Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA"— Transcript presentasi:

1 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

2 Soalan 4(d): Mengenal pasti kesalahan kata/istilah dan
Soalan 4(d): Mengenal pasti kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa Mengesan kesalahan dalam ayat • Mendedahkan pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar. • Pelajar mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan kata atau istilah atau struktur ayat yang berkenaan. Jika tidak, umumnya kesalahan yang sama akan berulang. • Pelajar mesti mempunyai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.

3 Rata-rata pelajar menampilkan jawapan yang agak mengecewakan
Rata-rata pelajar menampilkan jawapan yang agak mengecewakan. Hal ini demikian kerana anda tidak dapat mengenal pasti kesalahan sistem bahasa/tatabahasa dengan tepat gara-gara penguasaan bahasa yang lemah. Anda digalakkan memperbanyak latihan aspek ini. Sediakanlah payung sebelum hujan!

4 Sampel Soalan Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula.

5 Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat surat daripada pihak polis.
Jawapan:- surat sepatutnya permit -kerana sepatutnya sebab Ulasan: Perkataan oleh ialah kata sendi nama dan perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama. Perkataan kerana ialah kata hubung dan tidak boleh menjadi objek kepada kata sendi nama oleh. Frasa yang betul ialah oleh sebab. Perkataan surat pula tidak tepat dalam konteks ini, yang tepat ialah permit, iaitu dokumen rasmi daripada pihak berkuasa yang memberikan hal untuk melakukan sesuatu.

6 (ii) Semua peserta-peserta yang menjadi johan Kuiz Alam Sekitar telah dirayakan oleh Persatuan Alam Sekitar. Jawapan: -Semua peserta-peserta sepatutnya Semua peserta /Peserta-peserta -dirayakan sepatutnya diraikan Ulasan: Kata ganda peserta-peserta telah pun menunjukkan maksud jamak dan tidak perlu diikuti oleh kata bilangan semua. Frasa ini sepatutnya ditulis semua peserta atau peserta-peserta. Perkataan dirayakan yang bermaksud memuliakan hari besar atau peristiwa penting tidak sesuai mengikut konteks ayat ini. Perkataan yang lebih tepat ialah diraikan, iaitu bermaksud menjamu untuk menghormati.

7 (iii) Perbalahan di antara kedua-dua orang kuat pertubuhan itu telah disuraikan dalam satu rundingan yang telah diadakan. Jawapan: -di antara sepatutnya antara -disuraikan sepatutnya diselesaikan Ulasan: Kata tugas antara dapat berfungsi sebagai kata arah atau kata sendi nama bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Dalam konteks ayat yang diberikan, antara berfungsi sebagai kata sendi nama yang diikuti oleh kata bilangan kedua-dua sebagai objek. Perkataan disuraikan yang bermaksud dibubarkan pula tidak sesuai mengikut konteks ayat ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah diselesaikan yang bermaksud diatasi.

8 RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN 


Download ppt "PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google