Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI"— Transcript presentasi:

1 DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
RUKUN NEGARA DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI

2 IDEOLOGI RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diperkenalkan sebagai ideologi negara oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN). Rukun Negara telah diiytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 ogos MAGERAN yang diketuai oleh Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein telah dibentuk bagi mengawal keamanan negara yang tergugat kerana peristiwa 13 Mei Rukun Negara digunakan untuk mengeratkan perpaduan dan perhubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.

3 Sebab-sebab Rukun Negara Diperkenalkan :
Pihak British telah mengamalkan dasar atau pendekatan pecah dan perintah semasa menjalankan pentadbiran di Persekutuan Tanah Melayu. Dasar atau pendekatan pecah dan perintah British menyebabkan berlaku pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan. kegiatan ekonomi yang berasakan kaum telah menjalinkan kedudukan sosialekonomi masyarkat yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan sosialekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. Perselisihan dan perbalahan kaum berlaku pada 13 Mei 1969.

4 RUKUN NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

5 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat seharusnya menghormati amalan keagamaan masyarakat lain. Prinsip kepercayaan kepada tuhan ini juga dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, rakyat dapat menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab terhadap negara.

6 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Setiap warganegara Malaysia perlu memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di- Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara. Pada peringkat negari pula, rakyat dikehendaki memberikan taat setia kepada ketua negeri sama ada Sultan,Raja,Yang di- Pertuan Besar atau Yang di- Pertuan Negeri. Raja ialah simbol penyatuan rakyat. Kesetiaan keoada Raja dan Negara dapat membentuk bangsa Malayisa yang mepunyai semangat patriotik yang tinggi dan bersatu padu.

7 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat menerima, mematuhi , menyanjung dan mempertahankan perlembagaan negara .

8 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Prinsip ini menuntut rakyat mentaati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang- undang . Apabila kedaulatan undang- undnag dipelihara, maka negara berada dalam keadaan aman dan damai. Sebagai rakyat , kita perlu mempertahan kedaulatan undang-undang agar tidak dicabar mana-mana pihak.

9 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kesopanan dan Kesusilaan merupakan nilai murni yang perlu ada dalam setiap anggota masyarakat. Nilai murni tersebut melambangkan keperibadian seseorang individu. Pengalaman nilai murni dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, saling menyayangi, memahami antara satu sama lain, sentiasa membantu dan berkerjasama dalam masyarkat berbilang kaum.

10 PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
MEMBENTUK MASYARAKAT YANG HARMONI MENJAMIN KEUTUHAN NEGARA MEMEPERTAHANKAN KEADILAN MENERAPKAN NILAI MURNI MEMBENTUK SATU BANGSA DAN NEGARA MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF

11 JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA
PERSEFAHAMAN PERPADUAN BERUSAHA GIGIH BANGGA AKAN TANAH AIR TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA PENERIMAAN KEHIDUPAN BERAGAMA PATRIOTISME BERAKHLAK MULIA

12 RUKUN NEGARA TUNJANG PERPADUAN BANGSA


Download ppt "DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google