Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AJAR ILMU SABAR SEBAGAI KUNCI KEJAYAAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AJAR ILMU SABAR SEBAGAI KUNCI KEJAYAAN"— Transcript presentasi:

1 AJAR ILMU SABAR SEBAGAI KUNCI KEJAYAAN
Disediakan oleh PU YUSOF ARBAIN

2 Nabi Bersabda “Solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalah sinar” (HR Muslim)

3 Firman Allah SWT: Surah Yunus: [10:5], ms 208 “Dialah yang menjadikan matahari terang-benderang dan bulan bercahaya…”

4 “Perkataan Dhiyaa’ bererti sinar yang sangat terang
“Perkataan Dhiyaa’ bererti sinar yang sangat terang. Dengan kesabaran, seluruh kegelapan dan kesulitan akan menjadi terang benderang”

5 Pembahagian Sabar 1. Mengerjakan Ibadah Fardhu Sunat Firman Allah SWT:
Surah Maryam [19:6] ms 310 “Tuhan yang mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua- duanya, maka sembahlah Dia dan bersabarlah dengan sebenar- benarnya dalam beribadah kepada-Nya, apakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sebanding dengan-Nya?”

6 Firman Allah SWT: Surah Taha [20:132] ms 321 “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau benar-benar bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.”

7 Sebelum Ibadah Ikhlaskan Niat
Firman Allah SWT: Surah al-Bayyinah [98:5] ms 598 “Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya, dalam menjalankan agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar.”

8 Semasa Ibadah Bersungguh-sungguh Firman Allah SWT:
Surah al-‘Ankabut [29:58] ms 403 “Orang yang beriman dan beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka di dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi yang beramal soleh” Surah al-‘Ankabut [29:59] “(Iaitu) mereka yang sabar dan mereka pula berserah diri sepenuhnya kepada Tuhannya”

9 Tidak menghebahkan kepada orang lain
Selepas Ibadah Tidak menghebahkan kepada orang lain Firman Allah SWT: Surah Muhammad [47:33] ms 510 “Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah, dan janganlah kamu membatalkan amalan kamu”

10 2. Menjauhi Maksiat Firman Allah SWT: Surah Yusuf [12: 23-24], ms 238 رَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ (٢٣)  Perempuan yang rumahnya diduduki olehYusuf, bersungguh-sungguh menggoda Yusuf supaya berkehendakkan dirinya. Lalu perempuan itu pun menutup pintu- pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu.” Yusuf menjawab, “Aku berlindung kepada Allah, sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya” وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ (٢٤) “Sesungguhnya perempuan itu telah berkeinginan kepadanya, Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu).. Demikianlah (takdir Kam) untuk menjauhkan Yusuf daripada perkara-perkara yang tidak baik dan keji, kerana sesungguhnya dia daripada hamba- hamba Kami yang terpilih”

11 3. Menghadapi musibah 4. Menyampaikan dakwah Firman Allah SWT:
Surah Al-Baqarah [2:155], ms 24 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 4. Menyampaikan dakwah Firman Allah SWT: Surah Ali ‘Imran [3:186], ms 74 Sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Sesungguhnya, kamu akan mendengar daripada orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian adalah daripada perkara-perkara yang utama”

12 Firman Allah SWT: Surah Al-Nahl [16:127], ms 281 “Dan bersabarlah, tidaklah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada (bimbang) disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” Firman Allah SWT: Surah Al-Muzammil [73:10], ms 574 “Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”

13 5. Ketika berperang Firman Allah SWT: Surah Al-Baqarah [2:177], ms 27
“dan orang-orang yang sabar dalam keadaan kesempitan, dalam masa kesakitan dan ketika peperangan, mereka (yang bersifat demikian) itulah orang yang benar (dalam keimanan) dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa”

14 Firman Allah SWT: Surah Al-Anfal [8:45-46], ms Wahai orang yang beriman! Apabila kamu memerangi sesuatu pasukan (musuh), maka hendaklah kamu berteguh hati (dalam menghadapinya) dan sebutlah (nama) Allah (serta berdoa kepada-Nya) sebanyak-banyaknya supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan) “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya serta janganlah kamu saling berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan, serta bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.

15 1. Allah bersama orang yang bersabar
Kelebihan Sabar 1. Allah bersama orang yang bersabar Firman Allah SWT: Surah Al-Baqarah [2:153], ms 23 Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” Kebersamaan Allah Secara Umum Secara Khusus

16 3. Mendapat khabar gembira dari Allah
2. Dicintai Allah SWT Firman Allah SWT: Surah Ali-`Imran [3:146], ms 68 “Berapa ramai daripada (terdahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak berasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). (Ingatlah) Allah sentiasa mencintai orang yang sabar.” 3. Mendapat khabar gembira dari Allah Firman Allah SWT: Surah Al-Baqarah [2:155], ms 24 “Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar”

17 4. Mendapat balasan pahala dari Allah
Firman Allah SWT: Surah Al-Nahl [16:96], ms 278 “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal. Sesungguhnya Kami pasti akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan” 5. Ganjaran pahala yang sempurna Firman Allah SWT: Surah Al-Nahl [16:96], ms 278 “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan. (Ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah). Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas.

