Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 4 PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > peringkat pemerolehan bahasa, iaitu: * pralinguistik pertama * pralinguistik kedua * linguistik pertama * linguistik kedua * peringkat seterusnya * pemerolehan bahasa selesai > faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa
3
PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA
Kita perlu memahami rantai perkembangan berbahasa pada kanak-kanak, melewati proses belajar daripada interaksinya dengan lingkungan Sejak dilahirkan, si anak belajar daripada orang yang rapat dengannya dan alam sekelilingnya Proses ini ditentukan oleh tingkat pemikirannya seiring dengan pertambahan usianya
4
PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA
Psikolinguis menyejajarkan peringkat pemerolehan bahasa seperti yang berikut: > peringkat pralinguistik pertama > peringkat pralinguistik kedua > peringkat linguistik pertama > peringkat linguistik kedua > peringkat seterusnya > peringkat pemerolehan bahasa selesai
5
PERINGKAT PRALINGUISTIK PERTAMA
Pada bulan pertama kelahirannya, bayi mengalami orientasi dalaman. Kegiatan vokalisasinya berbentuk tangisan. Bunyi vokal itu belum berfokus kepada objek tertentu Pada bulan kedua, bahasa bayi masih bersifat instingtif. Ia hanya dapat mengungkapkan perasaan, dengan menghasilkan respons terhadap rangsangan luar sebagai saluran melahirkan emosi Ia menangis untuk menyatakan ketidakselesaan dalaman yang dialaminya, seperti sakit, lapar, dahaga atau lingkungannya yang tidak menyenangkan (terlalu panas atau dingin)
6
PERINGKAT PRALINGUISTIK PERTAMA
Ia juga sering membunyikan vokal hadapan dan tengah, iaitu i, u, Ə yang digabungkan dengan konsonan m, n, t dan d. Ia mula ketawa dan mengenal objek, terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya Aktiviti vokalnya sudah menunjukkan pola intonasi Kanak-kanak mestilah terlebih dahulu mengetahui apa orang lain kata, sebelum ia dapat menentukan maka kata itu. Ia perlu memahami makna sebelum ia mempelajari makna
7
PERINGKAT PRALINGUISTIK PERTAMA
Dalam hal ini, ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian, iaitu: > Kebolehan memahami dan mengumpulkan apa-apa yang diucapkan oleh orang lain. Pembelajaran tidak berlaku, jika bolehan ini tiada > Bahasa yang dipelajari bermula dengan makan bukan bunyi-kata-ayat Apabila kanak-kanak memahami apa-apa orang lain kata, maka barulah kanak-kanak itu dapat menterjemah dan mentafsirkan makna perkataan Apabila beberapa perkataan difahami, barulah kanak-kanak itu mempelajari sistem fonologi bahasa itu. Kanak-kanak mula memahami kata tangan sebelum ia menyebut tangan. Kemudian barulah dia dapat membedakan antara tangan dengan lengan
8
PERINGKAT PRALINGUISTIK PERTAMA
Kanak-kanak juga mula mengajuk bunyi yang didengar. Inilah permulaan berlakunya pemerolehan sintaksis, termasuk pengetahuan makna ayat, dan kedua-duanya berkembang serentak. Ini menunjukkan, pemahaman mendahului proses penghasilan cakapan Pada peringkat agahan, iaitu akhir tahun pertama, kanak-kanak sering bersuara, yakni menghasilkan bunyi yang menyerupai bahasa ibunya. Secara perlahan, kanak-kanak akan memilih bunyi bahasa ibunya yang betul Bahasa kanak-kanak ini akan berkembang dengan lancar jika ada hadiah daripada orang dewasa. Hadiah boleh berupa senyuman, sebutan atau apa-apa sahaja yang merupakan respons terhadap rangsangan
9
PERINGKAT PRALINGUISTIK KEDUA
Peringkat ini dikenali juga dengan nama peringkat senyap, iaitu kanak-kanak didapati kurang berbunyi, dalam jangka masa sebulan atau lebih sedikit Ini demikian kerana kanak-kanak memberikan tumpuan terhadap perkataan yang didengar. Apabila kata itu diperoleh, maka ia dapat membedakan bunyi bahasa, sama ada penting atau tidalk Di sinilah bermulanya fasa pengamatan (memahami bunyi) dan penghasilan cakapan. Perkembangannya berbeda-beda, bergantung pada pengalaman kanak-kanak dan alam sekelilingnya
