Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMAIN CATUR OLEH: ZAHARAH NAWAWI.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMAIN CATUR OLEH: ZAHARAH NAWAWI."— Transcript presentasi:

1 PEMAIN CATUR OLEH: ZAHARAH NAWAWI

2 SINOPSIS -Uj mengajak Um berlawan catur apabila melihatkan kesungguhan Um mengajak adik-beradik yang lain, iaitu Ul, Us, Uk, dan Ur sebagai pasangan bermain. -Um menolak dengan alasan, ketika dia bermain sebelum ini, fokusnya hanyalah mencari yang terbaik mengubati ibu mereka yang sedang sakit darah tinggi. - Bagi Uj, soal menjaga kesihatan ibu sudah menjadi tanggungjawab doktor, kerana mereka sudah mengaji dua orang doktor untuk merawatnya.

3 -Selain itu, Uj menceritakan perkembangan catur di peringkat dunia.
SAMBUNGAN SINOPSIS… -Uj mengingatkan Um bahawa keluarga mereka keturunan pemain catur yang handal di dunia. -Malah Uj juga menceritakan sejarah keluarga mereka yang ada kaitan dengan tokoh besar dalam permainan catur. -Selain itu, Uj menceritakan perkembangan catur di peringkat dunia. -Cerita yang dipaparkan itu telah menaikkan semangat Um untuk mempelajari permainan catur dengan lebih serius. -Untuk peringkat permulaan, Uj menguji kemahiran Um bermain dam.

4 -Perlawanan itu tidak menyenangkan ahli keluarga yang lain.
SAMBUNGAN SINOPSIS… -Pada suatu hari, Uj seakan-akan mendegar bisikan bahawa Um membaca buku yang tebal untuk memahirkan diri dalam permainan catur dengann tujuan untuk mengalahkan Uj. -Hal ini menyebabkan Uj rasa tercabar lalu mengajak Um berlawan catur dengannya. -Perlawanan itu tidak menyenangkan ahli keluarga yang lain. -Dalam permainan itu, Uj hampir tewas. -Beberapa detik ketika Um mengalih mata untuk meneguk air bagi tujuan menyegarkan tubuh, Um mendapati kedudukan buah caturnya sudah berubah. -Um segera mengalihkan kedudukan buah catur tersebut.

5 -Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan bangun menghentak meja.
SAMBUNGAN SINOPSIS… -Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan bangun menghentak meja. -Mereka saling menuduh. Um ke bilik air untuk membasuh muka. -Ketika dia ke meja catur semula, tempat duduk Uj sudah kosong. -Sebaik-baik sahaja dia duduk, dia terkuis sebotol asid menyebabkan dia menggelupur kesakitan. -Seisi keluarga menjadi gempar. Ibu berasa sedih dengan keadaan tersebut, menyebabkan dia terkena angin ahmar. -Masing-masing tuduh-menuduh dan tiada sesiapa yang mahu mengalah. -Sakit ibu semakin tenat. -Keluarga sudah terbahagi kepada dua; satu pihak menyokong Uj dan satu pihak menyokong Um.

6 TEMA DAN PERSOALAN Sikap tidak mengalah dua beradik dalam permainan catur menyebabkan terputusnya ikatan silaturahim. Sejarah perkembangan catur Nasib ibu yang diabaikan anak-anak. Keinginan menguasai permainan catur

7 Uj Um WATAK DAN PERWATAKAN
Abang kepada keluarga yang terdiri daripada Um, Ul, Us, Uk, dan Ur. Dia amat minat dalam permainan catur dan mahu nama kelurganya terkenal dalam permainan tersebut. Dia selalu mendesak Um agar bermain catur dengannya. Dia mula berasa gelabah apabila Um hampir menewaskannya menyebabkan dia melakukan penipuan. Bermula dari peristiwa tersebut, keluarga tersebut berpuak-puak Um Bersikap mengalah tetapi tekun mempelajari permainan catur. Kesungguhnya hampir menjadi kenyataan sekiranya Uj tidak menipu dalam permainan tersebut.

8 LATAR Waktu siang. Di dalam sebuah rumah. LATAR TEMPAT LATAR MASA
Masyarakat yang terlalu mengagungkan permainan catur. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri LATAR MASYARAKAT Di dalam sebuah rumah. LATAR TEMPAT Waktu siang. LATAR MASA LATAR

9 NILAI MURNI Kasih sayang Kerajinan Keberanian

10 PENGAJARAN Kita mesti mengekalkan ikatan kekeluargaan
Anak-anak perlu menjaga kesihatan ibu Kita mesti mengekalkan ikatan kekeluargaan Kita perlu untuk menambahkan ilmu pengetahuan


Download ppt "PEMAIN CATUR OLEH: ZAHARAH NAWAWI."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google