Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
15 JUN 2018 | 1 SYAWAL 1439H
2
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
3
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Ertinya: Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. |
4
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Pagi ini, kita merafa’ sembah syukur ke hadhrat Allah S.W.T. kerana kita berjaya lulus ujian fizikal, mental dan rohani. |
5
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
• Hari ini juga hari kemenangan setelah jihad besar melawan hawa nafsu. • kita berjaya mengawal dan mengendalikan dan menundukkannya di bawah arahan iman dan takwa. |
6
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kita menyambut Aidilfitri, kita agungkan “Asma' Allah”, kita gemakan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih. |
7
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kita berhimpun dalam masjid, untuk solat Aidilfitri secara berjemaah. Kita memperlihatkan wujudnya persatuan dan kesatuan umat, kerapian dan kekukuhan barisan saf. Kita tidak akan membenar dan mengizinkan mana-mana pihak, memecah-belahkan jemaah umat Islam, menimbulkan kerosakkan pada hubungan baik sesama Islam. |
8
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Perpaduan, persatuan dan kerukunan hidup adalah hasil buah akidah keimanan. |
9
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Bulan Ramadhan adalah tetamu agong. Ia adalah madrasah yang banyak menyajikan ibrah pengajaran untuk kita tala’ah, untuk kita pelajari. |
10
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Aidilfitri banyak mengajar kita supaya kita mampu melihat persoalan hidup dan kehidupan. |
11
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Ramadhan mengajar kita agar ada wawasan jauh ke hadapan, agar tidak mendapat untung sesaat tetapi rugi jangka masa panjang iaitu kehidupan di akhirat nanti. |
12
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kita sanggup melaksanakan ibadat puasa kerana kita orang beriman yang yakin dan percaya kepada Allah S.W.T |
13
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa. |
14
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kita berpuasa kerana iman yang telah meresap dalam hati dan fikiran, kerana akidah kita begitu mantap dan kukuh. |
15
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Agama dimulai dari keyakinan, akidah keimanan. |
16
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Untuk menghancurkan nilai iman, akidah keyakinan, musuh-musuh Islam akan membanjirkan bermacam-macam fahaman dan aliran. |
17
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Dipasarkan kepada umat Islam terutama anak-anak muda generasi baharu berupa fahaman tidak bertuhan seperti fahaman komunis, ateis. Ditampilkan fahaman meterialisma (fahaman kebendaan). |
18
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Didatangkan fahaman Islam liberal kononnya Islam yang dianuti sekian lama itu Islam jumud. |
19
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kedudukan agama Islam cuba disamaratakan dengan agama lain. Agama Islam dianggap menghambat dan menyekat kemajuan, bahkan agama itu candu dan dadah masyarakat. |
20
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Sepanjang sejarah kehidupan manusia, golongan anti tuhan, anti Islam dan kuncu-kuncunya dihancurkan oleh pembawa panji-panji tauhid. |
21
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Namrud hancur di tangan Nabi Ibrahim A.S, Jalut hancur di tangan Nabi Daud A.S, Firaun hancur di tangan Nabi Musa A.S. Abu Jahal hancur di tangan Nabi Muhammad S.A.W. Karl Marx yang cuba membunuh keyakinan manusia kepada tuhan, akhirnya jatuh juga dalam penyembahan kepada pemimpin besar mereka iaitu Lenin dan Stalin |
22
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Setiap kali kita menyambut hari raya, dengan suara yang lantang kita menggemakan kalimah tauhid, kita memperbaharui akujanji, ikrar kita. |
23
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
24
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Tiada tuhan yang sebenar-benar layak disembah melainkan Allah, kami tidak menyembahNya melainkan dengan mengikhlaskan ibadat hanya kepadaNya jua, lagi tetap teguh berpegang pada agama tauhid, biarpun tidak disenangi oleh orang kafir, tidak disenangi oleh orang syirik, dan tidak disenangi oleh orang munafiq. |
25
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kita yakin dan percaya bahawa: Pegangan akidah kita adalah pegangan yang benar. Dasar kepercayaan kita adalah dengan menggengam kemas panji-panji tauhid di dalam hati. |
26
KHUTBAH AIDILFITRI Persoalan: Bagaimana mewariskan anak-anak kita generasi muda, generasi akan datang nilai-nilai akidah keimanan dan keyakinan tauhid? |
27
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Tauhidlah yang memerdekakan manusia daripada belenggu hawa nafsu berupa keangkuhan, kesombongan, keserakahan dan sebagainya. Tauhid akan membebaskan manusia daripada syirik dan sistem yang tidak adil. |
28
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Yang bererti: Ketika dia (Nabi Yaakub) berkata kepada anak-anaknya, apakah yang kamu akan sembah selepas aku mati? |
29
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Kemalangan dan kecelakaan yang paling dahsyat dalam hidup ini bila: Anak-anak kita rapuh akidah keimanan, Anak-anak sudah tidak kenal Allah, Anak-anak sudah tidak lagi berbangga dengan agamanya. Anak-anak kita sudah tergelincir daripada landasan hidup yang benar dan betul. |
30
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Perbezaan pendapat seharusnya menjadi pemangkin yang meransang kita untuk semakin memperkukuhkan Ukhuwwah Islamiyah, semakin menjana perpaduan kerana itulah yang dituntut oleh Ramadhan dan amalan berpuasa. Itulah juga semangat Aidil Fitri. |
31
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
32
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudara mu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. |
33
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Ruh Ramadhan, jiwa berpuasa dan semangat Aidilfitri menghendaki kita bersatu padu bagai serumpun serai. Agama Islam sangat membenci perpecahan dan permusuhan di kalangan umat Islam. |
34
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
35
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Bermaksud : Bacalah al-Quran selagi bacaan itu dapat menyatupadukan hati mu tetapi jika kamu berselisih, maka hentikanlah bacaan itu”. |
36
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Dan janganlah kamu saling berbalah kerana nanti kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan dan kewibawaan kamu. |
37
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Jika kita terus memilih untuk berpecah belah kita sebenarnya telah menyahut seruan syaitan dan hawa nafsu diri sendiri, maka akibatnya kita akan dikuasai musuh. |
38
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
Umat Islam memerlukan perpaduan dan kekuatan yang sebenar-benarnya. |
39
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
40
KHUTBAH AIDILFITRI 2018 M/1439H
|
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.