10
PERINGKAT PRALINGUISTIK KEDUA
Kanak-kanak juga mula memberikan perhatian dengan senyuman dan reaksi terhadap suara manusia. Ia juga mula menghasilkan bunyi vokal a, e, i, o, u, dalam aktiviti babbling yang merangkai unsur tekanan dan intonasi pertuturan Kata yang diujarkan itu lebih banyak mengandung pengulangan suku kata, seperti ma, ta, da, pa… yang merujuk objek keluarganya. Ia amat menyukai ujaran yang diulang, yang kadang-kadang tanpa tujuan, hanya untuk kesenangan dirinya sendiri Keadaan ini sesuai dengan tingkah lakunya yang senang mengulang tindakan, seperti melemparkan objek yang ada di sekelilingnya. Ia sudah mula memahami verbal dan membalasnya dengan reaksi laku. Ia juga sudah mula mengenal suara sayang atau marah
11
PERINGKAT PRALINGUISTIK KEDUA
Kanak-kanak kerapkali melalukan kesalahan sebutan, dan pembetulannya dibuat secara sistematik, yang melibatkan satu set bunyi bahasa. Apabila corak sebutan kanak-kanak bertukar, maka kanak-kanak tidak dapat memahami kata yang sudah diabaikannya Contohnya, kanak-kanak akhirnya dapat menyebut nenek dengan betul, iaitu kata baharu baginya. Jadi, kata nek merupakan kata yang telah diabaikan oleh kanak-kanak. Jika ditanya kembali tentang kata nek, ia tidak dapat lagi mengingati kata itu Perkataan lain yang diabaikan, termasuklah cu untuk susu atau maksu, cing untuk kucing, kan untuk makan, dan sebagainya
12
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Kanak-kanak sudah bersedia untuk memiliki ujaran kritikal. Ia sudah mempunyai pengetahuan tentang alam sekelilingnya, dan mengenali bahaya terhadap dirinya Pengetahuan ini berbentuk dalaman. Ia juga mula mengenal kata pertama untuk menyatakan karsa, melahirkan perasaan dan sebagainya. Kata pertama inilah yang paling berfungsi dalam komunikasi mereka Apabila kanak-kanak sudah mengujarkan kata pertama pada usia 10 hingga 18 bulan, ia sebenarnya sudah melalui pembelajaran konsep. Ia belajar dengan orang lain, dan menginterpretasikan alam sekeliling
13
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Ujaran sepatah katanya dapat menyampaikan pelbagai keterangan dan maksud. Misalnya, kata susu dan ibu Kata susu mungkin bermaksud: > saya hendak susu, itu susu, letakkan susu di atas meja, emak minum susu… Kata ibu bermaksud: > ibu, saya lapar, saya sayang ibu, ibu baik, ibu cantik,… Kanak-kanak menggunakan sepatah kata kerana kemampuan linguistiknya masih terbatas. Ia belum boleh menyatakan fikiran dan perasaannya dengan tepat
14
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Pada peringkat inilah perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku dengan cepat. Dalam masa 18 bulan, kanak-kanak sudah menguasai 50 patah perkataan, dan dalam usia 24 bulan, menguasai 186 – 400 perkataan Produksi verbal kanak-kanak juga berlaku dengan cepat. Ujarannya bersifat satu suku kata dan dua suku kata yang deskriptif dan bermakna. Gabungan ini terjadi dalam bentuk yang berbeda Kata yang dikuasai kanak-kanak itu ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kosa kata kanak-kanak bertambah dengan mengenali lebih banyak objek. Kanak-kanak juga dapat memahami soalan dengan mudah
15
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Kanak-kanak lebih banyak bercakap tentang objek, dan kejadian nyata dan konkrit. Secara beransur-ansur, ia memperoleh kata mujarad seperti sayang, kasih, rindu, cantik… Semua perkembangan ini bergantung pada pengaruh persekitaran. Kadang-kadang, kanak-kanak beroleh perkataan susah dahulu. Kanak-kanak di desa lebih muda mengenali rumah daripada banglo, sedangkan kanak-kanak di bandar mengenali banglo dahulu daripada rumah Di bandar, kata yang berunsur elektrik lebih mudah dikenali daripada kanak-kanak desa kerana unsur itu banyak di bandar. Kata tentang sawah, sungai, ikan, kali… lebih mudah dikenali kanak-kanak desa
