Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF"— Transcript presentasi:

1 BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
WAN HANIM NADRAH BINTI WAN MUDA

2 Pengenalan Teori Pengurusan Objektif atau ‘Management by Objectives’ (MBO) - Peter Drucker (1954)

3 Seseorang pengarah atau pemimpin tertinggi dalam sesebuah organisasi harus mengelakkan kecelaruan dalam pengurusan yang disebabkan oleh kealpaan akan matlamat sebenar yang hendak dicapai. Teori Pengurusan Objektif ini juga dapat dilihat sebagai teknik pengurusan struktur oleh sesebuah sistem atau organisasi. Sistem pengurusan ini akan menjadi panduan bagi unit organisasi tersebut untuk mencapai objektif

4 ketua sesebuah organisasi yakni pengetua atau guru besar, menyeru ahli-ahli dalam organisasi tersebut agar memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan objektif yang ingin dicapai. Dan akhirnya hasil daripada objektif yang telah ditetapkan akan dilihat semula melalui penilaian

5 Konsep MBO by Peter semua ahli dalam organisasi haruslah menyertai proses penyusunan objektif yang strategik untuk meningkatkan kualiti pelan yang disusun itu ketua organisasi juga harus meletakkan alat pengukur suatu sistem tindakan, yang mana membantu organisasi itu berfungsi dengan sempurna penilaian terhadap sekolah amat penting untuk melihat sama ada organisasi tersebut berjaya mencapai objektif atau tidak.

6 Elemen MBO- Ubben C.G,& Hughes W. L (1992)
Pengurusan objektif haruslah tetap dan prestasinya boleh diukur Objektif haruslah ditetapkan dalam suatu jangka masa yang lama sebelum dibuat penilaian penglibatan ahli-ahli organisasi di dalam penetapan objektif haruslah menyeluruh. semua anggota dalam organisasi tersebut harus melibatkan diri semasa proses penyediaan objektif sekolah sesi perbincangan mengenai prestasi objektif haruslah diadakan secara berterusan komitmen terhadap proses mencapai objektif hendaklah berlaku di setiap tahap organisasi tersebut

7 Aspek Pengurusan pengurusan bererti menentukan objektif- agenda pertama pengurusan bererti perancangan, iaitu merencang bagaimana objektif yang telah dilaksanakan dapat dicapai pengurusan bererti menyelenggarakan sumber-sumber yang ada dengan cara yang berkesan pengurusan bererti mengawal proses untuk mencapai objektif organisasi pengurusan bererti meletakkan standard ( piawai ) tertentu untuk mengawal mutu.

8 Ciri-ciri MBO Penyertaan pihak bawahan dan pihak atasan adalah berobjektif untuk pembangunan projek dan aktiviti secara bersama Mereka mesti bersama-sama bersetuju dan melakar tugas dan bidang yang mereka mempunyai tanggungjawab dalam pekerjaan masing-masing menekankan matlamat bersama ketetapan kerja yang ketara, boleh disahkan dan boleh diukur serta pegawai rendah boleh berunding dengan pegawai atasannya untuk menetapkan matlamat jangka pendek sendiri.

9 ia diperiksa oleh kedua-dua pegawai atasan dan bawahan bahawa matlamat realistik akan dapat dicapai
Keputusan bersama mengenai kaedah MBO menumpukan perhatian khusus kepada apa yang mesti dicapai iaitu matlamat dan bukannya bagaimana ia dilaksanakan iaitu kaedah. Pegawai atasan dan bawahan saling memikirkan kaedah yang perlu diikuti dalam pencapaian objektif dan mereka juga saling menetapkan piawaian dan mewujudkan norma untuk menilai prestasi.

10 Membuat cara untuk mencapai hasil maksimum adalah satu teknik yang sistematik dan rasional yang membolehkan pihak pengurusan untuk mencapai hasil yang maksimum dari sumber-sumber yang ada dengan memberi fokus pada matlamat dicapai. Ia membenarkan banyak kebebasan kepada pegawai bawahan untuk membuat keputusan kreatif sendiri dan ini mendorong orang bawahan dan memastikan prestasi yang baik daripada mereka. Sokongan daripada pegawai atasan apabila orang bawahan membuat usaha untuk mencapai matlamat dan pegawai atasan tersebut sentiasa membantu setiap masa.

11 Kebaikan Keburukan Orang bawahan akan mengetahui sesuatu yang sepatutnya dicapai seperti yang diinginkan oleh orang atasan dengan segera Memahami tahap penilaian prestasi yang akan diukur Sentiasa mengetahui tentang perkembangan objekif organisasi mengalakkan pihak pentadbir berinteraksi dengan kakitangannya mengenai matlamat organisasi pengurusan sekolah mudah mengetahui tentang isu-isu sekolah dan tahap kemajuan pelajar dengan adanya interaksi antara kalangan para guru. Menekankan lebih kepada menyediakan objektif berbanding hasil kerja pelan yang disediakan Tidak mementingkan mengenai persekitaran atau konteks di mana objektif tersebut ditetapkan dan tidak menitikberatkan isu kemanusiaan Tidak menumpukan perhatian tentang kepentingan untuk menyelesaikan masalah dan isu-isu yang dihadapi seperti biasa untuk mencapai objekif. Impak mengenai perubahan mendadak terhadap persekitaran yang mana boleh mengubah sepenuhnya landskap pada hari kelmarin dan pelan tindakan yang menjadi tidak relevan pada masa hadapan.

12 APLIKASI MBO DI SEKOLAH ?????

13 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google