Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KOMSAS TINGKATAN 2 (CERPEN)
NAMA: FARAH ADILAH BT AZMAN KELAS: IKHLAS NAMA GURU: PN.ROSIAH BT OTHMAN TAJUK: DENDAM
2
SINOPSIS Along tidak menyukai adiknya,angah.Dia berdendam terhadap adiknya itu.Barang-barang miliknya selalu di rosakkan oleh Angah.Selain itu,Along juga marah kepada Angah kerana dia selalu dimarahi ibu dan ayahnya atas kesalahan yang dilakukan oleh Angah.Along tidak mengambil kira bahawa Angah jauh lebih muda daripadanya. Apabila kertas kerja milik ayah mereka dikoyakkan oleh Angah,Along juga yang dipersalahkan.Menurut ayahnya,Along mesti menjaga Angah.Oleh sebab Along sering dipersalahkan,maka Along memberontak.Along berasa kesal kerana ayh dan ibunya selalu menyebelahi Angah.Hal ini demikian kerana mereka mempercayai tilikan bidan sewaktu Angah dilahirkan yang mengatakan bahawa Angah ialah anak bertuah. Pada suatu hari,Angah memasuki bilik Along kerana mahu meminta maaf.Angah menyatakan rasa kasihnya kepada Along,tetapi Along menolaknya.Perasaan dendam telah menguasai pemikiran Along sehingga terkikisnya perasaan kasih sayang adik-beradik. Pada suatu hari,rantai mutiara milik ibu mereka putus.Apabila ditanya,Alpng tidak mengaku bahawa dia yang melakukannya.Oleh sebab itu,Angah yang dituduh.Lntaran tiada orang lain yang mungkin melakukan kesalahan itu,maka ayah mereka menghukum Angah.Angah dipukul dengan kuatnya.Angah menangis. Along berasa kasihan terhadap Angah.Dia menemui Angah.Sebenarnya Along yang melakukan perbutan itu.Dia mahu mengenakan Angah kerana rasa dendamnya itu.Apabila Angah dihukum dengan beratnya,muncl perasaan simpati yang kemudiannya mengakrabkan hubungan kedua-dua orang adik-beradik itu.
3
TEMA Perasaan dendam yang menyebabkan hilangnya pertimbangan.Along hilang pertimbangan sehingga dia lupa bahawa adiknya,Angah masih kecil dan memerlukan belaian dan didikan.Along seharusnya memberikan perhatian kepada Angah dan menerima baik hasrat Angah untuk menumpahkan kasih sayang kepadanya.Walau bagaimanapun,kasih sayang Along kepada Angah kembali menebal setelah perasaan dendam itu terkikis.
4
PERSOALAN Layanan yang tidak adil terhadap anak-anak.
Ibu dan ayah Along sering memarahi along atas kesalahan yang tidak dilakukannya.Sekiranya Angah yang berbuat salah,ibu dan ayahnya tidak pula memarahi Angah. Perasaan dendam sebagai akibat ketidakadilan yang terjadi. Along berdendam dengan Angah kerana layanan ibu dan ayahnya yang tidak adil terhadapnya. Fitnah yang menyebabkan seseorang teraniaya. Along menuduh Angah yang memutuskan rantai mutiara ibu mereka sehingga Angah disebat dengan tali pinggang oleh ayah,walhal Alonglah yang melakukan perbuatan itu. Keinsafan setelah timbul perasaan belas kasihan. Along bersimpati terhadap Angah setelah melihat kesan senatan pada Angah.Along insaf atas kesalahannya memfitnah Angah sehingga Angah menderita kesakitan. Hubungan adik-beradik perlu dijaga denagn baik. Along akhirnya sedar bahawa dia mempunyai seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.
5
WATAK PERWATAKAN WATAK ALONG ANGAH
Watak utama dalam cerpen ini ialah Along. Watak sampingan terdiri daripada Angah,ibu,dan ayah. PERWATAKAN ALONG Along anak sulung dalam keluarga. Along bersekolah di sekolah berasrama. Along berdendam terhadap Angah. ANGAH Angah anak yang masih kecil. Angah anak kedua dan bongsu dalam keluarga. Angah suka merosakkan barang-barang.
