Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Peribahasa (6) – Kata-kata Hikmat
Bahasa jiwa bangsa - bahasa melambangkan latar belakang seseorang. 2. Hidup bahasa, hiduplah bangsa - jika sesuatu bahasa itu selalu digunakan, maka kekallah bangsa yang menuturkannya.
2
3. Pandu laju, mara dituju - memandu terlalu laju akan membawa akibat yang buruk. 4. Masa tidak menanti - masa beredar mengikut tempohnya yang tersendiri; oleh itu pandai-pandailah menggunakan masa.
3
5. Bersatu teguh, bercerai roboh - persefahaman dalam sesuatu kumpulan dapat membawa kejayaan, manakala perbalahan pula akan hanya mendatangkan perpecahan. 6. Usaha tangga kejayaan - kesungguhan dan ikhtiar itu kunci kejayaan.
4
Latihan : Isikan tempat kosong dalam setiap ayat dengan kata-kata
hikmat yang sesuai. 1. Walaupun Bahasa Inggeris penting dan digunakan seluruh dunia, namun jangan sesekali kita melupakan bahasa ibunda kita. Kelak lama-kelamaan bahasa kita akan semakin hilang. Kata orang, __________________________. 2. “Apa lagi yang kamu menungkan tu, Aidil? Cepat siapkan kerja-kerja yang bertimbun itu. Ingat, ______________________. Sebaliknya kita yang harus mengejarnya,” bebel Puan Seri kepada anaknya.
5
3. Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita
3. Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita. Untuk mencapainya, kita mestilah berusaha keras untuk mencapainya kerana ____________________________. 4. Dalam syarikat ini, sekiranya semua orang mahu mengikut haluan masing-masing dan tidak mahu bersepakat, maka akan jatuhlah syarikat ini. Bak kata orang,_______________________________.
6
5. Kita haruslah menuturkan kata-kata yang baik semasa berbicara supaya memberikan tanggapan baik kepada bangsa kita. Bak kata peribahasa, _________________ ____________________. 6. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba dan menunjukkan kekuatan. Kita harus ingat bahawa _____________________________. Bukan setakat nyawa kita terancam, malah keselamatan pengguna jalan raya lain turut terjejas.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.