Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT"— Transcript presentasi:

1 KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT

2 HATI YANG SIHAT “Qalbun salim” ialah hati yang sihat, bersih dan selamat. Maknanya hati yang bebas dari segala sifat-sifat yang keji dan keinginan yang melanggar perintah Allah s.w.t. dan larangan-Nya dan dari perkara syubhat. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

3 HATI YANG SIHAT Tanda-tanda hati yang sihat: Takut kepada Allah Sabar
Qana’ah Warak tawaduk 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

4 1. TAKUT KEPADA ALLAH Takut kepada Allah s.w.t mencakupi tiga bahagian penting: Takut terhadap ancaman Allah ertinya takut untuk melakukan perkara yang dilarang Allah s.w.t kerana sedar akan ancaman atau balasan Allah. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

5 1. TAKUT KEPADA ALLAH Takut sekiranya ditolak segala amal kebajikannya
ertinya takut sekiranya amal kebajikan yang dilakukannya kurang sempurna dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

6 1. TAKUT KEPADA ALLAH Takut sekiranya tidak memperoleh petunjuk dan rahmat-Nya ertinya takut sekiranya ia tidak mendapat petunjuk, bimbingan dan rahmat dari Allah s.w.t. akibat amalannya yang kurang sempurna. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

7 1. TAKUT KEPADA ALLAH Tanda-tanda orang yang mempunyai hati yang takut kepada Allah s.w.t: Orang-orang yang gementar hatinya dan bertambah kuat imannya apabila mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran. Orang-orang yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan Allah. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

8 1. TAKUT KEPADA ALLAH Orang-orang yang menjaga diri dan keluarganya dari segala larangan Allah s.w.t. Orang-orang yang taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Orang-orang yang ingat kepada Allah s.w.t. dan mensyukuri segala nikmat-Nya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

9 1. TAKUT KEPADA ALLAH Orang-orang yang menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah s.w.t. Orang-orang yang sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

10 2. SABAR Sabar ialah tahan menerima penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Tiada manusia di dunia ini terlepas dari ujian Allah s.w.t. Namun setiap ujian itu ada hikmah dan pengajaran yang tertentu. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

11 2. SABAR Sabar boleh diwujudkan dalam diri melalui lima aspek penting iaitu: Sabar dalam ibadah Sabar dengan ujian Allah Sabar terhadap maksiat Sabar dalam perjuangan Sabar terhadap pengaruh kehidupan duniawi 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

12 3. QANA’AH Qana’ah ialah jiwa yang berasa lapang dengan rezeki yang diberi Allah serta hilang rasa tamak terhadap apa yang tidak tercapai olehnya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

13 3. QANA’AH Di antara tanda orang bersifat Qana’ah:
Menerima dengan rela apa yang ada Memohon kepada Allah s.w.t tambahan yang baik dan disertai dengan usaha dan ikhtiar Sabar atas segala ketentuan Allah Bertawakkal Tidak terpedaya dengan dunia 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

14 4. WARAK Ialah hati yang dapat menyingkirkan segala perkara yang syubhat dan yang tidak halal serta menyingkirkan perkara yang tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

15 4. WARAK Ciri-ciri orang bersifat warak:
Memelihara lisan dari mengumpat Memelihara pandangan dari yang haram Menghindarkan diri dari buruk sangka Tidak menghina derajat orang lain Sentiasa mengingati nikmat Sentiasa memelihara solat dan khusyuk mengerjakannya 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

16 5. TAWADUK Ialah ciri-ciri kemuliaan seseorang Mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Sering diertikan sifat merendah diri, tunduk dan taat melaksanakan yang hak. Bermakna menunaikan segala yang hak dengan bersungguh-sungguh, taat menghambakan diri kepada Allah s.w.t dan tidak menganggap dirinya tinggi. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2

17 5. TAWADUK Tawaduk dibahagikan kepada dua: Tawaduk kepada Allah
iaitu sifat tunduk, taat dan patuh kepada hukum Allah s.w.t dan tidak mengingkari-Nya sama sekali. Tawaduk kepada sesama Muslim iaitu sikap rela menjadikan sesama Muslim sebagai saudara seagama. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 2


Download ppt "KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google