Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIrwan Hartanto Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
UNIT 11 BAHASA MELAYU DI LUAR MALAYSIA
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > bahasa Melayu Indonesia > bahasa Melayu Singapura > bahasa Melayu Brunei > bahasa Melayu Sri Lanka > bahasa Melayu Campa
3
PENGENALAN Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang panjang, iaitu bermula pada zaman purba (prasejarah), zaman kuno (abad ke-4 - ke-13), zaman klasik (abad ke-14 - ke-18), zaman peralihan (abad ke-19), dan zaman moden (abad ke-20) Pada masa ini, bahasa Melayu berkembang pesat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Namun, kewujudan bahasa Melayu kini merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca d Nusantara Penutur asli bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu di semenanjung Malaysia dan sekitarnya (termasuk Singapura), bahagian tertetu di Sumatera (Riau, Padang, Palembang dan Pulau Bangka), Brunei, kawasan tertentu di Kalimantan, Sarawak, Sabah dan selatan Thailand
4
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia (Melayu) ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Indonesia. Istilah bahasa Indonesia mula digunakan pada 1928, selepas Sumpah Pemuda yang berikrar untuk mewujudkan satu negara, satu bangsa dan satu bahasa Sejarahnya bermula sejak zaman Sriwijaya, Sailendra, Samudera-Pasai, Melaka, Johor lama, Aceh, Johor-Riau hingga zaman moden. Zaman itu dapat dibahagikan kepada: > bahasa Melayu purba (prasejarah) > bahasa Melayu kuno (abad ke-4 - ke-13) > bahasa Melayu klasik (abad ke-14 – ke-18) > bahasa Melayu peralihan (abad ke-19) > bahasa Melayu moden (abad ke-20)
5
BAHASA INDONESIA Pada masa itu, terdapat: > bahasa Melayu Malaysia > bahasa Melayu Singapura > bahasa Melayu Brunei > bahasa Melayu Patani > bahasa Melayu Indonesia Pada 18 Ogos 1942, bahasa Indonesia dengan rasminya diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran negara, apabila Undang-Undang Dasar 1942 dilaksanakan sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia
6
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia (bahasa Melayu) hanya menjadi bahasa ibunda 12% daripada jumlah keseluruhan penduduk, dan 85% yang memahami bahasa ini. Ini bermakna, masih ada 15% lagi, tidak memahami bahasa nasionalnya. Walau bagaimanapun, jumlah ini semakin berkurangan Bahasa Indonesia mempunyai: > enam vokal: a, i, o, u, e dan ǝ > tiga diftong: ai, au, oi > 24 konsonan: p, b, t, d, c, j, k, g, ?, f, s, z, š, x, h, m, n, ɲ, ŋ, r, l, w, y dan v Untuk maksud kepraktisan, terdapat simbol fonem yang menggunakan kaedah dwigraf, seperti ng /ŋ/, ny /ɲ/, kh /x/ dan sy /š/ Pola suku kata: VK, KV, KVK, KKV, KKVK, VKK, KVKK
7
BAHASA INDONESIA Pada zaman penjajahan Belanda, sistem ejaan van Ophuijsen digunakan (bermula pada awal abad ke-20). Selepas 1957, sistem ejaan Soewandi pula digunakan. Pada 16 Ogos 1972, digunakan sistem ejaan yang disempurnakan, yang digubal serentak dengan ejaan baharu bahasa Melayu Malaysia Pembentukan katanya menggunakan kaedah penggunaan kata dasar, pengimbuhan, reduplikasi dan penggabungan Pengimbuhan: terdapat empat jenis imbuhan, iaitu: > awalan: ber, di, ke, me, pe, pen, per, se, ter > akhiran: an, i > sisipan: el, em, in, er > apitan: ber-an, di-kan, di-i, pe-an…
8
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia mempunyai hukum D-M (diterangkan-menerangkan), seperti kata rumah sakit, iaitu sakit menerangkan rumah. Yang diterangkan ialah rumah. Oleh itu, rumah mesti hadir dahulu daripada sakit Terdapat juga kata yang dikecualikan daripada hukum ini, menjadi M-D, seperti kata bilangan, dan sebagainya: beberapa ekor unta, dua orang mahasiswa… Golongan katanya dibuat pembahagian seperti yang berikut: verba, nomina, pronominal, numeralia, adjektiva, adverbia dan kata tugas Ayat dalam bahasa Indonesia, terbahagi dua, iaitu: > bentuk > makna
