Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MELAYU ISLAM BERAJA mib suatu pengenalan Zatil Ridh'wah Hj Darot.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MELAYU ISLAM BERAJA mib suatu pengenalan Zatil Ridh'wah Hj Darot."— Transcript presentasi:

1 MELAYU ISLAM BERAJA mib suatu pengenalan Zatil Ridh'wah Hj Darot

2 definisi Melayu Islam Beraja

3 Mib suatu pengenalan Semenjak Raja Brunei _____________________ menaiki takhta Kerajaan Brunei (dianggarkan pada T.M. 1362) dan memeluk ugama Islam dalam T.M. 1368, iaitu setelah baginda berkahwin dengan _________________, baginda termasyhur dengan nama Sultan Muhammad Shah dan corak pemerintahan Brunei adalah mengikut hukum-hukum Islam. Sejak itu nama-nama Sultan yang menaiki takhta kerajaan Brunei menggunakan nama-nama Islam dan hukum-hukum Islam dijadikan undang-undang utama.

4 Sultan Sharif Ali dijunjung oleh pembesar-pembesar NBD dan rakyat keseluruhannya untuk menaiki takhta dan menjadi sultan Brunei. Sebelum menaiki takhta, baginda telah meminta orang Brunei supaya __________ kepada pemerintahan baginda mengikut hukum-hukum Islam yang telah diajarkan.

5 Kesanggupan rakyat mentaati permintaan Sultan Sharif Ali itu menjadi satu __________ dan ingatan kepada orang Brunei turun-temurun untuk mengukuhkan semangat taat setia orang Brunei kepada Sultan-Sultan Brunei yang telah dipusakai turun-temurun. Sejak itu ajaran-ajaran agama Islam terus berkembang dan disebarkan ke seluruh rakyat termasuk hukum-hukumnya sekali dan _________ pemerintahan juga dijalankan menurut ajaran Islam. Sultan Sharif Ali dijangka menaiki takhta Kerajaan Brunei kurang lebih dalam T.M 1425, kerana menurut catatan China selepas T.M 1426 hubungan Brunei-China semakin rengang (Groeneveldt, on the Malay Archipelago…., h. 114) dan akhirnya putus. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh perbuatan Sultannya yang mempunyai posisi luar negerinya yang berbeza dan tersendiri.

6 Selanjutnya _____________ MIB semakin bertambah jelas semasa pemerintahan Sultan Hassan pada tahun Di zaman itu, unsur-unsur Islam telah meresap di dalam _______________, resam, majlis-majlis dan peralatan budaya. Kehidupan berbangsa dan bernegara berlandaskan MIB lebih bertapak seperti: Peningkatan nilai-nilai luhur _______________, adat resam, termasuk Adat Istiadat Diraja, serta penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai bahasa dan tulisan nasional. Perlaksanaan Islam sebagai cara hidup yang lengkap; Pemerintahan Kesultanan Melayu yang berdaulat, adil lagi efektif. Sejak zaman itu hingga sekarang falsafah MIB telah menjadi saripati dari cara hidup keBruneian.

7 Konsep MIB sudah diamalkan oleh Sultan-Sultan Brunei sejak NBD menjadi sebuah negara Islam.
Dasar yang diamalkan ialah ____________________________________ Pihak British masih mengiktiraf dasar yang diamalkan walaupun setelah NBD menerima sistem British Resident (BR) dan perjanjian Brunei-British pada tahun 1906, tetapi tanpa disedari konsep itu dipengaruhi dengan idea sekularisme yang diresapkan secara beransur-ansur ke dalam peraturan kerajaan sehingga kedudukan dasar itu menjadi kabur. Semua ini adalah atas kepintaran pentadbiran BR yang mana telah diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran NBD pada masa itu.

8 Suasana mula berubah apabila dalam tahun 1959 NBD menguatkuasakan perlembagaannya.
Perlembagaan ini menumpukan perhatian yang _______ terhadap: nilai-nilai keMelayuan dan keIslaman serta kedaulatan raja yan sekian lama wujud di negara ini.

