Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 1: ETIKA KOMUNIKASI DAN TEORI ETIKA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 1: ETIKA KOMUNIKASI DAN TEORI ETIKA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 1: ETIKA KOMUNIKASI DAN TEORI ETIKA

2 TEORI NILAI (AKSIOLOGI)

3 TEORI NILAI (AKSIOLOGI): -
untuk menganalisis, meneliti dan menghurai ilmu pengetahuan dari segi kegunaan dan manfaatnya.

4 Konsep utama teori nilai: Nilai Etika Moral Akhlak

5 DEFINISI ETIKA Diambil daripada perkataan Latin: Ethos, Etika merujuk kepada pengajian tentang perangai dan tingkah laku. Etika juga merujuk kepada sistem ataupun peraturan/undang-undang yang dikaitkan dengan sesuatu kerjaya.

6 DEFINISI KOMUNIKASI merujuk pada proses penyampaian pesanan (message) atau pernyataan (statement) oleh seseorang kepada orang lain.

7 JADI, APAKAH ETIKA KOMUNIKASI?

8 Etika komunikasi : merujuk pada proses penyampaian pesanan (message) atau pernyataan (statement) oleh seseorang kepada orang lain mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

9 BILAKAH DASAR ETIKA DIBENTUK?

10 PERTAMA: Barat menyatakan bahawa etika diasaskan oleh ahli falsafah Greek- Zeno. Kemudian konsep etika ini dikembangkan ke Rome oleh Stoics. Namun konsep ini semakin dipinggirkan apabila rakyat Rome mula meminggirkan amalan etika dalam masyarakatnya (Dark Ages). Baronius berpendapat, zaman kegelapan merujuk kepada zaman apabila Kristian semakin kehilangan penulis-penulis yang menyampaikan dakyah gereja.

11 KEDUA: Etika bermula apabila terciptanya Magna Carta (perjanjian yang membicarakan hak-hak) di Eropah di antara raja dan para pembesar. KETIGA: Menurut Vernon J. Bourke, etika dibentuk oleh sistem asas adab dan susila seseorang manusia.

12 DIMENSI ETIKA a.Pentaakulan moral –melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara bebas. b. Perlakuan moral - dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan. c. Perasaan moral - emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan.

13 DILEMA ETIKA DALAM KOMUNIKASI
Secrecy (Kerahsiaan) Whistleblowing (pendedahan maklumat) Leaks (kebocoran maklumat) Apology (permohonan maaf) Rumors & Gossip (khabar angin dan gossip) Lying (penipuan) Ambiguity (kesamaran/kabur)

14 TEORI ETIKA

15 PENGENALAN Setiap individu mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain dan terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan terhadap orang lain.

16 Konsep betul-salah ini dilihat melalui lima teori utama yang berkait rapat dengan etika:-
Undang-undang abadi Teori etika klasik teleogi: utilitarian Teori etika klasik deontologi: universalisme Teori pembahagian adil Teori kebebasan peribadi

17 1. UNDANG-UNDANG ABADI/ DIVINE COMMAND THEORY
Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson berpendapat terdapat suatu undang-undang yang dipanggil Undang-undang Abadi atau Undang-undang Semula Jadi yang terbentuk dari kehendak Tuhan. Tindakan betul-salah itu boleh dikenal pasti dan diterokai oleh sesiapa yang meluangkan masa mengkaji kitab suci.

18 2. TEORI ETIKA KLASIK TELEOGI: UTILITARIAN
Jeremy Bentham dan J. S. Mill percaya bahawa nilai moral kelakuan peribadi seseorang boleh ditentukan daripada kesan akibat kelakuan yang dilakukan. Oleh itu, sesuatu tindakan itu adalah betul jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai. Sebaliknya, ia adalah salah andai kata ia membawa kepada kerosakan atau kemudaratan sebagai akibat.

19 3. TEORI ETIKA KLASIK DEONTOLOGI: UNIVERSALISME
Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana ia tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan diambil. Tindakan betul-salah itu bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau mengambil tindakan tersebut.

20 4. TEORI PEMBAHAGIAN ADIL
Teori ini terbahagi kepada dua konsep:- Pertama: Teori Keadilan Teragih oleh John Rawls. Tindakan betul-salah itu bergantung kepada sistem keadilan. Keadilan dianggap penting dan menjadi ukuran untuk institusi sosial dan masyarakat. Kedua: Tindakan betul-salah itu bergantung kepada konsep justifikasi dalam peraturan untuk memastikan setiap perbezaan antara masyarakat mempunyai justifikasi supaya memberi faedah yang seimbang kepada masyarakat lain.

21 5. TEORI KEBEBASAN PERIBADI/ETHICAL EGOISM
- Setiap orang perlu memberi tumpuan khusus kepada kepentingan diri sendiri. Setiap yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.

22 GAYA MEMBUAT KEPUTUSAN INDIVIDU BERASASKAN ETIKA

23 Krolick (1987), menyatakan bahawa gaya membuat keputusan berasaskan etika dipengaruhi oleh empat gaya:- Individualistik Altruistik Pragmatik Idealistik

24 1. Individualistik Keputusan dibuat berdasarkan sebab-sebab berkait dengan kelangsungan diri. Individu berpendapat jika dirinya dapat diselamatkan, barulah ia mampu membantu orang lain

25 2. Altruistik Mementingkan kebaikan orang lain. Altruist tidak ambil peduli tentang dirinya. Selagi orang memerlukan bantuannya, ia sanggup menghulurkan khidmatnya

26 3. Pragmatik Mengutamakan keadaan yang dihadapi, tanpa menghiraukan diri sendiri atau orang lain. Sesuatu yang perlu dilakukan tanpa berlengah lagi. Prinsip dan nilai diketepikan bagi mengejar sesuatu tujuan.

27 4. Idealistik Bermaksud sesuatu keputusan dibuat berdasarkan prinsip-prinsip serta garis panduan yang telah ditentukan. Keputusan mesti konsisten dan tidak berubah.


Download ppt "UNIT 1: ETIKA KOMUNIKASI DAN TEORI ETIKA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google