9
BAHASA INDONESIA Bentuk: ayat tunggal dan ayat majmuk Ayat tunggal: nomina + nomina, nomina + adjektiva, nomina + verba, nomina + frasa lain Ayat yang berpredikat verba, terbahagi kepada beberapa jenis, seperti: > ayat tak transitif > ayat ekatransitif > ayat dwitransitif > ayat semitransitif > ayat pasif > ayat aktif
10
BAHASA INDONESIA Ayat majmuk terbahagi dua, iaitu: > ayat majmuk setara > ayat majmuk bertingkat Pola ayat yang paling kerap digunakan ialah: > subjek + predikat > subjek + predikat + objek + pelengkap + keterangan > subjek + predikat + pelengkap + keterangan Dari segi makna, ayat terbahagi lima, iaitu: > ayat berita > ayat perintah > ayat tanya > ayat seru > ayat emfatik
11
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia juga berfungsi sebagai bahasa penyatuan bangsa Indonesia; bahasa perhubungan antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, adat resam, bahasa, agama dan kepercayaan; lambang kemerdekaan, kebanggaan dan kebangsaan Indonesia Oleh sebab Indonesia mempunyai ribuan pulau, dan penduduknya lebih 230 juta, maka wujud pelbagai ragam bahasa mengikut daerah, seperti daerah Jakarta, Bengkulu, Riau, Palembang, Deli, Menado, Ambon… Dalam urusan rasmi, bahasa Indonesia baku digunakan, terutama dalam majlis rasmi, seperti surat-menyurat rasmi, ucapan rasmi… Beberapa laras dan wacana bahasa tertentu digunakan dalam konteks tertentu
12
BAHASA INDONESIA Terdapat beberapa perbedaan antara bahasa Melayu di Malaysia dengan bahasa Indonesia. Contohnya : ejaan dan sebutan Malaysia Indonesia rakan rekan kerana karena masin asin layak laik asas azas ayat kalimat frasa gatra beza beda
13
BAHASA INDONESIA Penggunaan kosa kata Malaysia Indonesia cendawan jamur asid asam limau jeruk ikan keli ikan lele boleh bisa dadah narkoba
14
BAHASA INDONESIA Semantik/makna Malaysia Indonesia bisa racun pada haiwan boleh seperti bias ular jeruk buah, sayur… yang limau diasamkan atau diasinkan tewas kalah mati
15
BAHASA INDONESIA Untuk memastikan bahasa Indonesia dapat terus dimartabatkan dan diperkasakan, maka kajian terus dilakukan dalam pelbagai bidang kebahasaan, terutama fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan lingusitik terapan yang lain Hasilnya diterbitkan pelbagai buku tentang bahasa Indonesia, seperti: > Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia > Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia > Kitab Bahasa Indonesia > Bahasa Indonesia: Pengembangan Keperibadian di Perguruan Tinggi > Bahasa Indonesia: Konsep Dasar dan Penerapan > Ensiklopedia Kebahasaan, Jilid I, II, III > Kamus Besar Bahasa Indonesia dan beratus buku yang lain
16
BAHASA INDONESIA Bahasa Indonesia berkembang dengan pesat dalam dan luar negara. Jabatan Bahasa Indonesia (JBI) ditubuhkan di institusi pengajian tinggi di Australia, China, Amerika Syarikat, Belanda…Selain pengajaran, JBI ini terlibat dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan penyebaran bahasa Pengaruh bahasa Indonesia juga merambah dan meresap ke negara berbahasa Melayu yang lain, seperti Malaysia, Singapura, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina… Kemuncaknya, Indonesia, Malaysia dan Brunei mengadakan kerjasama kebahasaan untuk penyelarasan dari segi peristilahan, perkamusan, kenahuan, kesusasteraan, dan sebagainya melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam –Indonesia-Malaysia (MABBIM) untuk meningkatkan kemampuan serta keagungan bahasa Melayu-Indonesia
17
