datang dalam sighah (acuan) mubalaghah (melampau) iaitu “فَعَّال” kerana Dajjal ini banyak melakukan pendustaan dan tipudaya.
10
Dari sudut istilah pula, Dajjal boleh dikenali dengan beberapa sifat yang dikhabarkan oleh Baginda SAW melalui hadith-hadithnya. Antaranya ialah: Seorang manusia. Rambutnya kerinting dan kusut masai. Sebelah daripada matanya buta. Tertulis antara dua matanya كفر (kufur).
11
Mengapakah tidak disebut lafaz Dajjal di dalam al-Qur’an?
Mengapakah tidak disebut lafaz Dajjal di dalam al-Qur’an?
12
Pertama: Dajjal disebut atau terkandung di dalam beberapa ayat al-Qur’an. Contohnya: Firman Allah SWT: يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Maksudnya: “Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”. [al-An’am:158] Di dalam ayat ini, tidak disebut lafaz Dajjal secara jelas tetapi tanda-tanda (آيات) yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Dajjal, terbit matahari dari barat dan juga al-Dabah (الدابة). Ini disebut di dalam kitab-kitab tafsir.
13
Selain itu di dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadith yang menjelaskan berkaitan makna ayat di atas dan ini adalah antara tafsiran yang terbaik iaitu menafsirkan ayat al-Qur’an dengn hadith Nabi SAW. Hadith tersebut adalah: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ Maksudnya: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”. [Riwayat Muslim (158)]
14
Kedua: Al-Qur’an telah menyebut Nabi Isa AS dan Nabi Isa AS yang akan membunuh Dajjal. Maka dengan itu, sudah memadai menyebut Nabi Isa AS yang membawa kepada hidayah daripada menyebut Dajjal yang menyeru kepada kesesatan. Sudah menjadi adat (kebiasaan) orang arab adalah sudah memadai menyebut salah satu daripada perkara yang berlawanan.
15
Ketiga: Al-Qur’an tidak menyebut Dajjal bagi menghina atau memperkecilkannya. Ini kerana, Dajjal apabila turun ke dunia akan mendakwa ketuhanan (uluhiyyah) dan ketuannan (rububiyyah)sedangkan dia adalah manusia biasa. Oleh sebab itu, Allah SWT tidak menyebut namanya di dalam al-Qur’an bagi menghina dan memperlekehkannya. Persoalan yang timbul, mengapa al-Qur’an menyebut Firaun sedangkan Firaun juga mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Jawapannya adalah kerana Firaun zamannya telah berlalu dan berakhir. Di samping itu juga, agar kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah tersebut. Adapun Dajjal kisahnya belum berlaku dan akan berlaku apabila tiba waktu dan ketikanya.
16
Setelah melihat beberapa pendapat di atas, pendapat yang pertama adalah lebih tepat dan betul berbanding pendapat-pendapat yang lain. Walaupun lafaz Dajjal tidak disebut secara jelas di dalam al-Qur’an tetapi Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjelaskan berkaitan hal tersebut.
17
Dimanakah Dajjal akan keluar?
18
Dajjal akan keluar dari arah timur iaitu dari Khurasan (Khurasan adalah satu tempat yang luas, terletak di sebelah timur dan ia terdiri daripada beberapa daerah, antaranya Naisabur). Kemudian Dajjal akan mula berjalan di bumi dan tidak akan ditinggalkan satu tempat pun melainkan dia akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah. Dajjal tidak dapat memasuki Makkah dan Madinah kerana terdapat malaikat yang menjaga kedua tanah suci itu. Selain itu juga, Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa Dajjal ini pasti akan muncul dari arah timur. [Lihat: Fath al-Bari, ] Kenyataan ini disandarkan atau dikuatkan lagi dengan beberapa buah hadith yang sahih, antaranya:
19
Daripada Abu Bakar RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ Maksudnya: “Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur, dikatakan tempat tersebut adalah Khurasan”. [Riwayat al-Tirmizi (2237)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai Hasan Gharib dan Syeikh Ahmad Syakir mengatakan sanad hadith ini adalah sahih]
20
Bilakah muncul atau keluarnya Dajjal?
21
Muncul atau keluarnya Dajjal adalah satu kepastian dan kita tidak boleh sama sekali mengingkarinya. Akan tetapi waktu yang sebenar atau tepat keluarnya Dajjal ini tidak diketahui tetapi apa yang pasti keluarnya Dajjal adalah salah satu tanda besar Kiamat. Tambahan pula, ini termasuk dalam perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui melainkan Allah SWT. Allah SWT juga menyembunyikan kepada kita bila akan berlakunya Kiamat berdasarkan firman-Nya: Firman Allah SWT: يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan akan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia (Allah SWT)”. [al-A’raf:186]
22
Apakah terdapat golongan yang mengingkari akan kewujudan Dajjal ini?
23
Terdapat sebahagian individu mendakwa bahawa Dajjal ini hanyalah simbol kejahatan sahaja dan ia akan hilang dengan terdiri syariat di atas muka bumi ini. Dalam masa yang sama, mereka ini menafikan bahawa Dajjal adalah seorang manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith. Antara dalil yang menguatkan hujah mereka adalah, hadith-hadith berkaitan Dajjal diriwayatkan dengan berbeza-beza seperti tempat keluarnya Dajjal, peribadi Dajjal itu sendiri dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa Dajjal adalah simbol kepada kejahatan semata-mata dan dia bukanlah seorang manusia seperti yang kita fahami. Bagi menjawab persoalan ini, hakikatnya tidak ada pertentangan dalam riwayat-riwayat berkaitan Dajjal ini dan ia telah dijelaskan oleh ulama’ sebelum ini apabila mereka cuba menghimpunkan riwayat-riwayat ini dan menjelaskan setiap riwayat tersebut. Hakikatnya, Dajjal adalah seorang manusia dan dia bukanlah simbol sebagai yang didakwa oleh golongan tersebut. Selain itu juga, kita dapat mengetahui akan sifat-sifat Dajjal sebagaimana yang diceritakan di dalam hadith-hadith yang sahih.
