Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA

2 JENIS TARIAN Tarian Zapin Tarian Mak Yong Tarian Gamelan
Tarian Sumazau Tarian Naga Tarian Iban Tarian Kathak

3 JENIS-JENIS ALAT MUZIK KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
Gambus Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah. Sape Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Rebab Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.

4 Gendang Silat Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. Rebana Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Serunai Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya.

5 BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIA
Bahasa Melayu Baku Apa Khabar? Terima Kasih Kelantan Apo kaba? Trimo Kaseh Sabah Apa khabar? Tarima Kasih Sarawak Apa Khaba? Trimak Kaseh Dialek Masyarakat Melayu

6 BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIA
Bahasa Melayu Baku Apa Khabar? Terima Kasih Kantonis Lei hou ma? To che Hokien Lu ho bo? Kam sia Hakka Ni hao mao? Mn koi Dialek Masyarakat Cina

7 BAHASA DAN DIALEK MASYARAKAT MALAYSIA
Bahasa Melayu Baku Apa Khabar? Terima Kasih Tamil Nalamaga irukkinrirkala? Nandri Malayalam Sugamthanne? Valare upagaram Telegu Kshemama Dhanya vadhalu Dialek Masyarakat India

8 CARA MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA MASYARAKAT
Generasi muda haruslah mengenali asal-usul sendiri. Mengadakan kempen,ceramah,wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional untuk mengembangkan budaya ini. Menggalakkan pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia. Media massa tempatan perlu sentiasa menyiarkan tayangan yang berkaitan dengan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas.

9 PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.

10 MASYARAKAT MELAYU    Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.

11 MASYARAKAT CINA Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

12 MASYARAKAT CINA    Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. .

13 MASYARAKAT INDIA Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. .

14 MASYARAKAT INDIA    Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. .

15 KAUM KADAZANDUSUN Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang . .

16 KAUM RUNGUS Pakaian istiadat suku Kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol.

17 KAUM BAJAU Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.. .

18 MASYARAKAT SARAWAK Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.

19 ADAB MENZIARAHI JIRAN Memilih masa yang sesuai.
Memberi salam dan bersalaman. Merendahkan suara. Meminta izin apabila hendak beredar.

20


Download ppt "TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google