9 Nilai-nilai itu diketengahkan secara rasmi suasana persekitaran yang mempengaruhi pengurusan pentadbiran Kerajaan NBD iaitu yang memancar dari tiga faktor dominan: orang-orang Melayu dengan _____________________ keMelayuan, berugama Islam dan taat mengikut perintah raja sebagai norma-norma warisan. Dari perlembagaan tersebut menimbulkan satu _______________ baru iaitu hasil daripada evolusi mental, ingin membuktikan bahawa sebuah NBD yang dipimpin oleh seorang raja dapat berdikari dan membela nasib bangsanya sendiri.

10 Sehinggalah pada tanggal 1 Januari 1984 bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1404 pada jam 12:02 pagi, iaitu sempena permasyhuran Kemerdekaan NBD, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mengisytiarkan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara MIB, antara lain baginda bertitah: “…..Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala untuk selamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah wal-Jemaah dan dengan berasaskan keadilan, dan amanah dan kebebasan dan dengan petunjuk serta keredaan Allah Subhanahu Wataala juga….."

11 Jadi MIB sebagai falsafah NBD adalah __________________ mengenai cara hidup berbangsa dan bernegara sebagai asas dan sumber rujukan dalam mencapai matlamat negara, yang mengekalkan identiti, nilai luhur untuk ketahanan negara dan pemerintahan Melayu yang berpandukan Islam sebagai ugama negara dengan sistem pemerintahan beraja.

12 Falsafah negara ini pula telah dihuraikan oleh KDYMM:
"……..Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsur-unsur atau nilai- nilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapa pun tak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu- satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai ____________. Demikian juga Islam, ialah agama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya ugama Islam adalah ________________dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa yang perlu takut atau ragu mengenainya. Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaan yang Bersultan atau Beraja yang sudah Wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi. Titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sempena Sambutan Puja Usia Baginda Ke-44 tahun, di daerah Belait pada 21 julai, 1990.

13 Melayu Kata Melayu berasal daripada perkataan Melaju. Perkataan ini berasal dari pada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Maknanya orang Melayu itu bersifat tangkas dan cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras. Inilah pendapat yang diberikan oleh Werndly dalam mengertikan kata Melayu. Darus Ahmad pula berpendapat, Nama pohon gaharu iaitu sejenis pohon yang harum baunya, di mana kata Melayu diambil sempena nama itu. Di samping itu, di masa silam orang India Pernah memangil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Negeri _________. Sejak abad ketujuh Masihi perkataan Mo-lo-yeo atau _______ telah disebut dalam tulisan-tulisan I-Tsing.

14 ________________________________________________
Istilah Melayu mungkin digunakan pada nama suku-suku yang tersebar di daerah-daerah Tanah Melayu dan Sumatera. Kemudian istilah Melayu ini menjadi terkenal apabila Kerajaan Melayu di Sumatera berjaya menguasai ______________ pada abad Ke-13 Masihi. Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 1-2. Bagi Brunei, bangsa Melayu ialah bangsa yang turun-temurun telah 'bertanahairkan' Brunei Darussalam, dan menguasainya dalam makna mempunyai 'hak keturunan ‘ yang mempunyai kerajaan yang menguasai batas Wilayahnya. Ini sama dengan penonjolan bangsa-bangs di negara masing-masing. Menurut perlembagaan Negara Brunei 1959, Melayu adalah mengandungi tujuh puak jati iaitu: ________________________________________________ Pehin Udana Khatib Dato paduka Haji Badaruddin bin Pengarah Haji Othman, Keberkesanan ke Arah Penerapan Konsep Melayu Islam Beraja Di Dalam Struktur Dan Negara, Kertas kerja dalam Kursus Kepimpinan Mahasiswa, universiti Brunei Darussalam, Mac 1989, hlm.12.

