Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya"— Transcript presentasi:

1 Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya
Disediakan: YENG CHUN MAN (5A) LOK CHAI YEE (5B)

2 Pengenalan Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

3 Bahasa Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa melayu. Bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam pelbagai aspek, ia merupakan bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya ‘lai’ untuk ‘datang’ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu. Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya adalah: ~ Saya = goa (bahasa Hokkien) ~Anda = lu (bahasa Hokkien) ~Dia = dia (bahasa Melayu) ~ Kita = kita (bahasa Melayu)

4 Pakaian Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba. Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak – jinak dengan sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung. Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.

5 Baju Kebaya Dipakai oleh perempuan Nyonya.

6 Baju Kebaya Dipakai oleh perempuan Nyonya.

7 Masakan Masakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masakan Cina dan melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk Nyonya iaitu daging dan sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang menbezakan di antara masyarakat Baba dan Cina. Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang. Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja.

8 Tok Panjang Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja. “Tok” bermaksud pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat sebagai meja.

9 Kuih-muih

10 Onde onde

11 Otah otah

12 Perkahwinan Pandangan Baba dan Nyonya
Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.

13 Peringkat Awal Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.

14 Persiapan Diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah. Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama. 

15 Hari “Khuih Thiah” Hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari Menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

16 Dua Hari Sebelum Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

17 CHIA LANG KHEK Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

18 CHIU THAU Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

19 CHIM PANG Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain. 

20 CHIA N SIA CHOON TOK Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan. Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

21 Dua Belas Hari Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

22 CHIAN N CHING KAY,CHE UMM
Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. 

23 Kam Cheng

24 Putih bermaksud Suci... Merah bermaksud peristiwa yang gembira...

25 Kesimpulan Kaum Baba dan Nyonya merupakan kaum yang mempunyai budaya dan latar belakang yang unik...

26 Terima Kasih~~


Download ppt "Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google