Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehcikgulong wak along Telah diubah "4 tahun yang lalu
1
PANTUN ALAM REMAJA
2
Pantun Alam Remaja : Maksud Rangkap 1 Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah. Rangkap 2 Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
3
Pantun Alam Remaja : Maksud Rangkap 3 Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah. Rangkap 4 Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
4
Pantun Alam Remaja : Maksud Rangkap 5 Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan anak-anak. Rangkap 6 Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
5
Rangkap 7 Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak- anak yang gemar berpantun kerana anak- anak yang masih kecil biasanya manja.
6
Pantun Alam Remaja : Tema dan Persoalan Tema dan Persoalan Tema Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah. Persoalan (a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak. (b) Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati seseorang. (c) Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
7
Pantun Alam Remaja : Bentuk dan Ciri-ciri Pantun Bentuk dan Ciri-ciri Pantun (a) Terdiri daripada tujuh rangkap. (b) Berisi empat baris setiap rangkap. (c) Ada pembayang dan maksudnya. (d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris. (e) Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris. (f) Bentuknya terikat.
8
Pantun Alam Remaja : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi (a) Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan; ranting; rumput. (b) Peribahasa. Contohnya, besar hati. (c) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
9
Pantun Alam Remaja : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi (d) Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a). (e) Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b). (f) Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali rangkap kedua rima akhirnya aaaa.
10
Pantun Alam Remaja : Nilai dan Pengajaran Nilai dan Pengajaran Nilai (a) Kasih sayang. (b) Tanggungjawab. (c) Baik hati. (d) Hormat-menghormati.
11
Pantun Alam Remaja : Nilai dan Pengajaran Pengajaran (a) Kita mestilah menyayangi anak-anak. (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. (c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga. (d) Kita haruslah menghormati ibu bapa.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.