Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Musim Baru dalam HadiratNya

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Musim Baru dalam HadiratNya"— Transcript presentasi:

1

2 Musim Baru dalam HadiratNya
Perhimpunan Doa dan Pengucapan Syukur

3 1A. Individu / Famili Bersyukur Untuk :
Keselamatan bagi diri & orang yang dikasihi Semua anggota keluarga, dekat dan jauh Damai, Kesihatan, Perlindungan, Bekalan bagi hidup kita Janji & Tujuan Nya bagi kehidupan kita Penempatan kita oleh Tuhan di negara ini “untuk saat-saat seperti ini”

4 1B. Individu / Famili Berdoa B1. Bertobat daripada :
Kehilangan kasih, devosi dan ibadah kepada Tuhan; tidak berdoa, sikap degil, tidak taat Mengidolakan manusia / benda, tamak, nafsu, angkuh, dengki Mezbah yang roboh, Janji-janji, Hubungan Mendukakan Roh Kudus / Kurang kelaparan untuk Firman Tuhan Tidak mahu mengampuni, tidak percaya, tidak berterima kasih sehingga menghalang pekerjaan Tuhan di dalam hidup kita.

5 1B. Individu / Famili Berdoa B2. Tuhan kami berdoa ..
Jadikan hati kita bersih & roh yang teguh untuk Tuhan & sesama sendiri. Maz 51:10 Ketaatan, penghargaan & penghormatan. Untuk tinggal tetap di dalam Mu & Firman Mu. Yoh 15:5f Untuk buah Roh Kudus diperlihatkan di dalam kita sebagai satu keluarga. Tuntun yang belum selamat kpd Kristus. Gal 5:22,23 Untuk menjadi korban yang hidup, kudus & berkenan kepada Tuhan. Roma 12:1 Supaya kami tidak lamban tetapi dengan iman & kesabaran menerima janji-janji Tuhan. Ibrani 6:12

6 1C. Deklarasi Iman Oleh kasih karunia Allah, saya isytiharkan akan mengasihi Tuhan Allah dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dengan segenap kekuatan dan dengan segenap akal budi. Saya akan mengasihi sesamaku manusia sama seperti diriku sendiri. Kami bersyukur kerana Engkau telah memberi kepada kami keluarga. Kami diberkati, dan oleh kasih karunia Mu, kami akan mengasihi keluarga kami termasuk mereka yang harus kami kasihi. Oleh kasih karunia Mu, kami akan menjadi ramah, prihati, dan sedia mengampuni semua anggota keluarga kami. Kami akan hidup aman damai dan menghormati ibubapa. Kami semua dilindungi di bawah pemerhatian mata Mu. Engkau memberi kepada kami sukacita, damai, kekuatan dan kesihatan. Saya dan seisi rumah saya, kami akan melayani Tuhan Saya menuntut janji-janji Tuhan bagi keluarga saya.

7 2A. Bersyukur untuk gereja
Pemberian keselamatan yang diperolehi ramai jiwa melalui gereja di negara ini. Penginjil yang mengambil risiko hidup mereka untuk membawa berita baik kepada kita, penanam gereja & pengasas-pengasas iman yang menerima injil. Ibrani 11:32 Pekerja di ladang (gembala, guru, penginjil, para rasul dan pendoa syafaat) yang memberi hidup mereka untuk melayani Tuhan. Perlindungan dan kemenangan Tuhan di dalam gereja terutama pada waktu yang mencabar. Ezra 9:9

8 2B. Doa untuk Gereja Bertobat daripada:
Kurang berdoa untuk pemimpin & untuk sesama sendiri. Yakobus 5:16 Hidup berdikari / tidak berterima kasih / suam-suam dalam rohani . Ibrani 3:16 Kurang penglibatan yang sepenuh hati, dalam kasih dan kesatuan di dalam tubuh Kristus. Yoh 13:34 Kurang ketaatan dalam perpuluhan, persembahan & kemurahan hati. Maleakhi 3:10 Gagal menjadi terang & garam di dalam komuniti dan bangsa Mengabaikan Amanat Agung. Matius 28:18f

9 2B. Doa untuk Gereja B2. Tuhan tolong kami..
Saling mengasihi seperti Kristus mengasihi kami. Tiada perpecahan di antara kita. 1 Kor 1:10 Rela dan taat, tidak bercela & tulus di dalam segala yang kita lakukan, tanpa bersungut / berbantah. Filipi 2:14 Pakai setiap karunia yang kita perolehi untuk melayani semua orang, sebagai pengurus yang baik dari kasih karunia Allah. 1Pet 4:7-11 Berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan injil, tidak gentar sedikit pun oleh lawan kita. Filipi 1:27 Lakukan peperangan rohani melawan: setiap keraguan, kekecewaan, ketakutan, kebencian, materialisme, penipuan, roh tidak mengampuni, .. Isytiharkan kemenangan Kristus, damai sejahtera & matlamatNya bagi kita , gerejaNya. Matius 16:18, Lukas 10:19, Yesaya 41:15