15 Mengenai sejarah, kehadiran orang Melayu ke alam Melayu terdapat perbezaan pendapat dikalangan sejarahwan antaranya: Robert Nicoll berpendapat bahawa raja dan negeri itu berasal dari tanah Besar Asia iaitu _________________. Apabila negeri mereka dikalahkan oleh Raja Negeri Khamer, Raja Yunan berhijrah ke beberapa buah pulau di Selatan Tanah Besar dan salah sebuah kawasan ialah pulau yang besar (merujuk kepada Pulau Borneo), raja yang membawa rakyat yang taat setia ini lalu mengelarkan dirinya sebagai Raja Kamrun.

16 Sementara Awang Sanib berpendapat pembukaan negeri Brunei adalah berasal dari _________________________________yang berasal dari pagar Ruyong. Beliau juga telah mengatakan beberapa buah tempat di kawasan ini (Pulau Borneo merujuk kepada Brunei lama) ada persamaan nama dengan beberapa buah tempat di Pulau Sumatera. Menurut Profesor Dato Dr. Haji Hashim Awang bahawa Melayu di sini tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada bangsa Melayu sendiri, yang menjadi penduduk asal yang menduduki wilayah ________________ - Brunei, Malaysia dan Indonesia. Mereka saling berhubungan dan berpindahan dalam lingkungan ketiga-tiga wilayah ini untuk tujuan-tujuan memperluaskan hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan, memajukan ekonomi melalui perdagangan, atau memperkembangkan pengaruh politik melalui hubungan denan negara-negara luar atau asing. Prof. Dato' Dr. Haji Hashim Awang, MIB Dalam Penciptaan Sastera, Siri Kuliah Kursus AB 1503: Melayu Islam Beraja, Universiti Brunei Darussalam, 31 Mac 1998, hlm. 2.

17 Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang mempunyai kebudayaan yang sangat tinggi.
Menurut pandangan sarjana dari Barat, mereka adalah bangsa yang ______________, peramah, berbudi bahasa dan suka bergaul. Mereka juga sangat kuat beribadat, mentaati raja, orang tua dan sentiasa _________________ . Melayu dalam MIB juga bermakna pengukuhan nilai-nilai luhur, adat resam dan kebudayaan kebangsaan. Adalah perlu bagi masyarakat mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu sebagai identiti keBruneian yang mempunyai unsur- unsur kebaikan dan kelebihan.

18 Jadi pengukuhan Melayu adalah sebagai nilai luhur dan budaya yang dominan dalam kebudayaan kebangsaan memberikan implikasi: pengamalan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu; pengukuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; mempraktikan adat resam dan budi pekerti Melayu dan adat yang tidak _____________ dengan Islam sebagai etika kebangsaan dan mengekalkan Adat Istiadat Diraja sebagai sistem protokol kenegaraan.

19 Melayu juga bererti sebagai pengukuhan bahasa kebangsaan, yang membawa erti bukan saja di gunakan sebagai alat komunikasi tetapi juga mempunyai implikasi politik sebagai alat perpaduan dan identiti bangsa. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD bertitah:- "……….siapapun tidak boleh menyangkal bahawa bahasa Melayu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai suatu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti…….." Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DI-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Daerah Belait, sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-44, pada hari Sabtu, 21 Julai Pelita Brunei 35(52), rabu, 8 Ogos, Ms. 2.

20 islam Secara rasminya, sejarah awal pertapakan Islam di NBD ialah sejak Awang Alak Betatar memeluk agama Islam dengan menukar nama baginda kepada Sultan_____________________, iaitu kira-kira pada tahun 1368 Masehi. Dengan pengIslaman Awang Alak Betatar inilah titik mulanya Islam bertapak sebagai agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Brunei. Walaupun terdapat sejarah ada mengatakan tentang mula kewujudan Islam bertapak di NBD tetapi berkemungkinan besar bahawa Islam dipercayai tersebar lebih awal dari tarikh yang tersebut di atas. Ini dapatlah dilihat melalui riwayat Dinasti Sung 977M, di mana terdapatnya peristiwa penghantaran tiga orang utusan oleh Raja Brunei yang terdiri daripada Pu-Ya-Li, Shih Nu dan Qadzi Kassim. Kenyatan ini dikuatkan lagi dengan terdapatnya batu nisan di tanah perkuburan Islam di Rangas, Bandar Seri Begawan, kepunyaan Pu Kung Chieh yang bertarikh 1246M. Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Datu Seri Utama (Dr) Haji Muhammad Jamil Al-Sufri, Latar Belakang Sejarah Brunei, Hlm. 10-1

