Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Kuliah 2 – Pemikiran Islam Sederhana
Ust Mohd Jakfar b Embek Pusat Andalus Yishun, Sabtu ptg
2
Sesi 1 - Perbincangan Berkelompok
Arahan – Teliti sandaran ayat al-Quran berikut dan bincangkan kesilapan fakta ayat dan huraian pada kenyataan tafsirannya.
3
Ali Imran ayat 97, ertinya :
”Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia kepada Allah, yaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah, barangsiapa mengingkari kewajiban haji, sesungguhnya Allah maha kaya dari semesta alam.”
4
Kenyataan 1 “Berdasarkan pada ayat Ali Imran: 97 diatas mereka yang tidak mengerjakan haji adalah telah termasuk melakukan dosa-dosa besar, maka dengan itu hukum tidak mengerjakan ibdah haji adalah terkeluar dari Islam.”
5
Dari firman Allah swt, surat al-Taghabun ayat 2
Dari firman Allah swt, surat al-Taghabun ayat 2. Ertinya : “Dia lah Yang menciptakan kamu; maka diantara kamu ada yang kafir dan ada diantara kamu yang beriman; dan Allah Maha melihat apa Yang kamu kerjakan.”
6
Kenyataan 2 – Bincangkan
“ Berdasarkan ayat 2 surah al-Taghabun, tidak ada istilah kategori orang fasiq (bermuka-muka) . Maka dengan itu manusia terbagi hanya kepada dua kategori – orang mukmin dan orang kafir kafir. Manusia berada pada posisi iman dan kafir, maka oleh karena tidak kategori lain kecuali mukmin dan kafir.”
7
Ayat 31 surah al-’Araf, ertinya :
“Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu beribadat tetapi janganlah kamu melampaui batas” Ayat 256, Surah al-Baqarah, ertinya: “ Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”
8
Kenyataan 3- “Berdasarkan ayat 256, al-Baqarah dan 31, al-’Araf, bahawa tidak ada paksaan dalam mengamalkan perkara yang memberatkan umpamanya dalam menutup aurat bagi wanita Islam. Apa yang dituntut hanyalah menutup apa yang asas sahaja dan mendatangkan keaiban bagi seseorang, seperti kemaluan sahaja. Apa yang penting bukan pada pakaian luaran seseorang, tetapi apa yang ada dalam kepala.” (what is in the head is more important than the outside).
9
Sesi 2 Apakah dia pemikiran Islam yang sederhana mengikut neraca Islam ? وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ (al-Baqarah: 143) .اللّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
10
“Dan demikian (pula) Kami menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) s.a.w menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (al-Baqarah: 143) Perkataan ‘ummatan wasotha’ maksudnya adil dan pilihan (al-’adl wal khiyar). Seimbang dan berada dipertengahan antara dua ekstrim.
11
Sifat kesederhanaan adalah fitrah alam dan sesuai dengan naluri manusia.
Islam agama yang mudah dan dianjurkan agar mempermudahkan dalam agama. Dalam Islam ada hukum yang tetap dan ada hukum yang rukhsah (keringanan). Toleransi adalah satu sifat yang tidak terpisah dari Islam. Islam menganjur sikap hormat kepada agama lain dan tidak mencampuri urusan keagamaan penganut agama lain. (surah al-Kafirun: 1-6 dan surah al-An’am: 108)
12
Islam menganjurkan sifat lembut, kehalusan budi dan mencela sifat kasar.
“Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akan menyeimbangkannya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan memburukkannya.” (Riwayat Muslim) Era masa kini adalah era perdamaian. Kekuasaan pada hari ini bersandar pada kekuatan (kekuasaan) informasi dan maklumat bukan peperangan.
13
Dakwah Islam hanya dapat tertegak dan berjalan lancar dalam masa kedamaian dan situasi yang wujud demokrasi dan bukan dalam situasi keadaan politik tirani, zalim dan tertekan. Perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w selama 13 tahun di Mekah adalah kerana faktor kesabaran Rasulullah s.a.w dalam menghadapi situasi animositi (permusuhan) masyarakat kufar Quraisy.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.