Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan."— Transcript presentasi:

1

2

3 Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi". Ini boleh menyebabkan pertubuhan-pertubuhan baru atau boleh menjadi sebahagian pergerakan organisasi merebut peluang pasaran yang ada. Bentuk yang paling jelas keusahawanan yang memulakan perniagaan baru (disebut sebagai Startup Company); bagaimanapun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, istilah ini telah diperluaskan untuk meliputi bentuk aktiviti keusahawanan sosial dan politik.

4 Kepentingan Keusahawanan
Pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Meningkatkan kadar per kapital pengeluaran dan pendapatan. Melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat dengan cara pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Membina produk atau perkhidmatan baru didalam pasaran. Mendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur dan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran. Mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Mendorong pembahagian kekayaan.

5 Ciri-ciri Keusahawanan
MENGAMBIL RISIKO TERBUKA  (OPEN RISK TAKER) BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE) BERWAWASAN (VISIONARY) JARINGAN (NETWORKED) PROAKTIF (PROACTIVE) TAJAM PENGLIHATAN / TELITI (OBSERVANT) BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED) BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED) KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION) Usahawan juga dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik, hebat serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi fungsi keusahawan dengan berkesan.

6 1.      PROAKTIF (PROACTIVE) Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.

7 2      JARINGAN (NETWORKED) Rangkaian  adalah satu ciri yang perlu ada dalam  perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

8 3. BERWAWASAN (VISIONARY)
Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.

9 4. BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
Budaya bebas ini bermaksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kebudayaan. Mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat atau negara adalah penting untuk memasuki pasara antarabangsa. Usahawan hendaklah sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap budaya luar bagi membuat penggubah suaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut dapat melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima budaya baru dalam melakukan sesuatu perniagaan.

10 5 MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan. 

11 6. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
Apabila orang berfikir untuk berjaya, mereka biasanya bercakap mengenai keuntungan besar dan kos dapat dikurangkan. Sudah tentu pertumbuhan kewangan adalah keputusan yang diingini. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana. Ia bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, jika kejayaan tidak semestinya positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang negatif. Apa yang penting adalah untuk menangani kegagalan, belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang tanpa sama sekali mematahkan semangat pasukan anda.

12 7. BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)
Berorientasikan hasil bermaksud minda  tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu, usahawan akan berusaha  menghasilkan barang baru.

13 8. BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)
Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh dikatakan sebagai kerja berpasukan. Kajian- kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.

14 9. TAJAM PENGLIHATAN / TELITI (OBSERVANT)
            Observant bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

15 Keberkesanan Keusahawanan Dalam Bisnes
Strategi Sejagat Mahir Teknologi Utama Jaringan Peranan Pemimpin Mahir Komunikasi Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi, usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan

16 Strategi Sejagat Usahawan perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil oleh pesaing mereka.

17 Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk. pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. Mereka harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk bersaing dalam perniagaan

18 Mengutamakan Jaringan
Mereka hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka kenal mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.

19 Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong
Usahawan pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana (how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.

20 Kepakaran Berkomunikasi
Usahawan Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.


Download ppt "Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google