Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TATABAHASA AYAT MAJMUK.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TATABAHASA AYAT MAJMUK."— Transcript presentasi:

1 TATABAHASA AYAT MAJMUK

2 APA DIA AYAT MAJMUK? Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baru. Tegasnya, ayat majmuk terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang digabungkan oleh kata hubung

3 Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk campuran Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan relatif Ayat majmuk pancangan keterangan Ayat majmuk pancangan komplemen Ayat majmuk pancangan

4 AYAT MAJMUK GABUNGan CONTOH: Ali dan Fatimah sedang membaca buku. Ali sedang membaca buku. Fatimah sedang membaca buku Bapa sangat marah lalu merotan saya. Bapa sangat marah. Bapa merotan saya. Terbentuk dengan menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat-ayat yang digabungkan ini adalah sama taraf, dan sama sifatnya. Unsur penggabungan ialah kata hubung seperti: dan, atau, tetapi, maka, lalu, sambil, sebaliknya, lalu, dsb.

5 AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
DENGAN MENYISIPKAN PERKATAAN YANG. Aminah membeli baju yang berwarna hijau. Aminah membeli baju. Baju berwarna hijau.

6 AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Terbentuk daripada satu klausa utama dan satu atau lebih klausa kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Kata hubung yang digunakan seperti: sebab, kerana, apabila, jika, jikalau, sejak, semenjak, sewakt, sungguhpun, walaupun, ketika, setelah dan semoga Dia pergi ke Seria kerana menziarahi neneknya. Dia pergi ke Seria. Dia menziarahi neneknya.

7 AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
MENGGUNAKAN BAHAWA ATAU UNTUK. Siti sedar bahawa dia harus tabah dalam mengharungi hidup ini. Siti sedar. Dia harus tabah dalam mengharungi hidup ini.

8 Ayat majmuk campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Biasanya ayat majmuk jenis ini panjang. CONTOH: Mohammad sedang melukis pemandangan tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Mohammad sedang melukis pemandangan. Kawan-kawannya telah lama tidur. Kawan-kawannya sudah letih lesu. ( ayat majmuk gabungan (tetapi) dan ayat majmuk pancangan relatif (yang

9 CANTUMKAN AYAT-AYAT TUNGGAL UNTUK MENJADIKANNYA AYAT MAJMUK
Ibunya terus menjahit baju sampai jauh malam. Dia berasa sakit dada. 2) Suami isteri itu sudah lama berkahwin Mereka belum juga dikurniakan seorang anak pun. 3) Saya sering bekerja lebih waktu. Anak-anak saya dapat meneruskan persekolahannya. 4) Pembangunan di daerah itu pasti berjaya. Seluruh anggota masyarakatnya turut mengambil bahagian. 5) Sudah sebulan kami melayari laut. Kami sangat merindukan keluarga di daratan.

10 Pecahkan ayat majmuk berikut menjadi ayat tunggal.
1) Puan Kartini memanggil lalu memujuk anaknya agar anaknya tidak menangis lagi. 2) Penjahat yang telah ditangkap itu akan dibicarakan pada hari esok. 3) Barang-barang yang dibeli ibu untuk majlis jamuan di rumah kami itu berat. 4) Kami melawat ke sebuah kilang bateri sebab mempelajari pembuatan dan pengeluaran bateri. 5) Walaupun telah disoal bertalu-talu dan digertak berkali-kali, Kamsani tetap mendiamkan diri.

11 Motivasi diri Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Daleh. Jangan Berdaleh Tapi Kata Boleh. Masa Tidak Menunggu Kita, Kitalah Yang Mengejar Masa.


Download ppt "TATABAHASA AYAT MAJMUK."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google