Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MENCARI RAHMAT RAMADHAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MENCARI RAHMAT RAMADHAN"— Transcript presentasi:

1 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
25 MEI 2018 | 9 RAMADHAN 1439H

2 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Pada bulan yang penuh kemuliaan dan berkat ini, sama-sama kita tingkatkan darjat ketakwaan kepada Allah S.W.T. SIRI 21 |

3 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Mudah-mudahan Ibadat sepanjang Ramadhan tahun ini, kita mampu mencapai kejayaan didunia dan di akhirat yang abadi. SIRI 21 |

4 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Datangnya Ramadhan umat Islam berubah menjadi lebih baik dan sopan. Perkara buruk dijauhkan tanpa paksaan. SIRI 21 |

5 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Orang yang berpuasa mampu menahan lapar dan dahaga selama lebih 12 jam pada setiap hari. SIRI 21 |

6 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Puasa mampu menurunkan tekanan darah dan kadar lemak. Melambatkan proses penuaan. Ibadat puasa turut menambahkan kesihatan jiwa. SIRI 21 |

7 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Ramadhan hadir dengan tawaran hebat kepada setiap umat Islam yang melaksanakan ibadat sepenuh jiwa. SIRI 21 |

8 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
SIRI 21 |

9 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan pahala, maka akan diampunkan segala dosanya yang lalu dan sesiapa yang mendirikan malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan pahala, maka akan diampunkan segala dosanya yang lalu. Apa lagi yang lebih besar kepada kita selain daripada keampunan Allah? Puasa Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. SIRI 21 |

10 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Pada bulan Ramadhan, ruang masjid kembali bergema dengan zikir, tadarus al-Quran dan majlis ilmu dan bersembahyang terawih malah solat subuh saban hari meningkat secara luar biasa SIRI 21 |

11 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Kita mampu bangun awal pagi untuk bersahur. Mampu menahan lidah daripada bercakap kotor, Mampu menghabiskan bacaan 30 juzu` al-Quran secara teratur. SIRI 21 |

12 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Dengan melakukan kebaikan, diri kita akan menjadi lebih dekat kepada Allah. SIRI 21 |

13 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Bacalah al-Quran dan hayati maknanya dalam kehidupan. SIRI 21 |

14 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Banyakkan bersedekah dan jauhkan penipuan dalam berjual beli. SIRI 21 |

15 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Hidupkanlah masjid-masjid dengan beriktikaf, bersolat, berzikir dan qiamullail. SIRI 21 |

16 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Mohonlah keampunan dan rahmat Allah dengan sentiasa bertaubat daripada segala dosa. SIRI 21 |

17 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Kasih sayang sesama insan khususnya kepada ibubapa, adik beradik dan kaum keluarga. SIRI 21 |

18 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
SIRI 21 |

19 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Ertinya: “Bahawa Rasulullah S.A.W. berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (Rutab) sebelum solat Maghrib, sekiranya tidak ada kurma basah, baginda akan berbuka dengan beberapa biji tamar (kurma kering) jika tidak ada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air”. SIRI 21 |

20 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Sesudah berbuka puasa, seisi keluarga terus menunaikan solat secara berjemaah, berzikir, dan bertadarus al-Quran bersama-sama SIRI 21 |

21 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Layanilah ibubapa dan orang yang lebih tua dengan perasaan hormat. Sayangilah orang muda dan kanak-kanak, Berilah perhatian kepada kaum kerabat dan orang berhajat. Berlembutlah dengan anak-anak yatim dan mereka yang hidup melarat. SIRI 21 |

22 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Bagi sesiapa yang bersengketa, berdamai dan bermaaf-maafan serta lupakanlah segala kesalahan. SIRI 21 |

23 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Jagalah lidah dari perkara yang sia-sia, Tutuplah mata dari pandangan dosa, Pekakkan telinga dari perkara tercela dan Jagalah hati dari perasaan kotor dan buruk sangka. SIRI 21 |

24 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Jangan sampai pahala yang dicita, tetapi dosa yang dicipta. SIRI 21 |

25 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
SIRI 21 |

26 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Ertinya: Setiap amalan yang dilakukan anak Adam pada bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda. Firman Allah: “Melainkan puasa, kerana sesungguhnya ia adalah bagiku dan aku yang akan memberinya balasan pahala, kerana dia telah menahan syahwatnya dan makan minumnya kerana aku. SIRI 21 |

27 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Allah sendiri telah menjanjikan ganjaran terbaik buat sekalian hambaNya yang berpuasa. SIRI 21 |

28 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Jika kita berusaha mencari, maka rahmat Allah akan menghampiri. SIRI 21 |

29 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Ibadat puasa Ramadhan membawa pelbagai kelebihan kepada kita, zahir dan batin. Setiap orang berpeluang meraih ganjaran dan rahmat yang ditawarkan oleh Allah S.W.T. SIRI 21 |

30 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
SIRI 21 |

31 MENCARI RAHMAT RAMADHAN
SIRI 21 |


Download ppt "MENCARI RAHMAT RAMADHAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google