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Sebelum wujud Singapura sebagai negara, bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei dikenali sabagai satu bahasa yang sama dari segi ejaan, istilah, sebutan, nahu, dan sebagainya. Selepas Ogos 1965, bahasa Melayu di Singapura dikenali sebagai bahasa Melayu Singapura Terdapat dua peristiwa penting tentang bahasa Melayu, iaitu: (1) Apabila persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bahasa Melayu telah didaulatkan sebagai bahasa rasmi (2) Pada 1959, Singapura mendaulatkan bahasa Melayu sebagai salah satu daripada empat bahasa rasminya, dan sekali gus sebagai bahasa kebangsaan
18
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Sejak keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, bahasa Melayu Singapura mengalami perubahan dan perkembangan yang berbeda dengan bahasa Melayu di Malaysia Di Singapura, bahasa Melayu dipelajari sebagai bahasa kedua di sekolah rendah, menengah dan prauniversiti. Kurikulum pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama hanya terdapat di Maktab Latihan Guru Singapura Di Jabatan Pengajian Melayu di National University of Singapore (NUS), kurikulum pembelajaran bahasa Melayu agak terhad. Bahasa Melayu hanya untuk mahasiswa tahun pertama sebagai kursus nahu dan mahasiswa tahun kedua yang mengambil pengajian Melayu (pendedahan sedikit linguistik Melayu)
19
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah, menengah dan prauniversiti masih tetap penting sebagai satu mata pelajaran wajib. Setiap calon yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mesti lulus Dalam peperiksaan tamat sekolah rendah, setiap calon mesti lulus empat mata pelajaran, iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan salah satu bahasa kedua (Bahasa Cina/Bahasa Melayu/Bahasa Tamil). Jika gagal, calon tidak dapat menyambung pelajarannya di sekolah menengah Selepas 4 atau 5 tahun di sekolah menengah, calon Sijil Am Pelajaran peringkat biasa, tidak dapat menyambung pengajiannya keperingkat prauniversiti jika tidak lulus bahasa kedua
20
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Hal yang sama terjadi pada peringkat Sijil Am Pelajaran, peringkat tinggi. Bahasa kedua yang diambilnya, mesti lulus untuk membolehkannya menyambung pengajian Bagi pelajar yang mendapat keputusan baik dalam mata pelajaran lain, tetapi tidak lulus bahasa kedua, jika diterima meneruskan pengajian, dia tetap perlu merngambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran peringkat tinggi untuk bahasa kedua itu, dan mesti lulus. Jika tidak lulus, dia akan ditamatkan pengajiannya Surat dalam bahasa Melayu yang dihantar kepada pihak kerajaan tetap dilayan, tetapi jawabannya dalam bahasa Inggeris. Kerajaan Singapura menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pentadbiran dan perdagangan
21
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Hanya notis tertentu, seperti notis cukai pendapatan dan notis Lembaga kemudahan awam masih menggunakan empat bahasa rasmi, supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada semua rakyat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Singapura tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Sejak 1979, pelajaran Bahasa Kebangsaan dihentikan sepenuhnya Pada masa ini, bahasa kebangsaan hanya tinggal sebagai lagu kebangsaan, iaitu lagu Majulah Singapura, dan bahasa kebangsaan juga digunakan sebagai abai-abai dalam perbarisan tentera Pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu Singapura diawasi oleh Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura yang ditubuhkan pada Pada 1994, jawatankuasa ini diberi nama baharu, iaitu Majlis Bahasa Melayu Singapura
22
BAHASA MELAYU SINGAPURA
