Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSugiarto Pranata Telah diubah "5 tahun yang lalu
2
Marilah kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah S. W
Marilah kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T pada setiap masa dengan berusaha mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
3
Sembahyang atau solat merupakan ibadat yang difardukan oleh Allah sebanyak lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim yang mukallaf sekalipun dia berada dalam peperangan, ketika bermusafir mahupun ketika sakit tenat.
4
Solat yang kita tunaikan pada setiap hari menjadi kayu ukur sejauh mana keimanan dan ketaatan kita kepada Allah S.W.T.
5
Maksudnya: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja (mengingkari hukum wajib solat) sesungguhnya dia menjadi kafir yang nyata”.
6
Dengan pengabaian solat, kita dapat melihat generasi hari ini semakin lemah iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T serta bercambah pula gejala maksiat dan pergaulan bebas.
7
Sembahyang atau solat merupakan perisai diri yang hebat dan mampu mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan buruk dan keji yang dimurkai Allah.
8
Ertinya: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.
9
Solat akan mampu menghalang daripada melakukan dosa maksiat.
10
Solat akan dapat membantunya dalam menyelesaikan segala masalah hidupnya.
11
Pelajari ilmu mengenai solat secara teori dan praktikal agar benar-benar memahami perintah Allah S.W.T.
12
Merancang dan melakukan persediaan awal untuk melaksanakan ibadat solat secara bersungguh-sungguh setiap kali sebelum masuknya waktu solat.
13
Berusaha menghadirkan rasa khusyuk di dalam hati dan anggota badan seiring dengan bacaan dan zikir yang dilafazkan.
14
Wujudkan rasa cinta kepada ibadat solat kerana solat akan menjadi tiket utama kita di akhirat.
15
Perumpamaan bagi ibadat solat ada rupa yang zahir dan ada rupa yang batin. Kedua-duanya mesti bersatu untuk menjadikan solat itu sempurna.
16
Maksud rupa yang zahir pada solat ialah perbuatan berdiri, bertakbir, membaca surah Al-Fatihah, rukuk dan sujud, memberi salam dan seumpamanya.
17
Rupa batin bagi solat ialah seperti khusyuk, hadir hati dan ikhlas ketika mendirikan solat.
18
Perjalanan di atas Sirat menuju syurga Allah nanti menjadi lebih mudah apabila tuntutan solat menjadi agenda penting dalam kehidupan.
19
Marilah menjadikan solat kita sebagai ibadat yang berkualiti dan diterima oleh Allah.
20
Ertinya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang–orang yang khusyuk”. (Al-Baqarah: 54)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.