Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DISEDIAKAN OLEH, AMUTHEVALI A/P RAJOO KANAGESWARI A/P RAGUPATHY

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DISEDIAKAN OLEH, AMUTHEVALI A/P RAJOO KANAGESWARI A/P RAGUPATHY"— Transcript presentasi:

1 PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN PERGURUSAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
DISEDIAKAN OLEH, AMUTHEVALI A/P RAJOO KANAGESWARI A/P RAGUPATHY KESHAVARTHANI A/P PUSHPANATHAN REVATHI A/P SANGARAN SHARMILLA A/P SINIVASHOM 5PISMP BT/PJ/RBT

2 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN WAU CONGKAK GASING KABADI GALAH PANJANG KONDA KONDI SEPAK RAGA ACI SOROK

3 BATU SEREMBAN

4 BATU SEREMBAN Dimainkan secara berkumpulan
Menggunakan guli atau batu kecil Memerlukan permukaan lantai yang rata Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh buah yang berhampiran. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah itu jatuh ke lantai.

5 Permainan akan berpindah kepada pemain lawan jika seorang pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain akan menyambung permainannya di peringkat mereka telah melakukan kesilapan.

6 WAU

7 WAU Dimainkan oleh dua orang
Seorang akan memegang wau dan seorang lagi akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya.

8 CONGKAK

9 VIDEO

10 Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri.

11 Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak.

12 GASING

13 Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah, dan mengangkat gasing. 1. Melilit tali Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit tali iaitu: • Melilit di lengan • Melilit di jari kelingking

14 2. Melilit gasing  Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing.  Gasing boleh dililit menggunakan dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.

15 3. Memusing gasing  Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik . Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah.

16 4.Memangkah gasing  Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.

17 5. Mengangkat gasing  Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.

18 Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. 
Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.

19 KABADI

20 Pasukan pemain Permainan ini dimainkan antara dua pasukan.
Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan

21 Cara bermain Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan. Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.

22 Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat.
Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut ‘kabadi’ secara berterusan Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

23 10. Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar. 11. kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

24 Peraturan am permainan
Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah. Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas. Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.

25 Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus “lona”. Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan. VIDEO

26 GALAH PANJANG

27 Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang

28 Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

29 Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh

30 Peraturan am Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut. VIDEO

31 KONDA KONDI

32 VIDEO

33 PERALATAN Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang.
Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang dipanggil ‘ibu’ .Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

34 Sebuah lubang dikorek di tempat permainan.
Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang.

35 Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati.
Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat. Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu.

36 Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

37 SEPAK RAGA

38 Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

39 Sekarang sepak raga dikenali sebagai Sepak Takraw.
Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

40

41 VIDEO

42 ACI SOROK

43 Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya kiraan akan dibuat 1 hingga 10 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan.

44 Jika terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. Setelah selesai kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu,pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.

45 PENGURUSAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

46 merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.
bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan piawai tertentu yang digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

47 Permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai
Kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan.

48 Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah di peroleh sama ada dalam bentuk bahan tempatan atau bahan kitar semula. Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingantradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.

49 SESI SOAL JAWAB

50 1. Dalam permainan batu seremban, permainan akan berpindah kepada pemain lawan jika seorang pemain dapat menyambut 3 buah yang dilambung. Adakah kenyataan diatas betul atau salah?sila beri penjelasan jika salah. 2. Nyatakan peralatan yang diperlukan dalam permainan konda kondi.

51 3. Nyatakan lima langkah utama dalam
permainan gasing. a. b. c. d. e.

52 RUJUKAN ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw  ms.wikipedia.org/wiki/Gasing ms.wikipedia.org/wiki/Selambut  en.wikipedia.org/wiki/Wau


Download ppt "DISEDIAKAN OLEH, AMUTHEVALI A/P RAJOO KANAGESWARI A/P RAGUPATHY"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google