21 Dari sumber lain ada menyatakan bahawa keluarga "Pu" ialah seorang Islam yang datang dari daerah Chuan-Chou semasa empayar Sung ( M). Sehinggalah kewujudan Islam semakin bertambah kukuh ketika Sultan Sharif Ali yang berasal dari Taif pancir Syaiddina Hassan dan Husin cucunda Nabi Muhammad S.A.W. berkahwin dengan puteri Sultan Ahmad iaitu Puteri Ratna Kesuma. Sharif Ali dijunjung menjadi sultan Ketiga kerana Sultan Ahmad tidak mempunyai putera lelaki untuk mewarisi takhta kerajaan Brunei pada masa itu. Melalui sumber-sumber yang tersebut di atas maka kewujudan Islam pun semakin berkembanglah menjadi __________________ kepada Sultan-sultan Brunei dan Masyarakat Melayu Brunei. Dan sehinggalah temetrainya perlembagaan Brunei pada tahun 1959 raja-raja kewujudan agama Islam Memuncak dan Islam dipraktikan di NBD mengikut fahaman Ahlussunah Wal-Jemaah Mazhab Ash-Shafiee.

22 Islam adalah satu-satunya ugama yang diakui oleh Allah S. W. T
Islam adalah satu-satunya ugama yang diakui oleh Allah S.W.T. (Al-Quran, surah Ali'Imran, Ayat 19), dan dengan menyerapkan Islam dalam falsafah MIB ini maka ia merupakan satu pengukuhan Islam sebagai cara hidup yang Ad-Deen (lengkap dan sempurna). Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan, dan pentadbiran negara hendaklah sentiasa tertakluk kepada hukum dan etika Islam.

23 Dalam MIB, Islam ditakrifkan sebagai ugama rasmi negara
Dalam MIB, Islam ditakrifkan sebagai ugama rasmi negara. Islam membawa erti sebagai sistem ________________________dan pemerintahan di negara ini. Hal ini memberi implikasi seperti berikut:- Sultan adalah ketua Ugama Islam; Pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pegawai-pegawai utama yang membuat keputusan yang melibatkan muslihat orang Islam, mestilah terdiri dari Ahlut Taqwa dari kalangan orang- orang Islam; Kewajiban mentadbir menurut etika dan lunas-lunas Islam; Kewajiban melaksanakan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluk Islam dan memberi teladan tentang ketinggian Islam; Islam memberi jaminan terhadap kehidupan yang aman damai bagi masyarakat Bukan Islam dalam negara ini; Masyarakat Bukan Islam dikehendaki mempelajari ugama Islam bagi tujuan memahami dan menghormati Islam sebagai agama dan cara hidup di negara ini; Kewajiban taat kepada sultan sebagai Ulil-Amri dan payung Allah di bumi Brunei.

24 beraja Jika berpandukan kepada cerita rakyat dan karya Syair Awang Semaun, Brunei ditubuhkan oleh _____________________ berketurunan putera kayangan yang jatuh di Ulu Limbang dan berkahwin dengan empatbelas perempuan di sana. Yang sulung bernama Awang Alak Betatar yang sekaligus menjadi ketua kepada yang lainnya. Namun teori kayangan ini tidak diterima oleh saintifik sejarah. Sanib Said, "Sejarah Kesultanan Brunei: Menginsafi MIB", Janang, Mac 1994, Bil.2, hlm

