Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehRanveig Jørgensen Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) Proses Kreatif Penulisan Novel
MINGGU 11 Proses Kreatif Penulisan Novel Duratul Ain (I) Oleh: Dr. Halis Azhan bin Mohd. Hanafiah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
2
Skop kuliah mencakupi - Apakah struktur organik yang membantu penulisan novel Duratul Ain?
3
SEPULUH LANGKAH PENULISAN NOVEL REMAJA
1 Memahami tujuan manuskrip novel remaja digarap. 2 Mengenal pasti isu atau persoalan yang dapat dikaitkan dengan remaja 3 Mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku di luar teks. 4 Mengetahui struktur tema yang dipilih dapat dikaitkan dengan remaja 5 Mengenali latar yang dipilih. Masa? Tempat? Kumpulan masyarakat? 6 Mengenal pasti watak dan perwatakan remaja yang dihadirkan. 7 Memahami sudut pandangan yang dipilih. Siapa? Bagaimana? 8 Mengenal pasti plot dan subplot yang dihadirkan. 9 Mengetahui laras bahasa yang sesuai dengan aspirasi remaja dalam novel. 10 Mengasosiasikan nilai-nilai sosial yang sesuai, dengan aspirasi remaja dalam novel.
4
TUJUAN FASA PERSEDIAAN FASA PENULISAN FASA PENILAIAN LANGKAH 1
Langkah 2 – 4 bergerak serentak LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 4 FASA PENULISAN Langkah bergerak serentak LANGKAH 5 LANGKAH 6 LANGKAH 7 LANGKAH 8 LANGKAH 9 FASA PENILAIAN LANGKAH 10
5
LANGKAH 1 Memahami tujuan manuskrip novel remaja digarap.
Novelis lumrahnya mempunyai tujuan menggarap novel remaja Antaranya ialah:- (i) menyertai dan memenangi peraduan mengarang Kelebihan (a) mendapat imbuhan kemenangan (dan royalti) (b) jaminan manuskrip diterbitkan oleh penganjur (c) publisiti (d) pengiktirafan sebagai pengkarya Kekurangan (a) karya menjadi terarah kerana terikat dengan garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur peraduan (b) bilangan halaman dan perkataan yang terhad (c) daya kreativiti tersekat (d) kekangan tarikh akhir (date line) (e) kesan emosi semasa dan selepas sayembara
6
LANGKAH 1 (sambungan) (ii) mematuhi tujuan bengkel penulisan diadakan Kelebihan (a) mengetahui kehendak penerbit (b) terdapat kemungkinan manuskrip diterbitkan (c) publisiti secara berkelompok (d) penerbit menguruskan kemajuan karya (e) mengetahui bentuk pulangan daripada karya berkenaan Kekurangan (a) karya menjadi terarah kerana terikat dengan kehendak penerbit (b) bilangan halaman dan perkataan yang terhad (c) daya kreativiti tersekat (d) kekangan tarikh akhir (e) karya perlu dirombak berulang kali (f) karya “boleh dianggap” asli lagi
7
LANGKAH 1 (sambungan) (iii) menulis untuk tujuan penerbitan biasa Kelebihan (a) boleh mengambil masa berkarya sendiri (b) tidak menghadapi kekangan tarikh akhir (c) daya kreativiti berkembang (d) boleh mengatur bilangan bab dan halaman. (e) boleh mencapai tujuan peribadi karya dinukilkan. Kekurangan (a) kesukaran mencari penerbit yang sesuai dengan motif karya (b) sangat dipengaruhi birokrasi penerbit (c) tidak pasti dengan kaedah promosi yang dijalankan oleh penerbit (d) boleh jadi karya tidak mendapat pulangan yang sepatutnya. - Dengan mengetahui tujuannya menggarap novel remaja, novelis dapat menentukan skop dan batasannya.
8
LANGKAH 2. Mengenal pasti isu atau persoalan yang dapat
LANGKAH 2 Mengenal pasti isu atau persoalan yang dapat dikaitkan dengan remaja Isu atau persoalan ialah subjek yang cuba dikembangkan dalam karya Boleh menjadi subjek yang konkrit atau abstrak, seperti:- (i) wang tunai RM100,000 – konkrit (ii) kaki kudung akibat kemalangan - konkrit (iii) kasih sayang – abstrak (iv) nama - abstrak Berlaku dalam lingkungan kehidupan remaja. Dapat difikirkan dan diujarkan semula oleh remaja Boleh ditafsirkan secara bebas oleh watak remaja. Sebarang halangan terhadapnya memungkinkan berlakunya konflik. Boleh mempengaruhi sikap, emosi dan persepsi watak remaja.