16
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Kanak-kanak juga beroleh kata yang berupa nama satwa, barang mainan dan makanan di sekelilingnya, benda bergerak dan benda yang boleh dijadikan barang mainan Ia mempelajari sesuatu dengan cara berinteraksi dengan benda itu. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa berlaku secara aktif bukan pasif Pada masa Kanak-kanak memperoleh bahasa, orang dewasa memanjangkan ujaran kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak menyebut susu. Orang dewasa memanjangkannya dalam bentuk pertanyaan, adik nak susu ke?, susu yang mana?... Semua ini menjadi model kepada kanak-kanak
17
PERINGKAT LINGUISTIK PERTAMA
Kadang-kadang pemanjangan tersebut disalahtafsirkan. Misalnya kanak-kanak menyebut susu. Yang dimaksudkannya ialah > saya hendak susu Ibunya menjawab: > ya, ibu minum susu atau itu susu… Keadaan ini akan merangsang kanak-kanak untuk menjelaskan maksudnya yang sebenar. Ia mungkin protes dengan menangis atau menyebut kata tertentu berulang kali sehingga maksudnya yang sebenar difahami ibunya
18
PERINGKAT LINGUISTIK KEDUA
Pada awalnya, kanak-kanak menggunakan dua patah kata, iaitu gabungan pivot open dengan baik, dan 2/3 ujarannya dapat difahami umum Ujarannya sudah mencapai peringkat yang lebih bermakna. Ia mula menerima arahan verbal, memahami cerita dan penerangan mudah dan bersedia menjawab soalan mudah Kanak-kanak sudah dapat mengenal fungsi sesuatu objek. Apabila ujarannya mula meningkat tiga kata, kanak-kanak sudah mampu untuk menyelitkan kata sendi dan kata ganti Biasanya, usia kanak-kanak peringkat ini ialah satu setengah tahun. Bahasa ujarannya juga sudah hampir sama dengan Bahasa telegram orang dewasa
19
PERINGKAT LINGUISTIK KEDUA
Bahasanya ringkas, penggunaan kata inti dan tiada penggunaan kata tugas. Misalnya, kanak-kanak menyebut ibu, main untuk maksud ibu, saya hendak main. Nilai kata dalam bahasa itu ialah kebolehan kognitif, sedangkan bahasa orang dewasa berdasarkan nilai wang. Ini demikian kerana sekatan sumber linguistik kanak-kanak Ujaran dua patah kata dikelaskan kepada dua konteks nahu. Misalnya, ayat ibu, baju. Dalam konteks pertama, kanak-kanak menyuruh ibunya mengambil baju (ujaran kepunyaan). Dalam konteks kedua, ibu memakaikannya baju (hubungan agen dengan objek). Ibu pelaku dan baju objek
20
PERINGKAT LINGUISTIK KEDUA
Semua interpretasi itu bergantung pada konteks. Contohnya hubungan sintaksis dan semantik dalam kahasa kanak-kanak yang berusia 10 – 27 bulan. Ujaran kanak-kanak, no dady menggambarkan tiga bentuk penafian, iaitu: > konsep tak wujud > konsep penolakan: Saya tidak mahu bermain dengan dady > konsep penafian: Itu bukan dady tetapi orang lain
21
PERINGKAT SETERUSNYA Ujaran kanak-kanak menjadi lebih panjang, iaitu, dua, tiga, empat dan lima patah perkataan. Seterusnya, ke peringkat nahu yang hampir sama dengan orang dewasa Kanak-kanak sudah dapat menghasilkan ayat yang kompleks. Akhirnya, tiba ke peringkat penuh, iaitu ujaran kanak-kanak sudah menyamai orang dewasa Kanak-kanak menyukai kata baharu, dan kata yang istimewa baginya. Mereka sudah menguasai lebih seribu perkataan. Pembentukan kalimatnya baik dengan rumus gramatis yang lebih kompleks, walapun belum menguasai rumus sepenuhnya
22