Majlis Bahasa Melayu Singapura ini menjadi pemerhati MABBIM, dan menerbitkan majalah Sekata, serta menubuhkan Jawatankuasa Kecil Istilah dan Jawatankuasa Penyelewengan Bahasa Majlis ini juga mengadakan sambutan Bulan Bahasa sejak 1990, yang diisi dengan aktiviti kebahasaan, seperti kuiz bahasa, peraduan menulis esei, baca puisi, dan sebagainya. Diadakan juga Hadiah Persuratan Melayu Singapura dan menganugerahkan: > Anugerah Tun Seri Lanang kepada tokoh budaya > Hadiah Sastera dalam pelbagai genre > Anugerah Sayembara Penulis Muda Pada masa ini, penggunaan bahasa Melayu di Singapura semakin sepi, kerana pengguna bahasa Melayu golongan muda menerima pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama, dan bahasa Melayu hanya sebagai bahasa kedua
23
BAHASA MELAYU BRUNEI Bahasa Melayu Brunei dituturkan oleh orang Melayu Brunei sebagai rumpun yang terbesar. Bahasa ini juga dikenali sebagai dialek Melayu Brunei (DMB), yang merupakan subdialek bahasa Melayu Oleh itu, terdapat banyak persamaannya (fonologi, morfologi, sintaksis, semantik) dengan bahasa Melayu baku, dan terdapat sedikit perbedaan DMB digunakan dengan meluas di kampung Air, kerana kampung ini dihuni oleh 95% Melayu Brunei. Tempat lain yang dominan penggunaan DMB ialah sekitar bandar Sri Begawan, Pekan Muara,, Tutong, Belait, Seria dan Temburong Dialek ini juga dituturkan dengan meluas di sempadan Sabah dan Sarawak, seperti Labuan, papar, Kuala Penyu, Sipitang dan Menumbuk di Sabah, dan Limbang, Lawas dan Miri di Sarawak
24
BAHASA MELAYU BRUNEI DBM mempunyai 21 fonem, iaitu 3 vokal dan 18 konsonan > fonem vokal: /a, i, u/ > fonem konsonan: /p, b, t, d, k, g, č, ǰ, s, h, r, m, n, ɲ, ŋ, w, y/ > diftong: /au/ piasau (kelapa) /ai/ amai (kacau) /ui/ palui (bodoh) Dari segi fonem konsonan, yang berbeda dengan bahasa Melayu lain ialah ketiadaan fonem /?/. Konsonan ini kerap dilambangkan dengan /k/, terutama pada posisi akhir kata DMB mengalami perubahan fonologi, iaitu berlaku pengguguran, persengauan, penambahan dan penyisipan bunyi dalam:
25
BAHASA MELAYU BRUNEI asimilasi nasal: mang + bubul = membubul (menganyam jala) pengguguran nasal: mang + masak = memasak penyisipan nasal: nini + ku = niningku (nenekku) pengguguran /r/: bar + jalan = bajalan (berjalan) pemanjangan vokal: di + ingat = diingat penyisipan /h/: mandi + i = mandihi (mandikan) penyisipan geluncuran: tiang = tiyang (tiang) nasalisasi vokal: mama = [māmā] DBM mempunyai empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan awalan: /baR/, /taR/, /sa/, /ka/, /di/, /maN/, /paN/ and /paR/
26
BAHASA MELAYU BRUNEI akhiran: /kan/, /an/, /i/ sisipan: /li/ bangkawat - balingkawat (pelangi) /ar/ gagas - garagas (cepat) /am/ guruh - gamuruh (gemuruh) /la/ katiak - kalatiyak (ketiak) /ah/ cat - cahat (cat) /uh/ tung - tuhung (tong) apitan: /baR-kan/, /baR-an/, /ka-an/ /paN-an/, /maN-kan/, /maN-i/ /paR-kan/, /paR-an/, /di-kan/ /di-i/ and /taR-i/
27
BAHASA MELAYU BRUNEI Imbuhan apitan/baR-i/ begitu produktif dalam DMB, seperti dalam kata [babaiki] (dibaiki); [basirai] (dibubuh garam). Dalam bahasa Melayu yang lain, imbuhan ini tidak digunakan DBM kaya dengan kata yang berganda. Contoh nama: > ikan: pila-pila, aur-aur, alu-alu, kurisi-kurisi, tingkur-tingkur… > serangga: sambah-sambah, suruk-suruk, budu-budu… > tumbuhan: ungguh-ungguh, uduk-uduk, saga-saga… >perbuatan: dapa-dapa, giling-giling, karapai-karapai > keadaan: inggil-inggil, incit-incit, labui-labui, jalak-jalak… Dari segi sintaksis, ayat DMB sama dengan ayat bahasa Melayu yang lain. Dalam pertuturan, ayat mudah lebih banyak digunakan
28
> mempersilakan, bersetuju, memanggil, melarang…
BAHASA MELAYU BRUNEI Dalam DMB, terdapat banyak unsur klitik, seperti bah, tah, tia, kan, dih dan ca. Klitik bah paling kerap digunakan berbanding dengan yang lain. Antara makna dan fungsi klitik bah ialah: > mempersilakan, bersetuju, memanggil, melarang… Dalam DMB, kata ganti nama kita, termasuk dalam kata ganti diri kedua. Penggunaan kita yang bermakna awak menunjukkan penghormatan kepada orang yang dilawan bercakap. Biasanya dalam konteks komunikasi orang yang berbeda usia Klitik: bentuk terikat yang tidak boleh dianggap sebagai morfem terikat kerana boleh berada dalam frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sebagai kata, spt ku, mu…