9
LANGKAH 3. Mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku
LANGKAH 3 Mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku di luar teks. Perubahan di luar teks boleh mempengaruhi penulisan novel remaja Perubahan boleh hadir dalam bentuk perubahan sosial dan konvensi sastera Antara contoh perubahan sosial (i) Revolusi mental – pembangunan masyarakat melalui kemajuan sosial dan ekonomi, berlaku pada tahun-tahun an. (ii) Rukunegara – perpaduan kaum selepas tragedi 13 Mei 1969. (iii) Wawasan 2020 – pembangunan masyarakat secara komprehensif menjelang tahun 2020. Antara contoh konvensi sastera (i) Novel-novel terjemahan – pada sekitar tahun-tahun 1970-an (ii) Novel teks KOMSAS – sejak tahun-tahun 2000-an
10
LANGKAH 4. Mengetahui struktur tema yang dipilih dapat
LANGKAH 4 Mengetahui struktur tema yang dipilih dapat dikaitkan dengan remaja Tema ialah induk bagi sesebuah novel remaja Tema ialah tentatif, lumrahnya hanya dapat dikenal pasti setelah karya selesai digarap. Tema-tema “konvensional” ialah tema-tema yang digarap pada setiap masa, seperti kekeluargaan, advencer, kerohanian, sejarah, misteri dan sebagainya. Tema-tema “kontemporari” ialah tema-tema yang hadir berikutan desakan-desakan dalam masyarakat, seperti patriotisme, perpaduan kaum, sains dan teknologi, dakwah Islamiah dan sebagainya. Dalam novel remaja, watak remaja lumrahnya memainkan peranan (sebagai protagonis) dalam membangkitkan tema-tema yang dipilih oleh novelis.
11
LANGKAH 5 Mengenali latar yang dipilih.
Masa? Tempat? Kumpulan masyarakat? Latar masa, tempat dan kumpulan masyarakat) dapat menjelaskan citra watak dalam novel remaja. Fungsi latar masa, tempat dan kumpulan masyarakat yang umum, antaranya:- (i) menggambarkan bentuk pemikiran masyarakat (ii) menjelaskan perubahan-perubahan sosial, ekonomi dan politik (iii) menunjukkan tuju arah/gagasan masyarakat Fungsi latar masa, tempat dan kumpulan masyarakat yang lebih khusus, antaranya (i) memperkenalkan watak remaja (protagonis) kepada khalayak (ii) membentuk perwatakan protagonis dan watak-watak penting di sekelilingnya. (iii) berupaya mencetuskan konflik
12
LANGKAH 6 Mengenal pasti watak dan perwatakan remaja yang dihadirkan.
PRINSIP 1: Watak diciptakan oleh novelis. PRINSIP 2: Watak diciptakan dengan tujuan PRINSIP 3: Perwatakan bagi watak adalah sejajar dengan citranya. PRINSIP 4: Hanya novelis yang mengenali wataknya. PRINSIP 5: Hanya novelis yang boleh memurnikan watak. PRINSIP 6: Tugas novelis adalah memperkenalkan watak ciptaannya. Watak boleh hadir sama ada sebagai (i) watak utama/protagonis (iia) watak sampingan yang membantu watak utama (iib) watak sampingan yang menghalang watak utama/antagonis (iii) watak “setempat” (walk in characters/place setters) - kadang-kadang dinamakan, kadang-kadang tidak - kadang-kadang diberikan dialog, kadang-kadang tidak lagi...
13
*Dalam novel remaja, adalah lumrah protagonisnya ialah “remaja”
Tugas watak:- (i) Tugas protagonis dalam novel remaja ialah mencapai aspirasinya, dan ini berlaku melalui keterlibatannya secara komprehensif. (ii) Tugas antagonis (sama ada remaja atau dewasa) ialah menghalang aspirasi protagonis. Citra remaja dalam karya adalah bergantung pada pemilihan (i) latar masa, tempat dan kumpulan masyarakat oleh novelisnya (ii) batasan usia (iii) latar belakang sosial, ekonomi dan politik (iii) ditetapkan (sama ada tekal atau dinamik) oleh novelisnya.
14
Watak dan perwatakan remaja boleh diungkapkan melalui
(i) watak itu sendiri menjelaskan tentang dirinya. (ii) watak-watak lain menjelaskan tentang dirinya. (iii) melalui tingkah laku dan pandangannya terhadap orang lain (iv) melalui dialognya dengan watak-watak lain. (v) melalui gambaran kehidupan dan persekitarannya. (vi) melalui kejadian-kejadian yang pernah menimpa dirinya. (v) ataupun melalui penjelasan pencerita (berlaku sekiranya novelis memilih menggunakan sudut pandangan orang ketiga)
15
lagi... LANGKAH 7 Memahami sudut pandangan yang dipilih.