PERINGKAT SETERUSNYA Kesalahan bahasa jarang terjadi, dan 90% kalimat dapat difahami dengan jelas. Kanak-kanak sudah memahami dan dapat menceritakan sesuatu yang tidak ada dalam konteks semasa. Penyebutannya tajam dan jelas Pelaku dan pelakuannya juga bertambah baik dan maju, sesuai dengan perkembangan bahasanya Pada peringkat awal, kanak-kanak menggunakan perkataan buku untuk sebuah buku atau lebih. Kemudian ia mula membedakan kata buku dengan buku-buku. Demikian juga dengan kata lain, seperti kertas, kertas-kertas, banyak kertas, semua kertas, berbagai-bagai kertas…
23
PERINGKAT SETERUSNYA Perkembangan nahunya memberikan dampak terhadap perkembangan semantik. Pengayaan kosa katanya dan makna kata itu akan berlaku sedikit demi sedikit Sejak usia 17 bulan, kanak-kanak beroleh purata 50 patah perkataan, dan jumlah itu akan terus meningkat kepada beberapa ribu apabila kanak-kanak itu remaja, dan terdedah dengan pelbagai pengalaman dengan alam sekeliling Bagi kanak-kanak, kata A bermakna B, sedangkan bagi orang dewasa, kata A itu mungkin bermakna B, C, D…
24
PERINGKAT SETERUSNYA Pada mulanya, kanak-kanak mengumpulkan objek ke dalam golongan yang besar. Kemudian, ia membahagikan objek itu ke dalam golongan yang lebih kecil. Misalnya, golongan besar peringkat tinggi, seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia, pengangkutan… Jika golongan besar itu, dibahagikan kepada golongan yang kecil, maka wujudlah keadaan seperti berikut: > haiwan: serangga, ikan, amfibia, reptilia, burung, mamalia > serangga: mentadak, kumbang, pepatung, rama-rama, laki air, pencakar air, riang-riang…
25
PERINGKAT SETERUSNYA > ikan: lampang, kakap, duri, gelama, batu, pelangi, jerung, pari, keli, parang, kembung, siakap… > amfibia: katak, salamander api, bengkarung… < reptilia: buaya, ular, penyu, kura-kura… > burung: hantu, camar, layang-layang, itik laut, tiong, nuri, tempua, belatuk, tekukur, helang, pipit… > tumbuh-tumbuhan: kulat,lumut, paku-pakis, langsat, duku, durian, manggis, jambu… > manusia: lelaki, perempuan, ayah, ibu, abang, kakak, along, angah, alang, adik… > pengangkutan: kereta api, kapal, bas, lori, kereta, motosikal…
26
PERINGKAT SETERUSNYA Pembagaian di atas berdasarkan latar belakang kanak-kanak, termasuk pendedahannya terhadap ilmu pengetahuan. Dalam proses pembahagian itu, mungkin berlaku penyeluruhan yang berlebihan (overgeneralization). Misalnya, semua perempuan dikatakan ibu/emak, dan semua lelaki dikatakan ayah/abah, remaja perempuan dipanggil kakak, dan remaja lelaki dipanggil abang… Dalam perkembangan semantik, pembahagian dapat dibuat secara beransur-ansur. Contohnya, bunga diketahui sebagai satu objek. Kemudian diketahui yang bunga itu hidup, pelbagai jenis bentuk dan warna, dan hasil daripada pokok. Ini dinamakan urutan penambahan fitur semantik
27
PERINGKAT SETERUSNYA Kanak-kanak yang terdedah dengan proses komunikasi yang luas dan pelbagai,mempunyai perkembangan semantik yang lebih baik, jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan semantik tidak semestinya bermula daripada yang umum kepada yang khusus, kerana banyak juga kosa kata kanak-kanak peringkat awal ialah kata khusus Ada masanya perkembangan semantik daripada yang umum kepada yang khusus atau daripada yang khusus kepada yang umum. Semua ini bergantung kepada jenis pendedahan bahasa kanak-kanak pada peringkat linguistik pertama dan linguistik kedua
28
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Kanak-kanak sudah memiliki segala yang perlu tentang bahasa ibundanya (penguasaan asas bahasa) apabila usianya meningkat 4 – 6 tahun. Perkembangan bahasa selepas itu hanya melibatkan kosa kata (bahasa ibunda dan bahasa asing), dan pemanjangan bahasa dari segi kepelbagaian kalimat Perkembangan komunikasi juga bertambah baik. Secara spontan, kanak-kanak mengujarkan kata yang bertenaga dan cekat. Kalimatnya mengandung frasa dan klausa yang lebih rumit. Ujarannya juga menunjukkan daya emosi yang tinggi, terutama jika ia sukar mencari kata yang sesuai dalam sesuatu konteks