29
BAHASA MELAYU BRUNEI Pada kata ganti nama diri ini kerap terjadi penambahan unsur, terutama pada awal kata. Contoh: kita - kadikita kami - kadikami kau - kadikau kamu - kadikamu aku - kadiaku dia - kadidia Bagi kata kita dan dia, kerap juga ditambah unsur bis pada awal kata, seperti biskita dan bisdia, yang bermaksud jamak
30
BAHASA MELAYU BRUNEI Dari segi semantik, terdapat kata yang sama antara bahasa Melayu baku dengan DMB, tetapi mempunyai konsep yang berlainan. Contoh: BMB DMB siut sejenis bunyi alat menangkap ikan siuk menarik nafas seronok bayi anak kecil babi selendang kain panjang untuk kain sarung perempuan menutup kepala bilis ikan bilis ikan kikik kikik sejenis ikan layang-layang
31
BAHASA MELAYU BRUNEI Terdapat juga konsep yang sama tetapi kata berbeda: konsep BMB DMB cuci (pakaian) basuh sasah kurang pendengaran pekak tuli bebal, dungu, tolol bodoh palui
32
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Bahasa Melayu Sri Lanka (BMSL) ialah bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Melayu di Sri Lanka. Bahasa Melayu ini ialah sejenis bahasa kreol, iaitu campuran dan penyesuaian bahasa Melayu dengan bahasa Tamil dan bahasa Sinhala, sehingga struktur ayat dan bentuk kata berbeda daripada bahasa Melayu sebenar Bahasa Melayu mula digunakan di Sri Langka, lebih 360 tahun dahulu oleh orang Melayu yang berada di sana, iaitu sejak wujud kerajaan Belanda yang menguasai kepulauan Melayu pada abad ke-17 Mereka ini berasal dari pesisir kepulauan Melayu, termasuklah semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Borneo. Mereka ke sana kerana beberapa sebab. Antaranya:
33
BAHASA MELAYU SRI LANKA
> buangan politik > pelayar/pekerja kompeni Belanda/Inggeris > ahli rejiman askar Melayu di Sri Lanka Kebanyakan mereka terus menetap di Sri Lanka sebagai polis, pegawai penjara, ahli bomba, kerani, pengawas, peladang… Bilangan penutur bahasa Melayu di Sri Lanka dianggarkan 50,000 orang. Mereka menjadi penutur utama bahasa Melayu. Kebanyakan mereka tinggal di kota kawasan pantai, seperti Colombo, Gialle, Hambantosa, Batticaloa, Trincomalee, Kandy dan Badulla Bahasa Melayu masih dapat bertahan sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan Melayu di sana, walaupun bentuknya sudah mengalami perubahan
34
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Selain sebagai bahasa lisan, bahasa Melayu tulisan juga berkembang dalam sastera Melayu lama. Ada yang sudah disalin dalam BMSL, seperti yang tersiar dalam akhbar Melayu “Alamat Langkapuri” 1869 Akibat pengaruh bahasaTamil dan bahasa Sinhala, BMSL sudah kehilangan vokal [ә], seperti dalam kata berikut: kapla (kepala) blanja (belanja) blajar (belajar) priksa (periksa) bruang (beruang) blakang (belakang)
35
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Terdapat juga keadaan [ә] digantikan dengan vokal lain, seperti: libbi (lebih) likkas (lekas) limmas (lemas) lussu (lesu) punu (penuh) subla (sebelah) misti (mesti) picut (pecut) kirras (keras samma (semua)
36
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Vokal [i, e, o, u, a] wujud dalam BMSL sama seerti bahasa Melayu baku. Contoh: i - ibu (ibu) hari (hari) e - heran (hairan) besa (esok) o - roti (roti) rohu (roh) u - utan (hutan) sudara (saudara) Ә - akkәl (akal) bangke (bangkai)
37
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Akibat pengaruh bahasa Tamil, diftong [ai] dan [au] tiada dalam BMSL. Contoh: heran (hairan) bangke (bangkai) cabe (cabai) kalu (kalua) ijo (hijau) kurbo (kerbau)
38
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Bunyi konsonan /h/ pada awal dan akhir kata kerap digugurkan. Contoh: irup (hirup) suda (sudah) idong (hidung) subla (sebelah) abis (habis) alus (halus) angat (hangat) ijo (hijau) aus (haus) ati (hati) itam (hitam) dara (darah)
