Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BULETIN PPDa Bertahan atau Terhumban Sk beranang, selangor

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BULETIN PPDa Bertahan atau Terhumban Sk beranang, selangor"— Transcript presentasi:

1 BULETIN PPDa Bertahan atau Terhumban Sk beranang, 43700 selangor
Siri Bertahan atau Terhumban Hai, bertemu kembali Dalam buletin siri ke 5. kali ini buletin keluar di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa kepada umat Islam. Terima Kasih atas ucapan rakan-rakan seMalaysia atas kehadiran Bulan Ramadhan bagi umat Islam. Lantaran ramainya nya manusia yang menjadi mangsa dadah, buletin kali ini mengambil iktibar, pengajaran dari amalan puasa dan apakah puasa mampu menjadikan seseorang terhindar dari segala hal yang negatif, termasuk penyalahgunaan dadah. Ya, puasa mengajar manusia supaya bertahan, dalam hidup ini ada banyak kemahuan kita yang tidak dapat kita kecapi, boleh jadi kemahuan kita itu baik bagi diri kita, boleh jadi juga tidak baik. Adapun setiap larangan agama, pastinya tidak baik dengan kata lain membawa mudarat. Hal-hal yang jelas tidak baik, eloklah dihindari. Jika anda tahu bahawa menyalahguna dadah itu membawa petaka, maka pantaslah anda hindarinya, bertahanlah hidup walau susah,payah, miskin asalkan tanpa dadah. Jika anda tidak mampu bertahan, anda akan terhumban. Penagih dadah, ibarat jatuh gaung yang amat dalam, tak kuasa untuk keluar dari lubang itu. Selagi tiada manusia datang ,membantunya, selama itulah dia berada dalam kesengsaraan. Rezeki menjauh, keluarga menghindari, kawan lari, kebahagiaan tiada lagi. Yang ada hanya bagaikan mayat yang hidup membawa jasad ke sana ke mari. Sebelum itu terjadi pada anda, ayuh hindari, bertahan hidup, sabar dan redha dengan apa yang ada. Jauh dadah, anda hidup bebas Sk beranang, selangor


Download ppt "BULETIN PPDa Bertahan atau Terhumban Sk beranang, selangor"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google