Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)"— Transcript presentasi:

1 Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
NAMA : AHMAD HANAFI BIN MOHD MOZLI KELAS : 1 ISLAH SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID

2 TEMA Nasihat kepada semua supaya mengamalkan sikap berjimat cermat untuk menggelakkan pembaziran.

3 Bentuk Empat kerat yang terdiri daripada empat baris.
Rima akhirnya abab.

4 Rangkap 1 Pergi belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang, Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang. Maksud Sikap manusia yang suka berjimat cermat akan membawa kesenangan .

5 Rangkap 2 Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan. Maksud Menasihatkan manusia supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dan meninggalkan sikap boros.

6 Rangkap 3 Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan. Maksud Menjelaskan bahawa sikap berjimat cermat akan menjamin masa depan.

7 Maksud Menasihatkan manusia supaya tidak boros dalam berbelanja.
Rangkap 4 Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan. Maksud Menasihatkan manusia supaya tidak boros dalam berbelanja.

8 Rangkap 5 Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup. Maksud Mengingatkan manusia bahawa amalan berjimat cermat merupakan tuntutan agama.

9 Rangkap 6 Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja. Maksud Mengingatkan manusia supaya sentiasa mengamalkan sikap ala kadar asalkan tidak membazir.

10 Rangkap 7 Turun ke ladang memetik kacang, Hendak di buat masak lemak,
Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak. Zailiani Taslim Maksud Mengingatkan manusia supaya merancang perbelanjaan harian untuk mengelakkan pembaziran.

11 PERSOALAN Manusia yang mengamalkan sikap berjimat cermat akan memperoleh kesenangan di dalam hidup. Sikap berjimat cermat amalan mulia dan orang yang boros adalah sahabat syaitan. Amalan berjimat cermat dapat menghindarkan seseorang daripada menanggung bebanan hutang.

12 Gaya Bahasa Asonansi Contoh : baik sedikit tetapi bejimat
(pengulangan vokal I ) Anafosa Contoh : Sikap berjimat cermat amalan mulia; Sikap membazir pasti terelak (pengulangan perkataan pada awal baris ) Imej alam Contoh : buah ara,buah peria,kacang, dan pasir

13 Nilai & Pengajaran Berjimat cermat
Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat. Mematuhi suruhan agama Kita hendaklah menjauhi sikap boros kerana sikap sahabat syaitan. Merancang perbelajaran Kita haruslah merancang perbelanjaan.

14 Tamat Jika ada sebarang kesilapan sila maafkan


Download ppt "Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google