6
IBU AYAH Ibu bersikap menyayangi Angah.
Ibu bersikap pilih kasih terhadap amak-anaknya. Ibu sangat sayang akan rantai mutiaranya. Ibu mempercayai tilikan. AYAH Ayah bekerja senagai hakim Ayah bersikap keras terhadap anak-anaknya. Ayah mudah menghukum anak walaupun tidak cukup bukti. Ayah mempercayai tilikan.
7
PLOT BINAAN PLOT Plot cerpen ini berbentuk kronologi kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut tertib masa. Permulaan:Along sangat marah apabila melihat buku latihan Fizik yang baru dibelinya semalam telah diconteng dan dikoyakkan oleh Angah.Along mengimbas kembali kejadian buku-bukunya yang telah dikoyakkan oleh Angah sebelum ini.Kemudian,Along melihat majalah kesayangannya juga habis dikoyakkan oleh Angah. Perkembangan:Along bertindak memarahi Angah.Along juga menampar dan menolak Angah .Angah menangis dan segera berlalu.Ibu mereka mencari-cari Angah.Setelah didapati Angah tiada,ibu memarahi Along.Ibu juga menunjukkan rasa kasih kepada Angah.Malamnya,ayah mereka turut memarahi Along setelah mendapati kertas kerjanya telah dikoyakkan.
8
Klimaks:Along menyatakan protes terhadap ayah mereka kerana baginya,ayah mereka bersikap berat sebelah.Berlaku pertengkaran mulut antara Along dengan ibunya pula.Di dalam bilik,Angah yang tidak mengerti apa-apa ingin memujuk Along tetapi dimarahinya.Angah dihalaunya keluar dari biliknya.Ibu begitu sedih apabila mendapati rantai mutiaranya putus.Along berpura-pura tidaj mengetahui apa-apa.Angah dituduh memutuskan rantai itu.Sebagai akibatnya,Angah disebat oleh ayah dengan menggunakan tali pinggang. Peleraian:Along berasa kasihan terhadap Angah.Along juga kesal kerana telah memfitnah Angah.Kerana simpati terhadap Angah,Along memasuki bilik Angah dan memeluk Angah dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang Along terhadap Angah mula berputik.Hilanglah dendamnya terhadap Angah selama ini.
9
TEKNIK PLOT Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan kesedihan Along ketika manyaksikan kasih sayang ibu mereka terhadapAngah. Aku merenung wajah dengan penuh kebencian yang meluap-luap.Angah seakan mengerti pandanganku.Dia memeluk ibu tanpa meneruskan percakapannya.Ibu kulihat gembira sekali apabila Angah berada di sisinya sehingga aku seakan –akan tidak wujud di hadapannya lagi.Sedih hati ini bukan kepalang lagi apabila diperlakukan begitu oleh ibu sendiri. Teknik dialog.cocntohnya,dialog antara Along dengan Angah. “Angah sayang Along.Along jangan menangis ya!” “Siapa sayang engkau?”bentakku dengan bengis. “Along kakak Angah,jadi Angah sayang pada Along.” “Ahh,…..Along bukan kakak engkau!Along tak ada adik macam engkau.Jahat! Menyusahkan orang!” “Angah janji tak jahat lagi.Along jangan nangis lagi,”balasnya sengan petah.”Ayah dan ibu marah Along.Ibu jahat.Ayah jahat juga,” Sambungnya seraya mencuba mendekati aku lagi.
