Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa."— Transcript presentasi:

1

2

3 HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN

4 pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa yang penting adalah untuk mengurangkan tingkahlaku menolak idea-idea baru. Kualiti Idea Baru Tindakan Pemimpin Terima Tolak Idea Bagus Penerimaan Betul Penolakan Silap Idea Tidak Bagus Penerimaan Silap Penolakan Betul Penerimaan dan Penolakan Idea Baru

5 PERBANDINGAN ANTARA

6 KESAN KEPIMPINAN YANG BERJAYA
kejayaan sesebuah organisasi itu adalah kejayaan bersama. Namun begitu, keberkesanan, keunggulan dan kecemerlangan bergantung kepada kepimpinan sesebuah organisasi.

7 Mengapa kepimpinan berkesan perlu dalam sesebuah organisasi
kepimpinan berkesan ada kaitan dengan jatuh bangun sesebuah organisasi kepimpinan berkesan ada kaitan dengan keberkesanan dan kecekapan organisasi kepimpinan berkesan ada kaitan dengan prestasi kerja orang bawahan kepimpinan berkesan ada kaitan dengan kepuasan kerja orang bawahan

8 Pemimpin Politik Politik adalah bidang yang berkaitan dengan kekuasaan memerintah negara. Oleh itu pemimpin politik khasnya yang menjadi pemimpin negara dalam berbagai hairakinya mempunyai bebanan amanah dan tanggongjawab yang lebih berat kepada negara dan rakyat

9 Politik berdemokrasi seperti yang kita amalkan di Malaysia pada asasnya bercirikan persaingan parti politik memburu dan merebut kuasa menerusi peti undi. Mengikut kaedah demokrasi, parti terpilih dengan undi majoriti diberi kuasa dan mandat oleh rakyat menerajui pemerintahan merealisasikan agenda politiknya, selain memenuhi aspirasi besar rakyat amnya untuk kepentingan jangka panjang bangsa dan negara. Sistem demokrasi memberi kuasa  sepenuhnya kepada rakyat memilih pemerintah. Sekalipun bukan satu sistem paling sempurna, umumnya sistem demokrasi jauh lebih baik, misalnya berbanding sistem pemerintahan raja tanpa berperlembagaan atau diktator berkuasa tanpa batasan. Malangnya, ketidaksempurnaan demokrasi itu sendiri kerap menimbulkan banyak masalah yang perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah.  

10 PEMIMPIN BEREKONOMI (a) Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi (b) Penggunaan teknologi yang sesuai (c) Penerapan nilai baru (d) Dasar-dasar baru (i) Dasar Memandang ke Timur (ii) Dasar Perindustrian Berat (iii) Dasar Pengswastaan (iv) Dasar Persyarikatan Malaysia (v) Dasar Sogoshosha (vi) Dasar Pertanian Negara Strategi Pelaksanaan Secara kasar pendekatan untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dilaku melalui beberapa  cara-cara berikut:- (a)  Pembaikan kepada Sistem dan Organisasi  Cara ini melibatkan pembaikan keseluruhan terhadap sesuatu organisasi dari segi objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dan lain-lain. Pendekatan ini didapati perlu untuk menghapuskan kelambatan kerja (bottleneck), pembaziran masa, peranan yang bertindih (overlapping), penyelarasan yang kurang memuaskan, kekurangan perancangan dan sebagainya. Latihan di peringkat pengurusan dan kakitangan rendah di bidang-bidang tertentu juga diadakan di dalam pelaksanaan strategi ini. (b)  Penggunaan teknologi yang sesuai  Dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber-sumber teknologi dari luar negeri. Teknologi yang dimaksudkan ini bukanlah terhad kepada jentera dan kemahiran sahaja tetapi juga pengurusan organisasi yang termoden. (c)  Penerapan nilai baru    Strategi ini melibatkan penyemaian di kalangan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus, pekerja-pekerja dan rakyat terhadap nilai-nilai dan etika kerja yang menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi dan sikap berdikari. Antara lain strategi ini mengutarakan slogan Kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. (d)  Dasar-dasar baru  Pada masa ini Kerajaan telah menggubalkan dasar baru yang boleh membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran. Di antara dasar-dasar yang penting ialah:- (i)  Dasar Memandang ke Timur  Usaha untuk mengubah sikap pekerja dan majikan ke arah pencapaian yang baik serta kepentingan golongan yang mana akan meningkatkan daya pengeluaran di dalam masyarakat Malaysia. (ii)  Dasar Perindustrian Berat Menggalakkan serta menggunakan kemajuan teknologi yang sesuai dan mengandungi cara-cara yang baik dan moden yang cekap dan berkesan. (iii)  Dasar Pengswastaan  Mengswastakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak awam bagi menggalakkan persaingan dan menambahkan daya pengeluaran agensi berkenaan. (iv)  Dasar Persyarikatan Malaysia  Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di antara sektor awam dan sektor swasta.  (v)  Dasar Sogoshosha untuk mendapatkan 'synergy' dalam aktiviti perdagangan luar. (vi)  Dasar Pertanian Negara  Untuk menggubal strategi dan halacara baru dalam mencapai pembangunan pertanian dan luar bandar.    Penutup Untuk mencapai matlamat peningkatan daya pengeluaran, ianya bukanlah melibatkan proses yang senang dan mengambil masa yang pendik. Pencapaiannya memerlukan daya usaha yang gigih dan menyeluruh bukan sahaja dari segi menggubalkan dasar tertentu tetapi juga mendapatkan kerjasama keseluruhan masyarakat di dalam negeri. Oleh itu peningkatan daya pengeluaran hendaklah dianggap sebagai satu pendekatan atau falsafah dalam pengurusan dan nilai kerja yang sewajarnya berlaku secara berterusan.


Download ppt "HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google