39
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Terdapat juga penggantian konsonan nasal /m/ dan /n/ pada akhir perkataan dengan /ng/, seperti: ayang (ayam) ciong (cium) kolang (kolam) cincing (cincin) tawong (tahun) bukang (bukan) ikang (ikan) Bunyi konsonan lain yang terdapat dalam BMSL ialah p, b, t, d, k, g, c, j, l, r, s, m,n, ng, y dan w. Akibat pengaruh Arab, konsonan f dan z juga wujud, seperti dalam kata fikir [pikir], fihak [pihak], zaman [jaman], Zikir [jikir]
40
BAHASA MELAYU SRI LANKA
BMSL tidak menggunakan banyak imbuhan. Satu-satunya imbuhan yang ada ialah me+, iaitu awalan yang berfungsi sebagai bentuk infinitif. mecari (mencari) memakan (memakan) metulis (menulis) mekirim (mengirim) mejaga (menjaga) Imbuhan Tamil dan Sinhala juga tidak terserap dalam BMSL. Yang wujud ialah penggunaan bentuk singkatan kata yang bergabung dengan kata kerja. Misalnya: su (sudah): sumakan, sutidur, sumakan abbis (selesai makan)… anti (nanti): antimakan (akan makan), antidatang (akan datang)…
41
BAHASA MELAYU SRI LANKA
jang (jangan): jang pukul (jangan pukul), jang lari (jangan lari)… Penggunaan bentuk pasif di+ diikuti akhiran +in atau +kin seperti yang terdapat dalam pertuturan bahasa Indonesia: dimandikin (dimandikan) dikurangin (dikurangi) dicubitin (decubiti) dimasakkin (dimasakkan) Bentuk pasif kena akan diikuti oleh kata nang: Pintu kena tutup Ali nang (pintu ditutup oleh Ali) Bentuk ka sebagai ganti kata sendi di: Piring ka taroh (taruh di piring); dalam ka (di dalam); bawah ka (di bawah); tengah ka (di tengah); atas ka (di atas)
42
BAHASA MELAYU SRI LANKA
Kata penguat tiada dalam BMSL. Kata penguat digantikan dengan kata butul dan banyak, seperti: > De butul kaya (Dia sangat/amat kaya) > Husin banyak kurus (Husin amat/sangat kurus) Untuk menggantikan kata paling/terlalu, BMSL menggunakan frasa semua nang lebih, seperti: > Ali semua nang lebih kurus anak (Ali anak yang paling/terlalu kurus) Dari segi sintaksis, BMSL jauh menyimpang daripada bahasa Melayu sebenar, iaitu berstrukturkan S + O + KK. Struktur ini dipengaruhi oleh bahasa Tamil. Contoh: > Air dia minum (Dia minum air) > De Colombo ka ara tinggal (Dia di Colombo ada tinggal)
43
BAHASA MELAYU SRI LANKA
BMSL juga menyeleweng dari segi penggunaan kata adjektif, kerana dipengaruhi bahasa Tamil, iaitu kata adjektif mendahului kata nama, seperti: > pahit ubat, nakal Ahmad, besar rumah Dalam BMSL, bentuk songsang ini menjadi dominan, seolah-olah wajib Kata ganti nama saya tiada dalam BMSL. Mereka menggunakan bentuk se atau go sebagai ganti saya. Kata ganti kita menjadi kitang daripada kata kita orang atau serang daripada se (saya) orang Bentuk lu (kamu) digunakan kepada orang yang lebih muda. Untuk jamak digunakan lorang (lu orang) yang bermakna kamu semua. Bentuk de untuk dia (tunggal), dan derang (majmuk) yang bermaksud dia orang/mereka
44
BAHASA MELAYU SRI LANKA
BMSL mempunyai kata ganti nama empunya pe, iaitu singkatan daripada kata punya. Pe diimbuhkan sebagai akhiran pada kata nama. Contoh: seppe rumah (rumah saya) deppe kuda (kuda dia) derangpe bini (bini mereka) Hasanpe baju (baju Hasan) Kata seperti ini juga ada pada bahasa Sinhala, iaitu ge sebagai kata ganti empunya, seperti mage (saya punya), obage (kamu punya) Dalam Bahasa Tamil pula terdapat bentuk de sebagai kata ganti empunya, seperti avande nai (anjing dia)
45
BAHASA MELAYU CAMPA Walaupun bahasa Melayu Campa (BMC) berakarumbikan bahasa Astroasia, namun, dalam beberapa segi, sangat dekat dengan bahasa Melayu baku. Pengaruh bahasa Sanskrit (Hindu) dan bahasa Arab (Islam), di samping bahasa barat yang lain, dapat dikesan dengan jelas dalam BMC Secara keseluruhannya, nahu (morfologi dan sintaksis) BMC tidak jauh berbeda daripada bahasa Melayu baku. Yang berbeda sedikit hanyalah sebutan Perbedaan ini disebabkan oleh kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca, berabad-abad lamanya di Indo-China. Dengan itu, banyak kosa kata bahasa Melayu (termasuk juga pelbagai dialek Melayu) terserap masuk dalam kosa kata BMC