29
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Kadang-kadang ia mengeluarkan pelbagai bunyi bahasa untuk menerangkan sesuatu hal dengan lebih berkesan. Kanak-kanak juga lebih banyak melibatkan egonya (keyakinan diri) semasa berkomunikasi dengan orang lain Ia lebih banyak bercakap tentang dirinya dan tingkah lakunya, terutama yang dianggap istimewa, iaitu hal yang dianggap luar biasa yang pernah dilaluinya Ia lebih banyak menyoal tentang fungsi objek daripada nama objek. Penerangannya juga dibuat secara rinci
30
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Kanak-kanak sudah dapat membedakan bentuk tanya, seperti apa, siapa, bagaimana, dari mana dan ke mana. Soalan ini mempunyai makna dan nilai pengetahuan, Setiap soalan yang diajukan itu, menunjukkan bahawa ia ingin mengetahui jawaban lebih lanjut. Kemampuan bahasanya merangkumi penghasilan kalimat gramatis, penggunaan pelbagai kelas kata, dan penerangan struktur dalaman yang membawahi ujaran secara berkesan Kanak-kanak telah mampu memberikan informasi yang mujarad, dan sudah menguasai nahu bahasa ibundanya, dan bersedia untuk mempelajari bahasa kedua
31
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Sesetengah pola ayat, belum dipelajari oleh kanak-kanak, walaupun sudah berusia 5 tahun. Terdapat kanak-kanak yang belum boleh menggunakan pola ayat pasif. Ini menunjukkan bahawa perkembangan semantik dan fonologi berterusan ke zaman remaja, dan pembelajaran bahasa dipengaruhi oleh latar belakang bahasa kanak-kanak dan proses kematangan Pembelajaran dan pengalaman merupakan faktor yang menentukan kelancaran pemerolehan bahasa kanak-kanak. Sebelum memperoleh bahasa, kanak-kanak mendengar apa orang lain kata, kemudian, ia memetakan bunyi bahasa yang didengarnya kepada objek/makna sebelum ia menghasilkan bahasa
32
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Kanak-kanak mempertalikan bunyi dengan makna. Proses ini berlaku samalah seperti orang dewasa mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing Kanak-kanak mempelajari nahu bahasanya secara implisit, tanpa disedari. Ia membuat kesimpulan sendiri dengan berlandaskan bahasa orang dewasa. Strategi yang dibuat oleh kanak-kanak ialah peniruan nahu bahasa orang dewasa Proses lanjutan juga akan memperkembang penguasaan bahasa kanak-kanak. Ujaran lanjutan daripada orang dewasa akan menjadi model kepada kanak-kanak. Orang dewasa yang berlagak seperti kita hendak kanak-kanak berlagak juga dapat membantu perkembangan bahasa yang sihat
33
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Pada tahap ini, kanak-kanak sudah dapat berfikir secara tekal, tidak lagi terpaku pada pengertian dirinya sendiri. Ia sudah dapat mengerti dan menghargai pandangan orang lain, sehingga lebih mudah orang lain memberikan pengertian kepadanya Namun, kanak-kanak masih sulit menanggap kata bermakna figuratif (bersifat kiasan atau lambang) dan mujarad. Ia hanya mengerti kata yang bermakna konkrit dan kalimat yang bermakna harfiah Contoh kata bermakna figuratif dan mujarad ialah kebijaksanaan, kebahagiaan, kesejahteraan, kemerdekaan, tebal muka, panjang tangan, kaki bangku…
34
PEMEROLEHAN BAHASA SELESAI
Mulai usia 12 tahun, kanak-kanak sudah dapat memahami kata yang bermakna figuratif atau mujarad. Ia sudah tidak berfikir hanya pada satu matra (dimensi) pengertian, melainkan sudah dapat membedakan konsep yang difahami dirinya dengan konsep yang difahami orang lain Oleh sebab tingkat kematangan berfikirnya semakin baik, maka orang dewasa tidak sulit lagi memberikan pengertian kepadanya Namun demikian, pencapaian tingkat perkembangan bahasa kanak-kanak dapat terjadi pada usia berbeda-beda. Yang penting difahami ialah rantai perkembangan bahasa itu berkesinambungan. Seorang kanak-kanak tidak mungkin melompat perkembangan bahasanya daripada tahap pertama ke tahap ketiga Pengetahuan ini membolehkan orang dewasa mengenal pasti tahap perkembangan bahasa kanak-kanak, sehingga dapat memilih kata yang tepat ketika berkomunikasi dengan mereka
