Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan"— Transcript presentasi:

1 EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
Prof. Madya Dr. Mohd. Majid Konting Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor D.E Tel: /

2 EDU3044 – Penyelidikan Pendidikan
Memperkenalkan anda kepada penyelidikan pendidikan. Hasil Pembelajaran; a. Menggunakan pengetahuan tentang pengertian, kepentingan dan kaedah penyelidikan pendidikan; b. Menganalisis data dengan menggunakan teknik berstatistik; c. Menganalisis laporan penyelidikan; dan d. Menulis cadangan penyelidikan.

3 Modul EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
Modul EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan disediakan bagi membantu anda mempelajari asas bagi melakukan penyelidikan pendidikan. Modul ini membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan yang sistematik.

4 Selepas mengikuti modul ini, anda seharusnya berupaya untuk:
1. Menjelaskan maksud penyelidikan pendidikan, 2. Mengenalpasti masalah pendidikan, 3. Merumus objektif, hipotesis atau persoalan, 4. Membezakan penyelidikan sejarah, deskriptif, eksperimen dan quasi-eksperimen, 5. Membina instrumen penyelidikan, 6. Memilih kaedah persampelan yang sesuai, 7. Menganalisis data menggunakan statistik, 8. Menganalisis laporan penyelidikan, dan 9. Menulis cadangan penyelidikan.

5 Kandungan Modul Modul ini mengandungi 8 unit.
Unit 1 : Penyelidikan Pendidikan T1 Pengertian Penyelidikan Pendidikan T2 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan T3 Pendekatan Saintifik Unit 2 : Masalah Penyelidikan T1 Masalah dan Objektif Penyelidikan T2 Sorotan Literatur T3 Hipotesis / Persoalan Kajian

6 Unit 3 : Instrumen dan Persampelan
T1 Pengukuran T2 Instrumen Penyelidikan T3 Populasi dan Persampelan Unit 4 : Kaedah Penyelidikan T1 Penyelidikan Sejarah T2 Penyelidikan Deskriptif T3 Penyelidikan Eksperimen & Quasi-Eksperimen

7 Unit 5 : Analisis Data 1: Statistik Deskriptif
T1 Analisis Statistik Deskriptif T2 Ukuran Kecenderungan Memusat T3 Ukuran Serakan Unit 6 : Analisis Data 2: Statistik Inferensi T1 Analisis Statistik Inferensi T2 Markat Piawai dan Taburan Normal T3 Ujian Signifikan bagi Perkadaran T4 Ujian Signifikan bagi Satu Min T5 Ujian Signifikan bagi Dua Min T6 Ujian Signifikan bagi lebih Dua Min

8 Unit 7 : Analisis Data 3 – Korelasi
T1 Korelasi T2 Pekali Korelasi Unit 8 : Laporan Penyelidikan T1 Gaya dan Format Laporan Penyelidikan

9 Rujukan Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

10 Kaedah Penilaian Terdapat 4 kaedah penilaian kursus:
1. Tugasan 1: Cadangan Penyelidikan (20%) 2. Tugasan 2: 2A - Analisis Data (10%) 2B - Penilaian Laporan Penyelidikan (10%) 3. Ujian Pertengahan Semester (30%) 4. Peperiksaan Akhir (30%) Semua 3 tugasan hendaklah disatukan. Sila hantar tugasan anda kepada saya di alamat yang dinyatakan di atas. Semua tugasan hendaklah sampai kepada saya sebelum atau pada hari akhir minggu ke-14.

11 Tugasan 1 Cadangan Penyelidikan
Sebagai tugasan individu, anda perlu menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan. Panjangnya lebih kurang 5,000 perkataan atau 20 muka surat, tidak termasuk lampiran. Tugasan ini mempunyai pemberatan penilaian 20% daripada keseluruhan kursus. Hantar tugasan ini dan hendaklah sampai kepada saya pada atau sebelum 25 Mac 2011.

12 Tips Anda hanya perlu menyediakan kertas cadangan dan tidak perlu membuat kajian sebenar di lapangan dan mengumpul data. Namun, kertas cadangan yang berkualiti hampir serupa dengan kajian sebenar kecuali ianya belum ada data.

