Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2"— Transcript presentasi:

1 Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Siti Aishah Mohd Yusof Nurul Sakinah Hashim

2 Soalan 1 Nyatakan Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik : Konsep Budaya
Kebendaan Bukan Kebendaan

3 Kebendaan Bukan Kebendaan Ciri-ciri Budaya
Konsep Budaya Kebendaan Bukan Kebendaan Ciri-ciri Budaya

4 Konsep Budaya Konsep Budaya
Perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. ‘Budhi’ bermaksud kecergasan fikiran dan akal. ‘Daya’ bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Kesimpulannya, menurut Kamus Dewan budaya merupakan kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya.

5 Menurut Nik Safiah Karim pula, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

6 Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
Kebendaan Bukan Kebendaan

7 Budaya Kebendaan Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, dan sebagainya. Sebagai contoh, orang Melayu mempunyai reka bentuk rumah yang berbeza dengan orang Inggeris.

8 Budaya Bukan Kebendaan
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dalam adat perkahwinan Melayu pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala dalam masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki.

9 Ciri-ciri Budaya Dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Diwarisi
Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (worlwide)

10 Soalan 2 Huraikan secara ringkas maksud Perpaduan dan Integrasi, Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan Amalgamasi

11 PERPADUAN  Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

12 INTEGRASI Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan geografi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, dan politik.

13 UNSUR INTEGRASI Integrasi Wilayah Integrasi Ekonomi
mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnya Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Integrasi Wilayah mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Integrasi Ekonomi membentuk satu kebudayaan kebangsaan. Integrasi Kebudayaan merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya. Integrasi Sosial mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari. Integrasi Pendidikan menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan. Integrasi Politik

14 SEGREGASI Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

15 AKOMODASI Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing-masing.

16 AKULTURASI Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

17 ASIMILASI Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

18 AMALGAMASI Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

19 SEKIAN, TERIMA KASIH.. =)


Download ppt "Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google