35
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
Pendapatan: Golongan berpendapatan lumayan lebih berupaya memberikan pendidikan kebahasaan dan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak. Ini akan membantu pembinaan kemahiran bahasa dan pengayaan bahasa Jenis pekerjaan ibu bapa juga memberikan kesan. Contohnya, golongan guru tentulah lebih berpeluang untuk membina kemahiran bahasa yang berpada dalam kalangan kanak-kanak, manakala golongan marhaen yang lain kurang berpeluang untuk berbuat demikian
36
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
Latar belakang keluarga: Latar belakang keluarga, iaitu keharmonian hidup, seperti hubungan suami isteri, ibu bapa dengan anak-anak, adik dengan kakak/abang, dan sebagainya juga akan mempengaruhi pemerolehan bahasa Ibu bapa yang menggunakan bahasa yang betul akan juga menghasilkan anak-anak yang betul bahasanya. Demikian juga sebaliknya, ibu bapa yang menggunakan bahasa yang kasar dan tidak betul nahunya akan dikuti pula oleh anak-anaknya
37
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
Rakan sebaya: Rakan sebaya juga akan memberikan kesan terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak. Jenis bahasa yang digunakan oleh rakannya selalu menjadi ikutan. Ini juga ada kaitannya dengan golongan mana kanak-kanak itu datang Jikalau ia datang daripada golongan pertengahan dan atasan, maka bahasa yang digunakan itu lebih kompleks dan mujarad Kanak-kanak yang datang daripada golongan marhaen, bahasanya lebih mudah dan tidak kompleks strukturnya
38
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
Media massa: Media massa menjadi saluran penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak, terutama telivisen yang amat berkesan pada jiwa kanak-kanak Sebab itulah kita mendapati bahawa kanak-kanak lebih mengenali maggie daripada buku. Malah mereka dapat mengingat ungkapan iklan dengan cepat dan sukar dilupakan Contohnya iklan berikut, Maggie mee cepat dimasak, sedap dimakan; Encik dah labur, saya labur lama dah; Kalau nak teh yang betul-betul sedap, minumlah teh boh, ikut cakap saya ha, ha, ha…
39
KESIMPULAN Peringkat pralinguistik pertama bermula dengan tangisan, bersifat instintif, diikuti pembunyian vokal yang menunjukkan pola intonasi terhad Peringkat pralinguistik kedua bermula dengan senyap untuk fasa pengamatan, diikuti pembunyian vokal dan suku kata Peringkart linguistik pertama, kanak-kanak memiliki ujaran sepatah kata dan mengetahui kata nama, kata kerja dan kata adjektif, walaupun ia belum boleh menyebutnya
40
KESIMPULAN Peringkat linguistik kedua, kanak-kanak sudah memiliki ujaran dua patah kata, dan mengenal fungsi objek Peringkat seterusnya, kanak-kanak memiliki ujaran sehingga lima patah kata, menghasilkan kalimat, dan mengenali konsep Pemerolehan bahasa selesai, apabila kanak-kanak sudah dapat berfikir secara tekal dan memahami kata bersifat figuratif dan mujarad Antara faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa ialah pendapatan, latar belakang keluarga, rakan sebaya dan media massa
41
MADAH PUJANGGA SEKERAS-KERAS HATI BISA DILULUHKAN DENGAN MANISNYA SENYUMAN Wahai anakanda ingatlah amanat cari olehmu ilmu bermanfaat jangan dikira jauh dan dekat supaya kelak hidupmu selamat
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.