18 6. Mendapat pertolongan & bantuan Allah
Firman Allah SWT: Surah Ali-’Imran [3:125], ms 66 “Bahkan mencukupi Jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” 7. Mendapat kedudukan Imamah (Kepimpinan) dalam agama Firman Allah SWT: Surah Al-Sajdah [32:24], ms 417 “Dan Kami jadikan di kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat Kami”

19 8. Tergolong sebagai orang yang berjiwa kental
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17], ms 412 “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan” 9. Dipelihara dari tipu daya musuh Firman Allah SWT: Surah Ali-’Imran [3:120], ms 65 “Jika kamu beroleh kebaikan, maka mereka akan berasa kecewa dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan.”

20 10. Memperolehi nikmat syurga
Firman Allah SWT: Surah Ali-Furqan [25:75], ms 366 “Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan serta ucapan selamat (daripada malaikat) di dalamnya.” 11. Mudah mengambil pengajaran Firman Allah SWT: Surah Saba’ [34:19], ms 430 “Lalu berkata: “wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan bandar yang lain), dan mereka menzalimi diri mereka sendiri, lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka; buah mulut orang ramai, serta Kami hancurkan sehancur-hancurnya. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda bagi setiap orang (yang beriman) yang sentiasa bersikap sabar lagi sentiasa bersyukur.”

21 1. Kehidupan ini satu ujian
Tips untuk bersabar 1. Kehidupan ini satu ujian Firman Allah SWT: Surah Al-’Ankabut [29:2], ms 396 “Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka belum diuji (bagi membuktikan keimanan mereka).”

22 Surah Al-Baqarah [2:214], ms 33
Firman Allah SWT: Surah Al-Baqarah [2:214], ms 33 “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan kesengsaraan (penyakit) serta digoncangkan (dikejutkan dengan pelbagai bala) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya, “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

23 Firman Allah SWT: Surah Al-Muhammad [47:31], ms 510 “Sesungguhnya Kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang ada orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. (Sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu ”

24 2. Semua perkara milik Allah
Firman Allah SWT: Surah Al-Baqarah [2:156], ms 24 (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

25 3. Yakin balasan Allah kpd orang yg sabar
Nabi Bersabda ”Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan,kesiksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga tusukan kesedihan sehingga tusukan mengenainya melainkan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Nabi Bersabda “Jika Allah menghendaki bagi seseorang hamba-Nya kebaikan, disegerakan bagi hamba itu kesusahan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hamba-Nya kejahatan, ditangguhkan pembalasan ke atas hamba-Nya di hari kiamat.” (HR al-Tirmizi)

26

27 4. Yakin tentang janji Allah kpd orang yg sabar
Firman Allah SWT: Surah Al-Rum [30:60], ms 410 “Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar dan janganlah orang yang tidak menyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah” Surah Al-Syarh [94:5], ms 596 “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

28 Firman Allah SWT: Surah Al-Syarh [94:6], ms 596
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” Surah Yusuf [12:83], ms 245 “(Nabi) Ya`qub berkata:bahkan diri kamu sendiri telah memandang baik perkara itu (yang kamu rancangkan). Jika demikian, kesabaran yang baik itu (adalah kesabaranku). Mudah- mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

29 5. Mencontohi kesabaran orang terdahulu
Kesabaran Rasul-rasul Ulul Azmi Firman Allah SWT: Surah Al-Ahqaf [46:35], ms 506 “Maka bersabarlah engkau (wahai Muhammad sebagaimana sabarnya rasul- rasul Ulul `Azmi di kalangan rasul-rasul (yang terdahulu), dan janganlah engkau memintakan disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu)” Kesabaran Nabi Ayub ‘Alaihi Sallam Surah Al-Anbiyak [21:83], ms 329 “Dan (sebutkanlah peristiwa Nabi) ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, ‘Sesungguhnya aku ditimpa penyakit. Engkaulah sahaja Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang”

30 Surah Al-Anbiyak [21:85], ms 329
Kesabaran Nabi Ayub AS Surah Al-Anbiyak [21:85], ms 329 “Maka Kami memperkenan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat daripada Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami” “Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi: Ismail dan Idris serta Dhulkifli. Semuanya adalah daripada orang yang sabar.”

31 Kesabaran Nabi Ibrahim & Ismail AS
Firman Allah SWT: Surah Al-Saffat [37:102], ms 449 “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, dia (Ibrahim) berkata: ”Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah ayah akan mendapati aku daripada orang yang sabar”

32 Penghalang kesabaran 1. Sikap terburu-buru 2. Sikap pemarah
Firman Allah SWT: Surah Al- Anbiyak [21:37], ms 325 “Manusia dijadikan bertabiat terburu-buru. Aku (Allah) akan memperlihatkan kepada kamu tanda- tanda kekuasaan-Ku. Maka, janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangan azab-Ku)” 2. Sikap pemarah Firman Allah SWT: Surah Al-Qalam [68:48], ms 566 “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau bersikap seperti orang (Nabi Yunus a.s) yang telah ditelan oleh ikan ketika dia berdoa merayu, sedangkan dia dalam keadaan marah (terhadap kaumnya)”

33 3. Berputus asa Firman Allah SWT: Surah Ali-`Imran [3:139], ms 67
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang tertinggi (kedudukan di sisi Allah) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman”


Download ppt "AJAR ILMU SABAR SEBAGAI KUNCI KEJAYAAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google