46
BAHASA MELAYU CAMPA Contoh kata yang sama antara BMC dengan BMB abis = habis ayun = ayun adang = udang ba = bawa adei = adik basei = besi alah = alah batu = batu amrak = merak bauh = buah anak = anak bhian = biasa angin = angin balan/bulan = bulan apui = api bilik = balik atu = hantu balu = bulu aya = air bayar = bayar
47
BAHASA MELAYU CAMPA Bahasa Campa juga banyak yang dipinjam daripada bahasa Melayu, seperti pulau (pulau), bukit (bakit), rumah (rumah), gunung (ginung), sungai (sangai) Biasanya bahasa Campa mempunyai dua suku kata (pengaruh bahasa Vietnam dan bahasa Melayu). Perkataan itu apabila ditambah dengan imbuhan (awalan atau akhiran) menjadi kata tiga atau empat suku kata Satu perkataan akan dijadikan sepasang kata atau kata berganda untuk menunjukkan penekanan/penegasan. Contoh: kahri-kahra = ingat, lamunan palei pala = kampung, desa rambah rambap = malang, sial
48
BAHASA MELAYU CAMPA Makna dan pembentukan kata berubah apabila diberikan imbuhan (awalan atau akhiran). Contoh: pa: mbang (makan) - pambang (memberi makan) thau (tahu) - pathau (membuat pengaduan) blei (beli) - pablei (jual) ta, da: suak (cabut) – tasuak (tercabut) dap (sembunyi) – dadap (bersembunyi) ma, mang: gru (guru) – magru (belajar) jru (ubat) – mangjru (neracun) yang (Tuhan) – mayang (ilham daripada Tuhan) thau (tahu) – mangthau (ketahuan) lac (menerangkan) – manglac (keterangan)
49
BAHASA MELAYU CAMPA ca, ha, sa, ra, ba: mbauh (tipu) = cambauh (ditipu) gaung (terkerat) – cagaung (mengambil dengan gigi) mbang (menggigit) – hambang (merosak) tian (keluarga) – satian (sanak saudara) ai (saudara – saai (saudara lelaki sulung) nai (cik) – sanai (puan) vak (menggantung) – ravak (penggantungan) vang (permukaan) – ravang (melawat) ribau (ribu) – baribau (beribu-ribu) Imbuhan an dan kan terdapat dalam BMK, tetapi dalam BMC moden akhiran kana (kan) sahaja yang digunakan, iaitu dalam kata malyankana (memuliakan)
50
BAHASA MELAYU CAMPA n, pa, ma: karang (kurang) – kamarang (kurang) yau (sama) – pamayau (sama) raya (perayaan) – rapaya (ketua murid) raja (raja) – rapaja (pembesar) puac (bercakap) – panuac (perkataan) bak (rintang) – banak (bangsal) Penanda jamak ditandai dengan pengulangan kata: kabau kabau mbang padai = kerbau-kerbau makan padi Penanda jantina ditunjukkan oleh perkataan itu sendiri: lakei = lelaki, kumei = perempuan tanoa = jantan, binai = betina
51
BAHASA MELAYU CAMPA Indikatif: urang manyum = orang minum
anak anaih ini manei dalam ayar trang = anak-anak ini mandi dalam air terang (jernih) Masa akan datang: si, hi, kan takuh si main = tikus akan bermain kabau kan mbang padai = kerbau akan makan padi Telah berlaku: paja, blauh, laih, sidah putra ni buak paja = putera ini telah makan hidangan kau marai blauh = aku telah datang kami sidah mada buah trong dalam tangin = saya sudah ada buah terong dalam tangan Imperatif: partikel njap manyum = minumlah marai baik/marai laih = marilah/datanglah * Indikatif: keadaan nyata * Imperatif: bentuk perintah
52
BAHASA MELAYU CAMPA Kata adjektif hadir selepas kata yang diterangkan, seperti urang jhak (orang jahat), jalan raya (jalan besar) Perbandingan sama: yau, samu, ndo (serupa, sama, seperti) Dua camin mata ini yau gap = dua cermin mata ini serupa Takai limaung ini samu takai rasa disanan = kaki harimau ini sama kaki rusa di sana Perbandingan berbeda: bluak di, tapa di, labeh di Tada urang ni praung bluak di urang nan = dada orang ini lebih besar daripada orang itu Tapa di urang dalam dunya ni = lebih daripada orang dalam dunia ini Nyu amal ilmu labeh di adei nyu = dia mengamalkan ilmu lebih daripada adiknya