Siapa? Bagaimana? PRINSIP 1: Sudut pandangan ialah tentang bagaimana isu atau persoalan (iaitu subjek) dapat dikisahkan. PRINSIP 2: Boleh digarap sebagai “sudut pandangan tunggal” atau “sudut pandangan pelbagai” PRINSIP 3: Hanya novelis yang boleh memilih siapa (iaitu watak) atau bagaimana (iaitu teknik) apabila menggunakan sudut pandangan Siapa (I)? (i) watak utama (ii) watak sampingan (iii) watak pemerhati Siapa (II)? (i) watak remaja (ii) watak dewasa (iii) malah watak kanak-kanak pun lagi...
16
Sudut pandangan remaja lumrahnya menjelaskan tentang
(a) sikapnya } (b) pengetahuannya } (c) harapan dan kehendaknya } (d) pandangannya } terhadap (e) pandangan kolektif golongan remaja } sesuatu isu (f) perbezaan pandangan dengan } atau persoalan golongan dewasa } (g) alternatif yang dapat difikirkan } (h) reaksi jangkamasa panjang }
17
lagi... LANGKAH 8 Mengenal pasti plot dan subplot yang dihadirkan.
Plot ialah cerita utama. Plot digemblengkan dari awal sampai akhir Plot melibatkan fasa permulaan, pengembangan, konflik, puncak dan peleraian Plot melibatkan semua watak yang diciptakan oleh novelis Plot menggemblengkan hampir semua teknik penulisan Subplot ialah cerita-cerita kecil yang membantu plot. Subplot hadir secara terpenggal, dalam fasa cerita utama Subplot merancakkan konflik sahaja Subplot melibatkan sebahagian watak sahaja Subplot antaranya boleh hadir dalam bentuk (i) fragmen (ii) penyataan ringkas dalam mana-mana perenggan (iii) dialog antara watak (iv) prolog dan epilog (v) imbas kembali lagi...
18
Plot Puncak Konflik Pengembangan Peleraian Permulaan Binaan Plot
* Plot ialah jalinan peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertalian dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak dalam cerita. Konflik * Segala peristiwa dalam plot adalah berdasarkan hukum sebab dan akibat Pengembangan * Plot terdiri daripada plot kronologi dan plot bukan kronologi. Peleraian Permulaan * Plot terbina daripada peringkat; permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian. Binaan Plot
19
Plot Induk Subplot 2 Subplot 1 Subplot 3 Subplot 4 Plot dan Subplot
20
LANGKAH 9. Mengetahui bahasa yang sesuai dengan aspirasi
LANGKAH 9 Mengetahui bahasa yang sesuai dengan aspirasi remaja dalam novel. - PRINSIP 1: Gaya bahasa ialah hak novelis PRINSIP 2: Tatabahasa ialah hak bangsa pengguna Penulisan novel remaja lumrahnya menggunakan laras bahasa yang dapat mengungkapkan aspirasi remaja pada sesuatu masa. Lazimnya novel remaja mengemukakan laras bahasa yang lincah, bertenaga dan *penuh variasi. Bahasa juga menunjukkan kematangan golongan remaja mengungkapkan perkara yang abstrak dan komplek, dengan berdasarkan pandangan dan persepsi remaja. *Penggunaan bahasa slanga atau bahasa asing adalah bergantung kepada keperluan novelis menghadirkannya dalam novel (atau secara mudah, novelis tahu tujuannya)
21
LANGKAH 10. Mengasosiasikan nilai-nilai sosial yang sesuai,
LANGKAH 10 Mengasosiasikan nilai-nilai sosial yang sesuai, dengan aspirasi remaja alam novel. - Novel remaja mempunyai dwifungsi, iaitu menghibur dan mendidik - Dengan itu, novel remaja lazimnya digarap dengan memenuhi acuan (i) aspirasi negara (ii) pendidikan (iii) perundangan (iv) sosial (v) adab dan budaya (vi) kerohanian dll - Cabaran paling besar bagi novelis ialah menyampaikan nilai-nilai sosial secara berhemah dan bijaksana dalam novel remajanya
22
Tema : Tema konvensional - kekeluargaan
Isu/Persoalan : Kasih sayang Pengaruh-pengaruh di luar teks (i) kes buang anak (ii) kes penderaan kanak-kanak (iii) gejala bohjan dan bohsia (iv) masalah juvana (peras ugut, vandalisme dll) (v) kesedaran akademik murid sekolah (vi) kesan DEB terhadap anak tempatan * Pada tahun-tahun 1990-an, perkembangan novel remaja melibatkan penerbitan novel remaja arus picisan, novel remaja popular dan novel remaja arus literer (iaitu novel remaja serius)
23
Terima Kasih | Thank You
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.