25 Awang Alak Betatar [Umuk Batata]
Awang Alak Betatar [Umuk Batata]. Sultan Brunei Pertama memeluk ugama Islam bergelar Sultan Muhammad Shah. Patih Barbai [Marbai] [Peti Barambai], Paduka Seri Pangiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Diangkat menjadi Sultan ke-2 dengan nama Islamnya bergelar Sultan Ahmad. Awang Si Mawn [Semaun], Pangiran Temenggong. Patih Mambang. Patih Tuba. Patih Sangkuna [Peti Runak]. Patih Manggarun. Patih Malakai. Patih Pahit/Si Lampang, menakluki Banteng. Damang Sari. Patih Sindayung. Damang Lebar Daun, Juru Shahbandar. Berhijrah ke Jawa lalu bermastautin di sana Selama 9 tahun dan berkahwin dengan gadis jawa. Menurut cerita orang dulu-Dulu, hasil dari perkahwinan tersebut baginda dikurniakan seorang Putera dan seorang puteri: Nakhoda Ragam (Sultan Bolkiah) & Palingkam Cahaya. Hapu Awang. Patih Laila Langgong/Langkung.

26 Terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa pada abad ke-9 pergolakkan meletus di Sri Vijaya, Sumatera yang menyebabkan penghijrahan ke Borneo dan seterusnya menubuhkan kerajaan bernama Srivijaya. Robert Nicholl, sejarawan Barat pula berpendapat kerajaan Brunei di bentuk oleh orang- orang Funan iaitu kerajaan Melayu awal yang terletak di lembah _________________ di Tanah Besar Asia Tenggara. Dalam penelitian sejarah China pula Po-Ni saja merujuk kepada kerajaan Brunei awal. Setelah melakukan kajian, Majoriti sarjana- sarjana dunia sependapat bahawa Po-Ni adalah kerajaan Brunei awal. Dalam sumber China yang awal Po-Ni telah dikatakan menghantar utusan ke China dan Raja Po-Ni ketika itu ialah Hiang Tia.

27 Beraleh pula kepada "Beraja" dalam konteks MIB yang membawa makna sistem Kerajaan atau Pemerintahan yang Beraja diterima dan ditaati. Raja adalah ibarat ________________ dan perpaduan bangsa, sesuai dengan ungkapan bahawa Raja adalah Ibarat payung Allah di muka bumi. Raja dalam konteks MIB adalah sultan yang sentiasa bersikap "pemedulian" tentang kebajikan rakyat dan kemakmuran negara serta mempunyai wawasan.

28 Raja dalam konteks keBruneian bukanlah Raja ceremonial, simbolik, santitik atau Raja "interior decoration” Raja adalah pemegang amanah untuk mengendali dan menjalankan kerajaan dan _________________________ dan ihsan menurut landasan-landasan hukum Allah, kerana kuasa memerintah itu adalah kurnia dari Allah S.W.T. jua (Lihat Al- Quran, Surah Ali 'Imran ayat 26) Pemerintahan Beraja dalam falsafah MIB telah menegaskan sistem pemerintahan Melayu dengan kuasa pemerintahan tertinggi terletak di tangan sultan yang berdaulat dan memegang amanah kuasa penuh.

29 kesimpulan Tujuan-tujuan MIB dijadikan sebagai falsafah Negara dapat di huraikan seperti berikut: Memberikan satu kesatuan pefahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara. Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran dan pembangunan yang teratur. Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang kepentingan bangsa dan Negara seperti ugama, bahasa, budaya, sistem pemerintahan dan pembangun. Sebagai norma dan cara hidup keBruneian. Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan peribadi, perwatakan serta identiti Melayu dan dijadikan asas perpaduan bangsa seperti pandangan cara berfikir, bertindak, pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

30 tugasan Perbincangan Berkumpulan:
Menghuraikan maksud ketiga-tiga konsep MIB mengikut kefahaman sendiri. Menceritakan peristiwa hari kemerdekaan secara ringkas mengikut pengetahuan sedia ada pelajar. Kaji dan huraikan tentang kejadian McDonald dan “Instagram influencers” yang mengelar dirinya sebagai Kurapak serta teman- temannya. Adakah kelakuan mereka dianggap bersesuaian dengan konsep MIB mengikut pendapat kamu? Submit work and presentation

31


Download ppt "MELAYU ISLAM BERAJA mib suatu pengenalan Zatil Ridh'wah Hj Darot."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google