10 2C. Deklarasi Iman Terima kasih bagi para gembala kami dan kerelaan mereka menyahut panggilan Mu. Oleh kasih karunia mereka akan mengembalakan domba-domba mereka. Mereka akan memiliki kepimpinan yang kuat disertai dengan karunia Roh Kudus di dalam hidup mereka. Mereka akan mengajar dan menyampaikan pengetahuan dan pengertian dengan mengetahui isi hati Mu. Oleh kasih karunia Mu, kami gereja akan bersatu teguh dalam matlamat & kesatuan, saling mengasihi & saling menanggung beban. Kami akan menjadi komuniti yang tahu menyembah, menginjili, memuridkan dan berdoa untuk memenuhi matlamat Tuhan dan membawa Malaysia ke dalam destini yang ada di dalam Engkau!

11 3A. Bersyukur bagi bangsa
Untuk: Malaysia adalah tanah air kita. Pemimpin kita adalah pembina bangsa yang hebat; melalui kepimpinan mereka Malaysia telah berkembang dengan pesat. Berbagai etnik dan komuniti yang hidup, bekerja dan menyumbang kepada kemajuan negara. Damai sejahtera & perlindungan Allah atas bangsa kita dan kebebasan beragama & keamanan yang relatif yang kita nikmati. PRU 14 & peralihan kuasa yang lancar dan aman kepada Kerajaan yang baru yang berkomited kepada prinsip ketelusan, demokrasi & peraturan perundangan.

12 3B. Doa untuk Bangsa Mohon pertobatan untuk:
Segala yang membuat syurga tertutup bagi Malaysia: Berhala, materialisme, pemberontakan, perpecahan di dalam gereja, pertumpahan darah, ibadat palsu, percabulan, rasuah, bergaul dengan yang jahat, sihir, ilmu ghaib… Pertumpahan darah daripada mezbah setan, pengorbanan manusia, pembunuhan beramai-ramai, aborsi , pertembungan kumpulan dan kemalangan di mana darah tertumpah. Mana-mana perjanjian atau sumpahan jahat yang dibuat oleh pemimpin kebangsaan / masyarakat dengan kerajaan kegelapan bagi pihak tanah kita. Kemarahan / kutuk yang dibuat terhadap umat Allah yang kudus sehingga ia membawa kepada pembalasan kembali kepada bangsa kita. Bilangan 24:9

13 3B. Doa untuk Bangsa Meningkatkan tahap dan intensiti pengorbanan kebenaran di tanah ini oleh diri kita sebagai imamat kudus dari Allah (1 Pet 2:5) Untuk Tuhan memberkati PM dengan kesihatan, panjang umur & hikmat ; Penasihat yang saleh & bijak / pemimpin untuk melindungi dan menyokong dia. Membangkitkan ramai pemimpin berkemampuan nasional yang berintegriti di dalam setiap aspek kehidupan. Kebenaran, keadilan dan kebebasan beragama untuk semua. Kesatuan, kestabilan dan integriti dalam bangsa. Kasih & kerjasama di antara kaum. Setiap roh perkauman & ketidak-harmonian agama diikat & disingkirkan. Setiap kawasan pilihanraya ditutupi dengan doa di bawah program inisiatif “Nyalakan Malaysia”.

14 3C. Deklarasi Iman Terima kasih Tuhan untuk PRU 14, Tun Mahathir & kerajaan baru PH. Kami akan terus mengisytiharkan kebenaran, keadilan dan keamanan untuk berlaku diseluruh negara dikalangan semua kaum & agama. Tidak ada yang dipinggirkan. Ekonomi kita akan dipulihkan. Akan terjadi kemakmuran baru and keharmonian termasuk keselamatan & kebangunan rohani . Malaysia diberkati dan berkenan kepada Tuhan. BerkatNya akan menyertai generasi kini dan yang akan datang. Kemurahan, kasih karunia dan kebaikan akan menutupi bumi kami. Oleh kasih karunia Mu, Malaysia akan memenuhi rancangan matlamat penebusan untuk menjadi negara Pelangi dan pemangkin kebangkitan bagi bangsa-bangsa!


Download ppt "Musim Baru dalam HadiratNya"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google