Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Tatabahasa (14) – Kata Bantu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Tatabahasa (14) – Kata Bantu"— Transcript presentasi:

1 Tatabahasa (14) – Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

2 (i) Kata Bantu Aspek Menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Masa lampau telah, sudah, pernah , selalu Masa ini (kini) sedang, tengah, masih Masa hadapan akan, belum

3 Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata kerja.
Contoh: belum + pernah Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur. masih + belum Harizah masih belum menjamah makanan tersebut.

4 Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-sama atau berderetan
Contoh : - Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X) - Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan bola sepak itu. (X) - Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)

5 (ii) Kata Bantu Ragam Berperanan untuk menerangkan ragam atau suasana perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu ragam dalam bahasa Melayu ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.

6 Kata bantu aspek tertentu juga boleh hadir bersama-sama dalam satu ayat.
Contoh: harus + dapat mungkin + dapat mesti + dapat mesti + mahu patut + dapat harus + mahu

7 Kata bantu juga boleh bergabung dengan golongan kata-kata yang lain.
Contoh : Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam sedang hendak  belum hendak  Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek mesti akan  harus sudah  Kata Bantu + Kata Adjektif masih kuat  sudah kurus  Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif masih agak kecil  belum terlalu lewat  Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat masih awal sangat  sudah baik betul   Kata bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif masih putih mulus   masih riang gembira 


Download ppt "Tatabahasa (14) – Kata Bantu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google