53
BAHASA MELAYU CAMPA Superlatif: harah, ndei, ralo, byak Galang raja Campa siam harah = gelang raja Campa sangat cantik Dara dauk di kurasi ni sanang hatal ndei = gadis (dara) duduk di kerusi ini sangat senang hati Urang marai byak ralo dipadang padai ni = orang dating banyak di padang padi ini Kata ganti kepunyaan: ku (saya, aku); dri (saya, aku); dahlak (saya); gita, ita (kita, kami); kami (kami); ha (engkau, awak, kamu, anda) Kata ganti penentu: urang, rang, ra (orang) Kata ganti tanya dan penentu: sei, thei (siapa, seorang, seseorang) Kata ganti relatif: krung (siapa, yang); yang (siapa, yang)
54
BAHASA MELAYU CAMPA Kata tambahan tempat: ngauk (atas, naik), langiu (luar, di luar), ala (bawah), anap (depan), dalam (dalam), likuk, lakuk (belakang) Kata tambahan waktu: kabruai (semalam), harak ni (sekarang), paguh page (esok), dahlau (dahulu), hari ini (hari ini), hadei (tadi, kemudian) Kata tambahan lain: min (sama), rei, lei, jang (juga), soh, akan, bukan (tidak, bukan), habar (bagaimana), ka (sebelumnya), habyan (bila), hajiang (jadi) atau/hatau (atau), hudom (berapa) kao (juga sama) dan hagaik (apa) Kata hubung: nan (itu), saung, ngan (dan, dengan), yah, mayah, blauh (jika), yau (seperti), baik, laih (lah), dan kayua (sebab) Kata depan: blauh (sesudah), tapi (tetapi), bi (bagi, untuk), mang (daripada, sejak), pak (pada, mang kal (ketika), tap (pada, dekat, dalam), hai (sama juga)
55
BAHASA MELAYU CAMPA Ayat langsung mengandungi subjek, kata kerja dan keterangan sifat: takuh manyum aya = tikus minum air nyu glang kubau = dia jaga kerbau urang lakei cum bingu = orang lelaki cium bunga Ayat yang tersusun dengan baik, akan diperluas dengan pelengkap Amaik tama ku ataung adei sang nyu = ibumertua saya memukul a dik bongsu suaminya Kata bilangan: 1 = sa (satu), 2 = dua (dua), 3 = klau (tiga), 4 = pak (empat), 5 = lima (lima, 6 = nam (enam), 7= tajuh (tujuh), 8 = dualapan (delapan), 9 = salapan (Sembilan), 10 sapluh (sepuluh), 11 = sapluh sa (sebelas), 20 = dua pluh (dua puluh), 21 = dua pluh sa (dua puluh satu), 30 = klaupluh (tiga puluh), 100 = saratuh (seratus), 1000 = saribau (seribu)
56
BAHASA MELAYU CAMPA Orang Campa menulis dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah, dengan huruf yang berasal daripada Sanskrit. Terdapat empat jenis tulisan bahasa Campa, iaitu: Akhar srah: tulisan condong untuk menatat dokumen persuratan dan pentadbiran Akhar yok (tulisan tersembunyi): tulisan huruf biasa yang tiada vokal. Huruf itu perlu diikuti grafik vokal biasa untuk menjadi huruf hidup Akhar tual: tulisan huruf biasa tetapi suratannya tergantung Akhar rik (tulisan suci/kudus): tulisan yang dibentuk khusus. Saiznya lebih besar daripada tulisan biasa, sangat kompleks dan lahir daripada sumber naskhah kuno batu permata
57
KESIMPULAN Bahasa Indonesia ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penyatuan bagi negara Indonesia, yang wujud selepas Sumpah Pemuda 1928 (Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa) Di Singapura, bahasa Melayu berstatus bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil Di Brunei Darussalam, bahasa Melayu Brunei/Dialek Melayu Brunei berstatus bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Bahasa Melayu di Sri Lanka, walaupun masih ada akar Melayu, sistem morfologi dan sintaksisnya lebih dekat dengan bahasa Sinhala dan bahasa Tamil Bahasa Melayu Campa masih menampakkan unsur kemelayuannya, walaupun tidak termasuk dalam rumpun Austronesia
58
MADAH PUJANGGA KEJAYAAN TIDAK DATANG DARIPADA APA YANG DIBERIKAN OLEH ORANG LAIN, TETAPI DATANG DARIPADA KEYAKINAN DAN USAHA KITA SENDIRI Kalau diri hendak bertuah Bekerja rajin jangan menyalah Tahan bersakit tabah bersusah Menghadapi cubaan tidak gelisah
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.