13 Berasaskan satu masalah pendidikan yang berkait dengan bidang pengajian anda, buat satu cadangan penyelidikan yang mengandungi aspek-aspek berikut: 1. Pengenalan 2. Pernyataan Masalah 3. Kajian Literatur 4. Objektif Kajian 5. Persoalan atau Hipotesis Kajian 6. Kepentingan Kajian

14 7. Bidang dan Batasan Kajian
8. Definisi Konstitutif dan Operasional 9. Rekabentuk dan Kaedah Kajian 10. Populasi dan Persampelan 11. Alat Kajian 12. Kesahan dan Kebolehpercayaan 13. Tatacara Kajian 14. Analisis Data 15. Implikasi Kajian 16. Jadual Kerja 17. Perbelanjaan

15 Tips Penekanan penilaian kertas cadangan adalah kepada sejauhmana anda mengolah dengan jelas, kritis dan analitikal permasalahan dan persoalan kajian yang asli, keselarasan objektif kajian dengan permasalahan serta kesinambungan keseluruhan antara setiap subtajuk sebagaimana yang dinyatakan di atas.

16 Tugasan 2A Analisis Data
Tugasan ini menghendaki anda secara individu menganalisis data yang akan diberi pada setiap semester berasaskan Modul Unit 5, 6 dan 7. Pemberatan penilaian adalah 10%. Hantar tugasan ini dan hendaklah sampai kepada saya pada atau sebelum 25 Mac 2011.

17 Tips Pastikan anda menggunakan teknik statistik yang sesuai berdasarkan kepada objektif atau persoalan kajian dan aras ukuran bagi pembolehubah yang dianalisis. Sekiranya soalan melibatkan pentakbiran (inferens), gunakan teknik ujian berstatistik (statistical test) yang sesuai. Sekiranya ia melibatkan analisis korelasi, pastikan nilai pekali korelasi antara 0 hingga 1 (sama ada positif atau negatif). Justeru, bila pekali yang anda peroleh lebih dari 1, kiraan anda adalah salah. Anda bukan sahaja perlu mengira, malah perlu menjawab soalan yang diberi. Justeru, nilai angka yang anda peroleh perlu diulas sebagaimana soalan yang dikemukakan di mana perlu.

18 Tugasan 2B Penilaian Laporan Penyelidikan
Tugasan ini menghendaki anda secara individu menganalisis data yang akan diberi pada setiap semester. Anda perlu menjawab soalan yang diberi secara kritis dan analitikal. Pemberatan penilaian adalah 10%. Hantar tugasan ini dan hendaklah sampai kepada saya pada atau sebelum 25 Mac 2011.

19 Tips Anda perlu mengulas makalah tersebut berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan secara kritis dan analitikal. Penekanan penilaian adalah kepada sejauhmana anda mengulas dengan jelas secara kritis dan analitikal. Justeru, pastikan olahan anda jelas, kritis dan analitikal.

20 Ujian Pertengahan Semester
Ujian dijadual diadakan pada Minggu 8, tertakluk kepada pindaan. Ujian ini merangkumi Modul Unit 1, 2, 3 dan 4. Ujian ini biasanya berbentuk pelbagai pilihan (multiple choice items). Pemberatan ujian adalah 30%.

21 Tips Bagi menghadapi cabaran, kita perlu memantapkan niat, bersedia dari segi ilmu, kemahiran dan strategi serta memastikan kesihatan rohani dan jasmani. Pemerkasaan ini memerlukan masa, kesungguhan, kegigihan dan keimanan. Justeru, bersedialah seawal mungkin, bertanyalah kepada mereka yang tahu.

22 Peperiksaan Akhir Semester
Peperiksaan Akhir dijadual diadakan pada akhir semester, tertakluk kepada pindaan. Peperiksaan ini merangkumi Modul Unit 5, 6, 7 dan 8. Peperiksaan biasanya berbentuk pelbagai pilihan (multiple choice items). Pemberatan peperiksaan adalah 30%.

23 Tips Perjuangan melibatkan risiko kejayaan dan kegagalan. Hanya mereka yang bersedia awal dari segi niat, ilmu, kemahiran, strategi, kesihatan rohani, emosi dan jasmani akan layak menikmati kelazatan kejayaan hasil pengorbanan yang telah mereka lakukan.

24 Pastikan Anda Berjaya


Download ppt "EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google