Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Komunikasi Efektif (LMCK 1331) - Laporan Akhir -

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Komunikasi Efektif (LMCK 1331) - Laporan Akhir -"— Transcript presentasi:

1 Komunikasi Efektif (LMCK 1331) - Laporan Akhir -
“KEBEBASANKU KESENGSARAANKU” Nama : Mohd Norazam Bin Bidin No. Matrik : A149571 Watak : Azam

2 Sinopsis Drama ‘Kebebasanku Kesengsaraanku’ ini merupakan satu kisah di mana seorang remaja wanita, Farah, yang berubah adab dan tatasusilanya setelah memasuki alam universiti. Ketika di universiti, Farah telah terdedah dengan pelbagai perkara yang menyebabkannya terpesong dari tujuan utamanya di universiti iaitu untuk belajar dan berjaya seterusnya membalas jasa ibunya. Akibat dari ajakan dan pengaruh rakan-rakannya serta teman lelakinya, Azam, Farah mula melupakan perkara penting dalam hidupnya dan mengabaikan segala tugasan. Dalam pada masa yang sama, ibunya menaruh harapan yang tinggi buat anak sulungnya itu untuk berjaya dan menjadi kebanggaan dan idola buat adiknya. Namun begitu, penipuan pula yang disajikan oleh Farah buat ibunya.

3 Nasihat rakannya juga langsung tidak diendahkan
Nasihat rakannya juga langsung tidak diendahkan. Farah seolah-olah menganggap yang kehidupannya di universiti adalah untuk berhibur semata-mata dan menggunakan kebebasannya di universiti sebagai satu medan untuknya berlibur. Sehinggalah satu ketika, Farah mendapat keputusan peperiksaan yang mana keseluruhannya amat teruk. Akhirnya, timbul rasa sesalan dan kemudiannya, Farah bertekad untuk kembali ke pangkal jalan serta memohon maaf dari semua orang yang pernah menasihatinya.

4 Penglibatan Aktiviti

5

6 Pengalaman Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pengalaman yang amat berharga di mana saya dapat mengenali rakan baru yang datang daripada pelbagai jurusan. Pada awalnya, agak kekok apabila bersama ahli kumpulan kerana semuanya merupakan wanita dan saya satu-satunya lelaki dalam kumpulan ini. Walaubagaimanapun, keramahan serta kepetahan rakan kumpulan berbicara menyebabkan saya senang berkomunikasi dengan mereka lantas dapat menyesuaikan diri dengan mereka. Mereka juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Idea yang saya lontarkan diambil serius dan segala yang terbaik diterima oleh mereka. Kami juga senang memberi pendapat dan masing-masing memberikan idea yang bernas. Dipendekkan cerita, mereka merupakan ahli kumpulan yang terbaik dan amat senang untuk berkomunikasi.

7 Refleksi Berdasarkan drama ini, apa yang dapat saya dapat ialah :
Kita haruslah menjadi seorang pelajar yang berdedikasi. Kita haruslah bijak membuat keputusan dalam segala hal termasuklah dalam mencari rakan. Kita mestilah sentiasa mendisiplinkan diri kita untuk membahagikan masa belajar dan masa berhibur. Kita seharusnya menerima nasihat dan teguran orang lain agar kehidupan kita lebih berkualiti. Janganlah sesekali menipu ibu bapa dalam segala hal kerana kejayaan kita merupakan harapan mereka. Kita sewajarnya menjadikan perkara lepas sebagai teladan untuk membina kehidupan akan datang lebih sempurna. Gunakanlah segala bantuan yang diberikan kepada kita ke arah positif dan bermanfaat.

8 Kesimpulan Apa yang dapat saya simpulkan ialah subjek ini (Komunikasi Efektif) adalah berpatutan untuk diteruskan kerana ianya merupakan satu wadah buat mahasiswa mengenali mahasiswa yang lain di samping melatih cara komunikasi antara mereka. Subjek ini juga mampu membentuk keberanian dalam mahasiswa dan menjana ukhuwah yang lebih rapat antara mahasiswa. Melalui tugasan drama ini, saya dapat menimba pengalaman yang dapat melatih saya mendalami sesuatu watak itu seterusnya memberi saya idea untuk menghidupkannya. Hal ini juga membantu komunikasi antara saya dan rakan yang lain di mana saya dapat mengenal pasti di mana kesalahan saya ketika berbicara dan menambah baik apa yang perlu bagi membentuk satu komunikasi yang lebih efektif antara diri saya dan rakan yang lain. Akhir kata, subjek Komunikasi Efektif mampu menjadi satu lonjakan buat mahasiswa mengasah bakat dan membaik pulih komunikasi mereka antara orang sekeliling.

9 Terima Kasih


Download ppt "Komunikasi Efektif (LMCK 1331) - Laporan Akhir -"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google