24
Siapakah Ibn Shayyad (ابن صياد) itu Dajjal?
25
Dalam masalah ini, para ulama’ telah berbeza pendapat dalam menentukan samada Ibn Shayyad itu Dajjal ataupun tidak. Ini kerana, terdapat hadith yang menunjukkan bahawa dia adalah Dajjal. Namun begitu, terdapat juga hadith lain yang menunjukkan sebaliknya. Berikut adalah beberapa pendapat dalam masalah ini: Pertama: Imam al-Qurthubi berkata: “Pendapat yang sahih bahawa Ibn Shayyad adalah Dajjal, berdasarkan dalil-dalil yang telah lalu (yang ada) dan tidak mustahil bahawa dia telah ada di pulau tersebut pada waktu itu dan dia juga berada di hadapan para Sahabat pada waktu yang lain”.
26
Kedua: Imam al-Nawawi pula berkata: “Para ulama telah berkata bahawa Kisahnya sukar difahami dan perkaranya juga tidak jelas. Apakah dia adalah al-Masih al-Dajjal yang dikenali atau selain daripadanya?. Akan tetapi tidak diragukan bahawa diajuga adalah Dajjal di antara para Dajjal”.
27
Kami berpendapat bahawa Ibn Shayyad bukanlah Dajjal yang dimaksudkan iaitu yang akan keluar di akhir zaman. Selain itu juga, Ibn Shayyad hanyalah seorang Dajjal daripada para Dajjal iaitu dengan memiliki sifat-sifat seorang Dajjal tetapi dia bukanlah Dajjal yang akan keluar di akhir zaman nanti. Pendapat kami ini adalah selaras dengan hadith Tamim al-Dari atau dikenali dengan hadith al-Jassasah (الجساسة) yang diriwayatkan oleh Fatimah bin Qais. Ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar al-Asqalani apabila beliau cuba untuk menggabungkan antara dua riwayat yang zahirnya dilihat bercanggah.
28
Beliau berkata: وَأَقْرَبُ مَا يُجْمَعُ بِهِ بَيْنَ مَا تَضَمَنَّهُ حَدِيثُ تَمِيم وَكَون بن صَيَّادٍ هُوَ الدَّجَّالُ أَنَّ الدَّجَّالَ بِعَيْنِهِ هُوَ الَّذِي شَاهده تَمِيم موثقًا وَأَن بن صَيَّادٍ شَيْطَانٌ تَبَدَّى فِي صُورَةِ الدَّجَّالِ فِي تِلْكَ الْمُدَّةِ إِلَى أَنْ تَوَجَّهَ إِلَى أَصْبَهَانَ فَاسْتَتَرَ مَعَ قَرِينِهِ إِلَى أَنْ تَجِيءَ الْمُدَّةُ الَّتِي قَدَّرَ اللَّهُ تَعَالَى خُرُوجَهُ فِيهَا وَلِشِدَّةِ الْتِبَاسِ الْأَمْرِ فِي ذَلِكَ سَلَكَ الْبُخَارِيُّ مَسْلَكَ التَّرْجِيحِ فَاقْتَصَرَ عَلَى حَدِيثِ جَابِرٍ عَنْ عُمَرَ فِي بن صَيَّادٍ وَلَمْ يُخْرِجْ حَدِيثِ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ فِي قِصَّةِ تَمِيمٍ وَقَدْ تَوَهَّمَ بَعْضُهُمْ أَنَّهُ غَرِيبٌ فَرُدَّ وَلَيْسَ كَذَلِكَ فَقَدْ رَوَاهُ مَعَ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ أَبُو هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةُ وَجَابِرٌ
29
Maksudnya: “Cara yang paling dekat adalah dengan menggabungkan makna yang terkandung di dalam hadith Tamim dan keberadaan Ibn Shayyad sebagai Dajjal. Sesungguhnya Dajjal yang sebenarnya adalah yang disaksikan oleh Tamim dalam keadaan terikat. Sedangkan Ibn Shayyad adalah syaitan yang menampakkan dirinya dalam bentuk Dajjal pada ketika itu, sehingga dia pergi ke Ashbahan, lalu bersembunyi bersama qarinnya (temannya) sehingga sampai masa yang ditakdirkan oleh Allah SWT untuk keluar padanya. Disebabkan kesamaran dalam masalah ini, maka Imam al-Bukhari memilih jalan tarjih (iaitu menentukan riwayat yang paling kuat di antara dua riwayat), maka beliau hanya memilih hadith Jabir daripada Umar berkaitan Ibn Shayyad dan beliau tidak meriwayatkan hadith daripada Fatimah binti Qais berkenaan kisah Tamim. Selain itu juga, sebahagian orang menyangka bahawa hadith tersebut adalah gharib (ganjil) maka sangkaan mereka ini ditolak dan ia bukanlah seperti yang disangka itu. Telah meriwayatkan hadith ini bersama Fatimah binti Qais RA adalah Abu Hurairah RA, Aisyah RA dan Jabir RA”. [Lihat: Fath al-Bari, 328/13]
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.