Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERISTILAHAN 1.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERISTILAHAN 1."— Transcript presentasi:

1 PERISTILAHAN 1

2 OBJEKTIF Memahami konsep istilah dan peristilahan
Mempelajari proses pembentukan istilah 2

3 PERISTILAHAN Pembakuan istilah bkt rapat dgn pemodenan bahasa/kemajuan masyarakat kerana istilah perlu diwujudkan bagi memperkatakan sst bdg ilmu baharu. Dalam konteks pembudayaan ilmu, penggubalan istilah pelbagai bidang menjadi tanda berlakunya proses intelektualisasi BM. 3

4 Konsep Dasar dalam Pembakuan Istilah
1. Takrif istilah Ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. (tetikus – konkrit; fotosintesis – abstrak) 2. Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah , temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya. ( akhiran –ase bagi penamaan hormon; protease, kreatinase, lipase) 4

5 Tatanama ialah kumpulan peraturan yang
menentukan nama dalam bidang ilmu, ter- masuk kumpulan nama yang dihasilkannya. 3. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu (artritis-perubatan). Kata umum ialah kata- kata biasa dalam bahasa tetapi boleh menjadi istilah apabila dikaitkan dengan bidang tertentu (takat didih). 4. Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna dan fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah BM dilakukan menggunakan: 5 5

6 a. Kata akar (atom) b. Imbuhan dan pengimbuhan (pemanasan global)
c. Penggandaan (langit-langit) d. Penggabungan (garis lintang) 5. Bentuk Istilah Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan. 6. Bentuk Prototaip Ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM. (virus) 7. Paradigma Kata Ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan mahupun yang berbentuk kata gabungan. (tani – pertanian – pertanian berkelompok) 6

7 Kosa Kata Umum Bahasa Melayu (rawak, kenyal)
Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: Kosa Kata Umum Bahasa Melayu (rawak, kenyal) Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun (awet, gambut) Kosa Kata Bahasa Asing (koloid, morfem) Tatacara Pembentukan Istilah BM Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975)/ Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM Edisi Baharu (2004) yang bersumberkan: 7

8 1. Kata dalam BM yang lazim digunakan
…sambungan 1. Kata dalam BM yang lazim digunakan 2. Kata dalam BM yang sudah tidak lazim digunakan. 3. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan 4. Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan 5. Kata dalam bahasa Inggeris 6. Kata dalam bahasa asing yang lain 7. Pilih sumber terbaik (antara 1-6) 8

9 Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu: Ringkas Tepat Serasi konsep Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan tatabahasa yang berkenaan

10 Hubungan konsep dan istilah
PRINSIP PERISTILAHAN Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: ), antara prinsip peristilahan ialah: Konsep Sifat konsep Ciri Perhubungan konsep Sistem konsep Definisi Penjelasan Syarat Pendefinisian Istilah Hubungan konsep dan istilah 10

11 Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan
Konsep Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan. 1111 11 11

12 Ciri Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk melihat hubungan benda dengan benda adalah menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan, dan kegunaannya.

13 yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain).
Perhubungan Konsep Dua konsep boleh mempunyai hubungan Secara lojik, misalnya: bangunan (genus), rumah(jenis/spesies). Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar. Sistem Konsep Konsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain). 1414 14 14

14 RUMAH

15 Definisi Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional. 16

16 Penjelasan Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh. Cth, toksin – “bhn beracun yg dihasilkan oleh sel haiwan atau tumbuhan, lazimnya terdiri daripada protein dengan berat molekul yang tinggi…”

17 ii. Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.
Syarat Pendefinisian i. Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain. ii. Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan. Spora-”struktur pembiakan yg halus dan terdiri drp satu sel…struktur ini bersifat halus dan bersel tunggal…” iii Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja. (morfologi haiwan – morfologi tumbuhan) iv. Definisi hendaklah ringkas. v. Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi. vi. Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan. 1818 18 18

18 Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata
yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek. Hubungan Konsep dan Istilah Istilah dicipta sebagai lambang bagi sesuatu konsep. 19

19 PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH
Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain. Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

20 dengan makna asal. (kapal selam)
Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainan dengan makna asal. (kapal selam) Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa itu sejak dahulu lagi. (prasejarah, pratonton, prasekolah, sandiwara, jerayawara) Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya. 21

21 Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan. (kelarai mok mek – seni kraf) Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya. Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), lurang (lubang orang, manhole). 2222 22 22

22 Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama. (bendalir, pasaraya) Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan. (edit – editor) Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division). Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat). (omnibus – bus, cabriolet – cab) 232323 23 23

23 Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya. (keluarga) Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas. (liquor – cecair; liquor – arak) Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah. (langit-langit) 24

24 Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu. (white collar – kolar putih) Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri. (electron – elektron) 25

25 SEKIAN, TERIMA KASIH.


Download ppt "PERISTILAHAN 1."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google