10
Teknik saspens.Contohnya,pembaca tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh Along untuk membalas dendamnya terhadap Angah. Perasaan marah masih tetap menguasai aku.Aku cuba memerah otak mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Angah.Biarkan dia tahu betapa sakit dan bencinya hatiku terhadap dirinya.Semalam-malaman itu aku berfikir untuk mengatur rancangan kotor ini dalam usaha membalas dendam.Akhirnya,aku terlena dengan senyuman puas. Teknik imbas kembali.Contohnya,Along teringat akan hukuman yang terpaksa diterimanya atas kesalahan yang dilakukan oleh Angah. Dahulu, Angah mengoyakkan wang kertas sepuluh ringgit,ayah telah menyekat wang kocekku selama sebulan.Terpaksalah aku menebalkan muka untuk meminjam wang daripada teman seasrama.Selepas itu,pasu bunga buatan negara China yang menjadi kesayangan ibu dijahanamkan oleh Angah.Aku dihukum membersihkan halaman rumah selama sebulan oleh ibu semasa cuti penggal ketiga.
11
Teknik imbas muka.Contohnya,Along sudah dapat membayangkan bahawa dia akan dimarahi oleh ayah sebaik sahaja mendengar ayah merungut-rungut. Selesai menikmati hidangan malam,kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.Entah apa-apa yang dirungutkan oleh ayah.Tentunya,budak kecil itu yang membuat hal lagi.Hal ini bermakna aku akan menjadi habuan segala kemarahan ayah. Teknik monolog.Contohnya,Along merungut ketika melihat buku latihan Fiziknya telah terconteng dan dikoyakkan. “Ini mesti kerja si budak kecil itu,”rungutku dengan nada geram yang membuak-buak dalam dada ini.
12
LATAR LATAR MASA LATAR TEMPAT LATAR MASYARAKAT
Cuti penggal persekolahan-sewaktu Along pulang bercuti di rumah. Pada waktu siang hingga malam. LATAR TEMPAT Di dalam rumah LATAR MASYARAKAT Masyarakat keluarga Melayu yang berpendidikan dan intelek.Ibu seorang emak yang bekerja manakala ayah merupakan seorang hakim. Masyarakat yang pilih kasih terhadap anak-anak. Ibu dan ayah sering memarahi Along sedangkan Angah yang melakukan kesalahan itu.
13
GAYA BAHASA Metafora.Contohnya,putik-putik dendam,layar ingatan,api kagelisahan. Simile.Contohnya,tangkai hatiku bagai direntap,rumah ini seperti tongkang pecah yang baru saja dilanda ribut taufan. Hiperbola.Contohnya,buakan api baran,api dendam yang membara,lahar beracun. Personifikasi.Contohnya,perasaan cuak mengusik api dendam,perangainya yang sentiasa menyakitkan hatiku,tawa Angah menguasai ruang tamu. Sinkope.Contohnya,tak. Peribahasa.Contohnya,buah hati.
14
NILAI Kasih sayang.Contohnya,Angah memperlihatkan kasih sayangnya kepada Along walaupun Along tidak menyenanginya.Akhirnya,kedua-dua mereka saling mengasihi. Keinsafan.Contohnya,Along insaf bahawa perbuatannya terhadap adiknya adalah tidak wajar. Simpati.Contohnya,Angah bersimpati kepada Along,begitu juga Along kepada Angah. Baik hati.Contohnya,Angah tidak berdendam dengan Along yang telah memfitnahnya.
15
PENGAJARAN Kita janganlah berdendam terhadap adik-beradik.Contohnya,walaupun Along merasakan layanan ibu dan ayahnya tidak adil,namun perasaan dendam terhadap adik sendiri adalah tidak wajar. Ibu bapa hendaklah berlaku adil dalam melayani anak-anak.Contohnya,ibu dan ayah Along hendaklah memikirkan perasaan Along semasa membuat apa-apa keputusan atau tindakan. Kita janganlah percaya terhadap sebarang ramalan atau tilikan.Contohnya,sikap ibu dan ayah Along yang percaya terhadap ramalan telah menyebabkan mereka bersikap tidak adil dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Kita hendaklah berbaik-baik dengan adik-beradik.Contohnya, jika berlaku perselisihan,janganlah kita meneruskan perasaan marah atau benci,sebaliknya berusahalah untuk berbaik-baik semula. Sebagai ahli keluarga yang lebih tua,kita perlulah menunjukkan teladan baik kepada adik.Contohnya,Along sepatutnya menunjukkan kelakuan yang baik kepada Angah.
16
SEKIAN TERIMA KASIH.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.